6 ‘Jangan’ Yang Anda Perlu Ingat Untuk Bayi Baru Lahir

Alhamdulillah anak yang tersayang yang dinanti dilahirkan. Jika ini bayi pertama, pasti ada banyak perkara yang perlu dipelajari. Oleh itu, kami kumpulkan 6 ‘jangan’ atau pantang larang untuk bayi baru lahir.

Anda boleh semak atau kongsikan kepada ibu bapa baru yang anda kenal.

1. Jangan biarkan bayi dicium ramai orang

Bayi Baru Lahir

Kenapa bayi tak boleh dicium? 

Sebenarnya boleh. Tetapi ada banyak perkara yang perlu diambil kira.

Pertama sekali, bayi adalah insan yang baru dilahirkan dengan badan dan organ yang masih baru. Organ baru adalah organ yang masih lemah.

Mereka terdedah dengan risiko jangkitan kuman kerana iminuti badan yang masih rendah.

Kedua, orang yang mencium mungkin memakai lipstik yang boleh menjadi medium kepada kuman.

Walaupun tidak memakai lipstik, ciuman kepada bayi yang baru lahir tidak digalakkan lebih-lebih lagi jika anda bukan ibu bapa bayi tersebut.

Mungkin bayi sudah kebal dengan kuman kecil yang dibawa ibu bapa. Tetapi tidak kepada pelawat yang baru dijumpa.

2. Jangan terlalu bising

Bayi Baru Lahir

Bayi yang baru lahir perlukan tidur yang lena. Semestinya ibu bapa yang baru menyambut bayi, juga perlukan tidur yang lena. 

Jadi bagi menghormati keluarga baru ini, orang yang melawat perlulah janganlah menambah tekanan kepada mereka.

Hormati ibu bapa dengan mengawal bunyi.

Ziarah dengan ihsan. Pastikan bunyi luar seperti tv, ataupun perbualan yang terlalu kuat.

3. Jangan biarkan bayi pakai lampin yang kotor terlalu lama

Bayi Baru Lahir

Walaupun ini kelihatan seperti pengetahuan umum, ada ibu bapa yang menangguhkan sesi menukar lampin.

Kulit bayi yang lembut dan sensitif akan menjadi semakin teruk sekiranya dibiarkan dengan lampin yang kotor.

Sekiranya lampin bayi lambat ditukar, walaupun cuma hadas kecil ia cukup untuk mendatangkan keradangan kepada bayi.

Bayangkan sekiranya bayi menggaru pula bahagian yang gatal kerana lampin kotor itu, pasti membuka luka kepada lebih banyak kuman.

Jadi jangan bertangguh. Cepat-cepat tukar lampin setelah bayi sudah selesai berhadas.

4. Jangan pakaikan sarung tangan dan kaki (mitten & booties)

bayi baru lahir pakai mittens

Sebenarnya sarung tangan dan kaki tidak digalakkan untuk dipakaikan kepada bayi.

Walaupun tujuan asal mitten adalah untuk mengelakkan bayi menggaru dan mencakar muka, mitten sebenarnya boleh menjadi punca kecederaan kepada bayi.

Antara perkara yang ibu bapa perlu ambil perhatian:

  • Salur darah boleh tersekat akibat terlilit benang mitten.
  • Jika dipakai lama, mitten akan menyebabkan ketidakselesaan.

Seeloknya bayi perlu diberikan kebebasan untuk mendalami deria sentuhan.

Bila bayi mula kenal tangannya sendiri, mulalah pula dia memegang objek lain, menguatkan deria sentuhannya.

Ada juga yang bayi memasukkan tangannya sendiri ke dalam mulut, maka deria rasanya pula yang terangsang.

Semua perlakuan ini akan membantu perkembangan otak bayi.

5. Jangan upload gambar bayi baru lahir dengan kerap

Bayi Baru Lahir

Perkara ini bukan hanya untuk ibu bapa yang perlu ambil perhatian. Tetapi juga pelawat yang menziarahi bayi.

Sebab pertama tidak digalakkan untuk upload gambar bayi baru lahir adalah, penyakit ain dan sihir.

Kadang-kadang penyakit Ain bukanlah daripada orang yang dengki, sebaliknya juga hadir kerana memandang seseorang dengan takjub.

Ia boleh terjadi ke atas orang yang dengki atau orang yang kita sayangi.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ

Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.

Riwayat Muslim (5831)

Jadi, sebelum upload gambar di mana-mana media sosial, berpada-pada dengan penyakit Ain. Sekiranya ada yang memuji, kembalikan semula pujian kepada Allah S.W.T.

6. Jangan berikan makan pelik-pelik

Bayi Baru Lahir

Memang bayi kelihatan comel sewaktu menerima suapan makanan yang diberikan.

Suakan apa sahaja, pasti diterima.

Tetapi jangan lupa, tidak semua bayi boleh makan apa yang disuap.

Antara sebabnya adalah:

  • Umur belum cukup untuk menerima makanan pepejal
  • Belum boleh minum atau makan apa-apa selain susu ibu
  • Alahan kepada makanan atau minuman

Jadi sebelum suap, pastikan anda mendapat keizinan ibu bapa bayi. Mereka lebih tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh diberikan kepada anak tersayang mereka.

Itu sahaja pantang larang untuk bayi yang baru lahir. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan kesedaran kepada semua.

Artikel berkaitan: 8 Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti6 ‘Jangan’ Yang Anda Perlu Ingat Untuk Bayi Baru Lahir, 13 Cara Mendidik Anak Dengan Belas Ihsan Dan Dalam Islam, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Doa Ibu Bapa (Bacaan Dalam Rumi Disediakan), Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN