Hari Raya Aidil Adha merupakan salah satu perayaan yang dinantikan kerana ramai yang akan berkorban. Proses awal berkorban adalah memilih haiwan korban yang bersesuaian untuk berkorban.
Haiwan yang dikorbankan perlulah dalam keadaan terbaik kerana ibadah ini boleh dilihat seperti keikhlasan kita sebagai insan beragama Islam untuk memberikan kembali atau membantu golongan yang memerlukan.
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).
Riwayat al-Tirmidzi: 1493
Pilihlah haiwan korban yang terbaik kerana ingatkah anda tentang kisah Qabil dan Habil di mana Allah memilih korban Habil yang sempurna, bukanlah korban yang rosak atau yang sekadar ada.
Untuk anda yang ingin berkorban pada tahun ini, gunakanlah panduan dari kami untuk mendapat haiwan korban yang terbaik.
Haiwan Korban Yang Sesuai
Terdapat banyak haiwan yang boleh dijadikan korban, antaranya
- Unta
- Kerbau
- Lembu
- Biri-biri
- Kambing
Umur Haiwan Korban Yang Sesuai
Daripada e-Sumber Maklumat Fatwa, umur haiwan korban terbaik adalah:
- Anak kambing muda lebih dari 6 tahun
- Biri-biri genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua
- Lembu genap dua tahun dan telah masuk ke tahun yang ke tiga
- Unta genap lima tahun dan telah masuk ke tahun yang ke enam
Kitab al-Fiqh al-Man (1/563) telah menukilkan: “Umur kambing hendaklah dikorbankan disyaratkan telah masuk tahun ketiga manakala umur biri-biri pula telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum setahun”.
Umur ini adalah daripada hadis daripada Abu Hurairah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
نِعْمَتِ الْأُضْحِيَّةُ الْجَذَعُ مِنْ الضَّأْنِ
Maksudnya: “Biri-biri yang paling baik dibuat qurban ialah yang dalam usia Jaza’”
Riwayat al-Tirmizi: 1499
Maksud Al-Jaza adalah biri-biri yang berusia setahun dan masuk ke dua tahun (al-Siraj al-Munir Syarh al-Jami’ al-Saghir fi Hadis al-Basyir al-Nazir, 4/355).
Kambing Apakah Yang Sesuai Untuk Dikorbankan
Sebenarnya terdapat pelbagai spesis kambing yang boleh dikorbankan. Antaranya:
- Kambing Biri-biri: al-Dha’n (الضَّأْنِ)
- Kambing Gurun: al-Dha’n al-Barbari (ضأن بربري).
- Biri-biri tetapi bulunya lebih banyak. Selalunya diternah untuk daging, susu dan bulu. Al-Ghanam jantan dipanggil Kibasy (كبش) dan Kharuf (خروف). Manakala yang betina dipanggil Na’jah (نعجة). Al-Ghanam yang kecil pula dipanggil Hamal (حَمَل). Banyak diternak di Australia, New Zealand dan China.
- Biri-biri Jantan: al-Kabsy (الكبش)
- Biri-biji Jantan: al-Kharuf (الخروف)
- al-Ma’iz (الماعز) : Kambing yang kuat boleh hidup dalam berbagai keadaan .
Di luar negara juga terdapat kambing-kambing seperti:
- Kambing Boer
- Kambing Katjang
- Kambing Cashmere
- Kambing Saanen
- Kambing Toggenburg
- Kambing Alpine
- Kambing Anglo-Nubian
- Kambing Jamnapari
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan.
Kambing ini bukan hanya sesuai untuk diakikahkan tetapi juga untuk dikorbankan.
Jantina Haiwan Korban Yang Utama
Perkara ini pernah dibahaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Al-Khatib al-Syirbini menerangkan keutamaan bagi jantina haiwan korban:
(وَيَجُوزُ ذَكَرٌ وَأُنْثَى) أَيْ التَّضْحِيَةُ بِكُلٍّ مِنْهُمَا بِالْإِجْمَاعِ، وَإِنْ كَثُرَ نَزَوَانُ الذَّكَرِ وَوِلَادَةُ الْأُنْثَى. نَعَمْ التَّضْحِيَةُ بِالذَّكَرِ أَفْضَلُ عَلَى الْأَصَحِّ الْمَنْصُوصِ؛ لِأَنَّ لَحْمَهُ أَطْيَبُ كَذَا قَالَ الرَّافِعِيُّ: وَنُقِلَ فِي الْمَجْمُوعِ فِي بَابِ الْهَدْيِ عَنْ الشَّافِعِيِّ أَنَّ الْأُنْثَى أَحْسَنُ مِنْ الذَّكَرِ؛ لِأَنَّهَا أَرْطَبُ لَحْمًا وَلَمْ يَحْكِ غَيْرَهُ، وَيُمْكِنُ حَمْلُ الْأَوَّلِ عَلَى مَا إذَا لَمْ يَكْثُرْ نَزَوَانُهُ، وَالثَّانِي عَلَى مَا إذَا كَثُرَ.
“Para ulama bersepakat tentang keharusan korban dengan binatang ternakan jantan dan betina walaupun haiwan jantan yang sering mengawan dan haiwan betina sering beranak. Benar, haiwan korban jantan lagi afdal berdasarkan pendapat yang lebih sahih, sepertimana yang dinaskan(nukilan fatwa Imam Syafi’i) kerana dagingnya lebih baik seperti yang dinyatakan oleh al-Rafi’i. Terdapat pandangan Imam al-Syafi’i yang dinukilkan oleh kitab al-Majmu’ dalam bab binatang korban bahawa beliau menyatakan binatang betina lebih afdal daripada jantan kerana dagingnya lebih lembut, namun pendapat ini tidak diriwayatkan selain daripada al-Nawawi. Pandangan yang pertama boleh ditakwilkan jika haiwan korban jantan tidak sering mengawan (maka ia lebih afdal dijadikan korban). Manakala pandangan kedua ditakwilkan jika haiwan jantan yang sering mengawan (maka haiwan betina lebih afdal dikorbankan)”.
Daripada nukilan di atas, boleh disimpulkan haiwan korban yang harus tidak kira jantan ataupun betina.
Siapakah Yang Layak Untuk Berkorban Tahun Ini?
Tidak semua orang beragama Islam perlu berkorban. Ibadah ini merupakan sunat muakkad. Namun, jika ada harta yang lebih, mereka digalakkan untuk berkorban bagi menyambut seruan dan menyambung ibadah sunat ini sebagai contoh kepada generasi yang akan datang.
Aspek yang menjadikan seseorang itu layak berkorban adalah:
- Beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Berkemampuan
- Merdeka
Aspek ini boleh dilihat daripada Kitab Mughni al-Muhtaj daripada Imam al-Khatib al-Syarbini:
وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ
Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.
Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123
Bagi anda yang melaksanakan korban pada tahun ini, kami doakan semoga korban anda diterima Allah SWT.
Artikel Berkaitan: Bolehkah Saya Melakukan Korban Untuk Orang Lain?, Hukum Memberikan Non-Muslim Daging Korban, Semua Soalan Korban: 28+ Jawapan FAQ Korban Diringkaskan EZ Qurban, Rukun Penyembelihan: Siapakah yang Layak Menyembelih Binatang Korban?, Adakah Perasaan Kasihan Terhadap Haiwan Korban Menjadikannya Haram Dimakan?, Adakah Haiwan Yang Dimandulkan Boleh Dijadikan Korban?, Waktu Yang Sesuai Lafaz Niat Korban
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.