8 Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Mesti ramai yang tak sabar ingin ziarah-menziarahi Aidilfitri nanti. Lagi-lagi nak berjumpa dengan ahli keluarga baru iaitu bayi yang baru lahir!

Tapi, jangan lupa patuhi SOP ziarah ataupun, yang paling penting ingat ‘pantang larang’ nak ziarah si comel ini.

8 Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Walaupun anda gembira dan teruja untuk berjumpa anak itu, perkara pertama yang anda perlu ingat keadaan bayi itu mengizinkan atau tidak.

Selain daripada itu, anda juga perlu atau tidak perlu lakukan ini:

1. Jangan duduk dekat dengan penghisap rokok atau asap rokok

Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Impak third hand smoker membawa kesan buruk kepada orang dewasa, apatah lagi kepada bayi yang baru lahir dengan paru-paru yang masih lemah.

Jadi, pastikan anda memakai baju yang bersih sebelum melawat bayi. Jangan rapat dengan mereka yang merokok. Jika tidak, walaupun akibatnya mungkin sedikit, asap yang melekat pada baju masih boleh menjejaskan kesihatan bayi.

2. Bawa anak kecil dengan tantrum yang kuat

Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Bayi yang baru lahir masih sedang mengatur waktu tidur sesuai. Ada yang bayi tidur hampir sepanjang hari, ada pula tidak dapat tidur yang lama kerana colic.

Oleh sebab itu, suasana yang tenang amat penting untuk bayi ini.

Jika ada kanak-kanak lain yang meradang, bayi yang sudah selesa di atas katil boleh sama-sama menangis.

3. Ziarah di luar waktu melawat

Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Sememangnya kalau ada tetamu, mereka perlu disambut. Tetapi tahukah anda, selepas 3 kali salam tidak dijawab anda perlu pulang? 

Walaupun tuan rumah kelihatan seperti ada di rumah, jika kehadiran tidak disambut mereka perlu pulang.

Tetamu haruslah bersangka baik. 

Mungkin tuan rumah tidak bersedia menerima tetamu ataupun tuan rumah berehat di dalam.

Untuk mengelakkan ziarah cuma hanya di pintu pagar, anda boleh tetapkan masa dengan tuan rumah untuk melawat bayi.

Jangan pandang remeh adab menziarah yang satu ini. Ini kerana hanya ibu bapa bayi berkenaan yang mengetahui bilakah waktu terbaik untuk menziarah.

4. Jangan kejut bayi yang sedang tidur

Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Seperti yang kami nyatakan di atas, bayi yang baru lahir masih ‘mencari’ waktu tidur yang sesuai.

Jangan dikejut bayi yang sedang tidur. Lagipun, anak kecil ini masih belum dapat memberikan respon kepada agah, acah ataupun percakapan.

Jika bayi meragam, mungkin akan menangis sepanjang hari dan ibu bapa yang perlu menjaga bayi itu setelah tetamu pulang.

5. Jangan melawat kalau sakit

Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Ini perlulah diingatkan, walaupun batuk atau selesema yang sedikit, imuniti bayi yang baru lahir masih lemah jadi mungkin atau terjangkit.

Jauhkan diri daripada bayi jika terpaksa menziarah bayi tersebut.

6. Tidak dapatkan izin ibu bapa 

Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Izin di sini bukan sahaja untuk menyuap makanan atau mengambil gambar. Izin juga diperlukan untuk mengambil gambar.

Ada bayi yang sensitif sekiranya selalu diagah untuk bergambar. 

Sekiranya anak itu sememangnya baru lahir, berhati-hati dengan dalam menangkap gambar. Jangan memuat naik gambar bayi tanpa izin ibu bapa.

Sesetengah ibu bapa amat berwaspada dengan penyakit Ain, jadi gambar anak tidak dimuat naik sehingga hari ke-40.

Berpada-pada dalam bergembira, ingat izin itu penting!

7. Mengganggu ibu yang sedang menyusu

Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Ibu yang baru melahirkan mungkin masih penat dan masih cuba memberikan susu badan kepada anak yang baru lahir.

Walaupun mengikut sesetengah orang memberikan susu adalah mudah, ia tidak kepada sesetengah ibu.

Ada ibu yang menghadapi tekanan untuk menyusu. Apabila tertekan, tiada susu yang dapat diberikan.

Jangan tambah tekanan kepada keluarga baru ini, berikan ruang kepada keduanya untuk menyiapkan segalanya dengan mudah.

8. Jangan cium bayi

Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti

Sudah ramai yang mengingatkan tentang ini. Ada bayi yang baru lahir mendapat jangkitan setelah dicium orang.

Jangan gunakan alasan, “Takkan ibu bapa bayi boleh cium bayi, saya tak boleh”.

Lebih elok sekiranya elakkan terus daripada mengundang jangkitan kepada bayi. Tiada siapa yang tahu kepada siapa atau apakah bayi itu mungkin lebih ‘alah’.

Kepada tetamu yang ingin ziarah pada hari Raya Aidilfitri nanti, jangan abaikan perkara-perkara ini.

Jangan disebabkan anda mengambil mudah, ada sesuatu mungkin terjadi kepada bayi yang baru lahir tersebut.

Jika ibu bapa mengelak daripada menerima tetamu, pasti ada sebabnya. Kita boleh cuba bersangka baik walau apapun alasannya.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa berkat kepada semua, dan jangan lupa puasa enam!

Artikel berkaitan: 8 Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti6 ‘Jangan’ Yang Anda Perlu Ingat Untuk Bayi Baru Lahir, 13 Cara Mendidik Anak Dengan Belas Ihsan Dan Dalam Islam, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Doa Ibu Bapa (Bacaan Dalam Rumi Disediakan), Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN