Keistimewaan 10 Hari Terawal Bulan Zulhijjah

Insya-Allah umat Islam di Malaysia akan ‘menyapa’ bulan Zulhijjah pada awal bulan Julai pada tahun 2022. Jadi, sambutlah bulan istimewa ini dengan ibadah sunnah yang boleh menambah pahala.

Keistimewaan Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah

Walaupun ada antara kita yang tidak berkesempatan untuk menunai ibadah haji di Tanah Suci Mekah, kita masih berpeluang untuk beribadah pada bulan istimewa ini.

10 hari Zulhijjah ada kelebihannya yang tersendiri. 

Daripada Kitab Lata’if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Hanbali:

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Kelebihan Beramal Pada 10 Hari Zulhijjah

Bulan Zulhijjah

Ibadah atau amalan yang dilakukan pada 10 hari Zulhijjah adalah antara yang afdal atau disukai oleh Allah SWT.

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ أفضل من أيام العَشْر

Maksudnya : “Tiada hari-hari amalan yang dilakukan padanya menjadi afdal berbanding 10 hari awal Zulhijjah.”

Terdapat sedikit keraguan sama ada afdal atau disukai oleh Allah. 

Tetapi menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ibadah yang dilakukan pada 10 hari terawal Zulhijjah ini disukai bermakna amalan yang kurang utama ini lebih afdal daripada amalan yang lebih utama yang dikerjakan pada selainnya.

Daripada kitab Lata’if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Handbali,

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),

Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Hadis di atas juga menjelaskan jihad sedemikian lebih baik dilakukan daripada amalan 10 hari terawal Zulhijjah.

Selain daripada jihad yang dijelaskan di atas, amalan dalam 10 hari terawal Zulhijjah menjadi afdal sekaligus lebih disukai Allah SWT.

Amalan Yang Dianjurkan Pada Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah
  1. Orang yang berkorban tidak memotong, mencabut dan mencukur, bulu atau kuku 

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mempunyai haiwan korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.”

HR Muslim, hadis sahih

  1. Berpuasa pada bulan Arafah

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

صِيَامٌ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَن يُكَفِّرُ السَّنَّةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya: “Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala daripada Allah agar adalah sebagai penghapus dosa bagi setahun sebelum dan sesudahnya.”

HR Muslim, hadis sahih

  1. Berdoa

Nabi Muhammad SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلَّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku ialah, tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

HR al-Tirmizi, hadis hasan

Hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

Maksudnya: “Tidak ada hari di mana Allah membebaskan hamba dari neraka lebih banyak daripada hari Arafah, dan sungguh Dia mendekat lalu membanggakan mereka di depan para malaikat dan berkata: “Apa yang mereka inginkan?”

HR Muslim, hadis sahih

  1. Bertakbir

Sabda Nabi Muhammad SAW:

زَيِّنُوْا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبير

Maksudnya: “Kamu hiasilah hari raya dengan takbir.”

HR al-Thabarani

Istimewa Raya Aidil Adha adalah umat Islam bertakbir lebih daripada satu hari.

Takbir ini pula terbahagi kepada dua.

  • Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق): Bermula pada terbenam matahari pada malam hari raya (Aidil Fitri atau Aidil Adha) dan berterusan sehingga Imam mengangkat takbir Solat Sunat Hari Raya
  • Takbir Muqayyad (المقيد): Takbir dari solat subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) hingga solat Asar pada Hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah)
  1. Berzikir

Hadis Nabi Muhammad SAW:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang pahala di hari itu lebih besar di sisi Allah dan beramal di hari itu lebih dicintai di sisi Allah daripada sepuluh hari ini. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

HR Ahmad

Bulan Zulhijjah

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

  1. Berkorban bagi yang mampu

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” 

Riwayat al-Tirmizi (1493)

Imam al-Tirmizi menghukum hadis ini sebagai hasan gharib

  1. Berikan makan daging korban dan sedekah kepada asnaf dan fakir miskin

فَكُلُوا۟ مِنْهَا وَأَطْعِمُوا۟ ٱلْبَآئِسَ ٱلْفَقِيرَ

Maksudnya: “Maka makanlah sebahagian daripadanya (haiwan korban) dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir”.

Surah al-Hajj: 28

  1. Tidak berpuasa pada hari-hari Tasyrik

Sabda Nabi Muhammad SAW:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya: “Hari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.”

HR Muslim, hadis sahih

Sekian sahaja perkongsi kali ini. Semoga ibadah kita pada bulan Zulhijjah diterima Allah dan semoga apa yang dihajatkan dikabulkan. Amin.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN