Para ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata pasti berdebar untuk saat tibanya kelahiran si kecil. Bagi yang beragama Islam, sudah tentu mencari zikir dan doa mudah bersalin yang boleh diamalkan sebelum kelahiran anak..
Oleh itu kami memberikan panduan lengkap kepada para ibu dan bapa yang ingin mula membaca zikir dan doa ini dengan mudah bersama panduan tulisan rumi untuk rujukan.
Doa Mudah Bersalin Dari Ayatul Qursi (Al-Baqarah Ayat 255)
اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الۡحَـىُّ الۡقَيُّوۡمُۚ لَا تَاۡخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوۡمٌؕ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الۡاَرۡضِؕ مَنۡ ذَا الَّذِىۡ يَشۡفَعُ عِنۡدَهٗۤ اِلَّا بِاِذۡنِهٖؕ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ اَيۡدِيۡهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۚ وَلَا يُحِيۡطُوۡنَ بِشَىۡءٍ مِّنۡ عِلۡمِهٖۤ اِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضَۚ وَلَا يَـــُٔوۡدُهٗ حِفۡظُهُمَا ۚ وَ هُوَ الۡعَلِىُّ الۡعَظِيۡمُ
Rumi: Allahu laaa ilaaha illaa Huwal Haiyul Qaiyuum; laa taakhuzuhuu sinatunw wa laa nawm; lahuu maa fissamaawaati wa maa fil ard; man zal lazii yashfa’u indahuuu illaa bi-iznih; ya’lamu maa baina aydiihim wa mww khalfahum wa laa yuhiituuna bishai’im min ‘ilmih
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Doa Mudah Bersalin Dari Al-A’raf Ayat 54
اِنَّ رَبَّكُمُ اللّٰهُ الَّذِىۡ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَ الۡاَرۡضَ فِىۡ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسۡتَوٰى عَلَى الۡعَرۡشِ يُغۡشِى الَّيۡلَ النَّهَارَ يَطۡلُبُهٗ حَثِيۡثًا ۙ وَّالشَّمۡسَ وَالۡقَمَرَ وَالنُّجُوۡمَ مُسَخَّرٰتٍۢ بِاَمۡرِهٖ ؕ اَلَا لَـهُ الۡخَـلۡقُ وَالۡاَمۡرُ ؕ تَبٰرَكَ اللّٰهُ رَبُّ الۡعٰلَمِيۡنَ
Rumi: Inna Rabbakkumul laahul lazii khalaqas sammaawaati wal arda fii sittati qiyaamin summmas tawaa ‘alal ‘arshi yughshil lailan nahaara yatlu buhuu hasiisanw washshamsa walqamara wannujuuma musakhkharaatim bi amrih; alaa lahul khalqu wal-amr; tabaarakal laahu
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan-Mu ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy (singgahsana). Dia menutupi malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat. Dia juga menjadikan matahari, bulan dan bintang yang semuanya ditundukkan perintahNya. Ketahuilah olehmu, Allah yang mempunyai penciptaan dan suruhan. Maha berkat Allah, Tuhan semesta alam.
Doa Mudah Bersalin Dari Doa Nabi Yunus (Surah Al-Anbiya’: Ayat 87)
لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Rumi: La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Doa Mudah Bersalin Dari Surah Ali ‘Imran Ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Rumi: Hunaaalika da’aa Zakariyyaa Rabbahuu qoola Rabbi hab lii mil ladunka zurriyyatan taiyibatan innaka samii’ud du’aaa’
Maksudnya: Ya Tuhanku, berikanlah keturunan baik dari sisi Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.
Doa Mudah Bersalin Dari Surah Fatiir Ayat 11
وَاللّٰهُ خَلَقَكُمۡ مِّنۡ تُرَابٍ ثُمَّ مِنۡ نُّطۡفَةٍ ثُمَّ جَعَلَـكُمۡ اَزۡوَاجًا ؕ وَمَا تَحۡمِلُ مِنۡ اُنۡثٰى وَلَا تَضَعُ اِلَّا بِعِلۡمِه ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِنۡ مُّعَمَّرٍ وَّلَا يُنۡقَصُ مِنۡ عُمُرِهٖۤ اِلَّا فِىۡ كِتٰبٍؕ اِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللّٰهِ يَسِيۡرٌ
Rumi: Wallaahu khalaqakum min turaabin summa min nutfatin summa ja’alakum azwaajaa; wa maa tahmilu min unsaa wa laa tada’u illaa bi’ilmih; wa maa yu’ammaru mim mu’ammarinw wa laa yunqasu min ‘umurihiii illaa fii kitaab; inna zaalika ‘alal laahi yasiir
Maksudnya: Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
Doa Mudah Bersalin Dari Surah Maryam Ayat 26
فَكُلِىۡ وَاشۡرَبِىۡ وَقَرِّىۡ عَيۡنًا ۚ فَاِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الۡبَشَرِ اَحَدًا ۙ فَقُوۡلِىۡۤ اِنِّىۡ نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمٰنِ صَوۡمًا فَلَنۡ اُكَلِّمَ الۡيَوۡمَ اِنۡسِيًّا
Rumi: Fakulii washrabii wa qarrii ‘ainaa; fa immaa tarayinnna minal bashari ahadan faquuliii innii nazartu lir Rahmaani sawman falan ukallimal yawma insiyyaa
Maksudnya: Maka makan, minum dan bersenang hatilah engkau. Jika engkau melihat seseorang, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan siapa pun pada hari ini.
Doa Mudah Bersalin Dari Surah Ar-Ra’d Ayat 8
اَللّٰهُ يَعۡلَمُ مَا تَحۡمِلُ كُلُّ اُنۡثٰى وَمَا تَغِيۡضُ الۡاَرۡحَامُ وَمَا تَزۡدَادُ ؕ وَكُلُّ شَىۡءٍ عِنۡدَهٗ بِمِقۡدَارٍ
Rumi: Allaahu ya’lamu maa tahmilu kullu unsaa wa maa taghiidul arhaamu wa maa tazdaad, wa kullu shai’in ‘indahuu bimiqdaar
Maksudnya: Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan segala sesuatu ada ukuran di sisi-Nya.
Doa Mudah Bersalin Dari Surah An-Nahl Ayat 78
وَاللّٰهُ اَخۡرَجَكُمۡ مِّنۡۢ بُطُوۡنِ اُمَّهٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُوۡنَ شَيۡـــًٔا ۙ وَّ جَعَلَ لَـكُمُ السَّمۡعَ وَالۡاَبۡصٰرَ وَالۡاَفۡـِٕدَةَ ۙ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُوۡنَ
Rumi: Wallaahu akhrajakum mim butuuni ummahaatikum laa ta’lamuuna shai’anw wa ja’ala lakumus sam’a wal absaara wal af’idata la’allakum tashkuruun
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, agar kamu bersyukur.
Adakah Saya Boleh Berdoa Dalam Bahasa Melayu Sahaja?
Sudah tentu boleh. Malah setiap apa yang terdetik di dalam hati juga boleh menjadi doa. Jika anda mempunyai kesukaran untuk mengamalkan doa selepas bersalin ini, anda boleh baca apa sahaja doa yang anda tahu atau luahkan doa anda dalam bahasa yang anda selesa.
Tidak kiralah dalam bahasa Melayu, Inggeris atau apa sahaja bahasa.
Sedikit tambahan, walaupun tidak dinyatakan doa ini adalah untuk kemudahan ibu bersalin, anda juga boleh amalkan doa-doa yang kerap dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW kerana maksudnya mempunyai kebaikan.
Antara doa yang kerap dibaca Nabi Muhammad SAW adalah:
- Menurut hadis daripada Anas R.A:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.
- Menurut hadis daripada Anas R.A dan Ummu Salamah R.Anha:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.
Apakah Persiapan Untuk Ibu Mengandung?
- Buat Pemeriksaan Berkala
Setiap checkup ibu di hospital perlu dihadiri untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi. Melalui pemeriksaan ini anda boleh mengetahui sama ada ibu sakit atau terkena kencing manis sewaktu mengandung atau apa-apa masalah kesihatan yang mungkin dialami bayi.
Ayah yang ingin menyambut anak juga digalakkan untuk mengikuti sekali untuk memberikan sokongan semangat dan juga sebagai penguat ikatan hubungan suami isteri.
- Amalkan Diet Yang Sihat
Diet yang sihat penting untuk kesihatan ibu dan anak yang dikandung. Antara makanan yang perlu diambil oleh ibu mengandung adalah:
- Folat & asid folik: Mencegah kecacatan tiub neural & keabnormalan serius pada otak dan saraf tunjang.
Sumber: Bijirin, sayuran hijau seperti bayam, buah sitrus, kekacang dan kacang pis.
- Kalsium: Untuk menguatkan tulang dan gigi, membantu peredaran darah, otot dan saraf untuk berfungsi dengan normal.
Sumber: Perlu dalam 1000 miligram sehari manakala jika hamil usia remaja 1,300 miligram sehari. Produk tenusu, dan juga sayur brokoli dan kale. Selain itu jus buahan dan bijirin juga kaya dengan kalsium.
- Vitamin D: Untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.
Sumber: Ikan berlemak seperti salmon, susu dan jus oren.
- Protein: Mengalakkan tumbesaran bayi sepanjang kehamilan
Sumber: 71 gram sehari. Daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur, kacang, kacang pis, bijian dan produk soya.
- Zat besi: Mencegah anemia punca kekurangan zat besi
Sumber: 27 miligram sehari: Daging merah tanpa lemak, ayam, ikan, bijirin sarapan yang diperkaya dengan zat besi, kekacang dan sayuran.
Sumber: Hello Doktor
Adakah ibu mengandung memerlukan suplemen, jamu atau makanan tambahan?
Untuk ini, anda perlu sentiasa mendengar nasihat doktor. Setiap ibu mengandung mempunyai keperluan nutrien yang berbeza dan juga mungkin dalam dos yang berbeza. Sentiasa rujuk kepada doktor anda kerana dengan doktorlah anda membuat check up kesihatan dan pada doktorlah ada keputusan check up tersebut.
- Kekal Aktif
Walaupun dalam keadaan hamil, para ibu perlu kekal aktif mengikut kemampuan mereka. Jangan terlalu aktif jangan pula terlalu pasif. Lakukan sedikit regangan pada setiap hari untuk mengurangkan sengal-sengal badan.
Selain itu, senaman sebelum bersalin juga dapat membantu kelahiran yang lebih lancar. Untuk aktiviti sukan yang lebih mencabar, para ibu boleh rujuk pada doktor dahulu.
- Dapatkan Rehat Secukupnya
Kehamilan selalunya membawa perubahan yang luar biasa kepada badan wanita jadi tidak hairanlah mereka kerap penat.
Untuk kekal sihat dan bertenaga dari segi fizikal dan mental, ibu perlu rehat secukupnya. Pakar menyarankan rehat sekitar 7-9 jam sehari.
- Elakkan Ubat, Suplemen & Skincare Yang Merbahaya
Tahukah anda terdapat ubat, suplemen dan skincare yang merbahaya kepada ibu mengandung?
Antaranya adalah:
Ubat Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Mengandung:
- Chloramphenicol
- Levofloxacin dan ciprofloxacin
- Ubat malaria primaquin
- Sulfonamides
- Trimethoprim
- Codeine, ubat batuk
- Ibuprofen, ubat tahan sakit
- Ubat cair darah warfarin
- Clonazepam, ubat tidur
- Lorazepam
Suplemen Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Mengandung: Yang tidak dinasihatkan oleh doktor, sebaiknya anda elak. Apatah lagi yang dibeli di toko jamu sekiranya inti pati suplemen atau makanan tambahan tersebut.
Skincare Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Mengandung:
- Retinol
- Benzoyl peroxide
- Minyak terapi
- Salicylic acid
- Hydroquinone
- Rancang Kelahiran Anak
Kelahiran anak perlu dirancang dari segi sama ada ingin mengambil ubat tahan sakit, atau ingin lahir di hospital yang dekat atau jauh?
Selain itu anda digalakkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan doktor sekiranya anda mempunyai soalan tentang kehamilan dan juga apa yang anda perlu jangkakan setelah bersalin.
- Sediakan Beg Hospital
Persediaan beg ke hospital ini termasuklah barang untuk bayi dan juga ibu. Para ibu bapa boleh menyediakan barang keperluan ini dalam 2 minggu sebelum tarikh due date sebagai persediaan awal.
Checklist Barang Ibu Untuk Beg Hospital
- Baju sejuk
- Setokin
- Tudung atau shawl instant
- Getah rambut
- Tisu
- Lampin dewasa atau pad
- Baju ibu 3 pasang
- Barut
- Toiletries
Checklist Barang Bayi Untuk Beg Hospital
- Bedung
- Setokin & mittens
- Baby wipes
- Tuala baby
- Toiletries
- Lampin bayi
- Car Seat & Baby Carrier
Keselamatan bayi seharusnya menjadi keutamaan ibu dan ayah. Sila semak dengan penjual car seat yang sesuai untuk anak anda yang sesuai untuk umurnya.
Jika tiada, semak carrier bayi yang sesuai untuk bayi baru lahir tersebut.
- Dapatkan Sokongan Ibu Bapa Yang Lain
Adakalanya, soal ibu bapa ini agak merumitkan. Jadi tidak salah sekiranya anda ingin mendapatkan rujukan daripada mereka yang sudah makan garam dahulu.
Namun, berhati-hatilah. Jangan terlalu mengikut nasihat tanpa membuat rujukan dengan para doktor. Ini kerana ada masanya nasihat yang diberikan tidak sesuai dengan bayi anda.
- Rancang Penjagaan Pantang
Perkara ini amat penting bagi kedua-dua ibu dan ayah. Ada yang memilih untuk mengupah penjaga untuk ibu selepas bersalin, ada yang berpantang sendiri dan ada juga berpantang bersama mertua atau ibu sendiri.
Walaupun agak remeh, perkara ini tidak seharusnya diabaikan daripada dibincangkan.
- Rancang Penjagaan Anak
Jadual penjagaan anak perlu dilihat semula lebih-lebih lagi ibu bapa mempunyai anak yang lain selain bayi tersebut. Ibu yang baru bersalin mungkin akan penat manakala ayah yang baru pulang ke kerja mungkin tidak dapat bangun pagi untuk melihat anak.
Jadi bersiap-sedia dengan rancangan yang elok untuk anak anda.
- Hadiri Kelas Keibubapaan
Walaupun kedengaran janggal, tetapi percayalah kelas ini akan membantu ibu bapa untuk mempersiapkan diri supaya menjadi ibu bapa yang boleh menjadi contoh kepada anak mereka kelak.
Selain itu kelas ini akan mengajar cara-cara mengawal situasi di rumah dan juga menjaga anak termasuk kelas untuk mengawal kemarahan dan juga kelas menyusu anak.
Jangan pernah berasa pelik untuk tambah ilmu, asalkan itu yang terbaik untuk anak-anak.
Semoga artikel ini memberikan anda sedikit sebanyak persiapan untuk menyambut bayi anda. Jangan lupa untuk amalkan surah dan juga zikir ini. Kalau tidak mampu amal semua, boleh sahaja cuba dua-tiga doa untuk dibacakan kerap.
Jika anda ingin baca doa yang sesuai untuk ibu mengandung anda boleh klik di sini: Doa Untuk Ibu Mengandung
Artikel berkaitan: 8 Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti, 6 ‘Jangan’ Yang Anda Perlu Ingat Untuk Bayi Baru Lahir, 13 Cara Mendidik Anak Dengan Belas Ihsan Dan Dalam Islam, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Doa Ibu Bapa (Bacaan Dalam Rumi Disediakan), Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.
Tak dinafikan ibu menghadapi pelbagai cabaran semasa mengandung seperti sakit pinggang ketika hamil