10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa

Adakah anda teruja untuk menyambut Ramadan kali ini? Mungkin kerana ini kali pertama anda akan latih anak berpuasa.

Cara paling mudah mengumpan anak anda berpuasa adalah dengan memberikan ganjaran duit raya sekiranya berpuasa penuh.

Tetapi tidak semestinya cara ini menjadi. Proses berpuasa selama sebulan memang mencabar bagi anak kecil.

Jadi ganjaran sehingga habis puasa dilihat tidak setimpal sekiranya boleh berbuka awal sahaja pada setiap hari.

Memang tidak mudah untuk mengajarkan nilai bersabar pada bulan puasa kepada anak kecil. Malah kesabaran anda juga mungkin tercabar dengan helah bijak anak anda!

Ikuti tips latih anak anda berpuasa melalui artikel ini.

Berapakah Umur Sesuai Untuk Anak Mula Berpuasa?

Latih Anak Berpuasa

Sebelum anda mulakan latihan berpuasa untuk anak anda, anda perlu berwaspada. 

Tidak semua umur sesuai bersedia untuk berpuasa.

Jangan dibandingkan anak anda dengan yang lain. Mereka mempunyai komposisi badan yang lain.

Malah gaya hidup mereka juga berbeza.

Untuk rujukan anda, ini adalah hadis berkenaan berpuasa dan kanak-kanak.

Ali bin Abi Tolib telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ عَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَبْلُغَ وَعَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الْمَعْتُوهِ حَتَّى يَبْرَأَ

Maksudnya: Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.

Sunan Abi Dawud (4402)

Jadi tidak diwajibkan berpuasa bagi anak kecil selagi belum baligh. Tetapi bagi kanak-kanak yang telah mumayyiz, hukum mereka berpuasa adalah sah.

Kata Imam al-Qalyubi:

(وَالْعَقْلُ)

أَيْ التَّمْيِيزُ فَيَصِحُّ صَوْمُ الْمُمَيِّزِ

Maksudnya: (Dan salah satu syarat sah puasa itu) ialah berakal, dalam erti kata tamyiz, iaitu mampu membezakan antara baik dan buruk; maka sah puasa seorang kanak-kanak yang sudah mumayyiz. 

Rujuk Hasyiyata al-Qalyubi wa ‘Umairah 2/76

Jadi, insya-Allah puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz ini akan diberikan ganjaran pahala dan bukanlah sia-sia.

Imam Zainuddin Ahmad al-Malibari dan Syeikh Dr. Muhammad Hassan Hito berpendapat ibu bapa, wali atau penjaga boleh menyuruh anak untuk berpuasa seawal tujuh tahun dan mendidik dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan sekiranya dia enggan berpuasa setelah berumur 10 tahun.

Hal ini sama seperti didikan solat kepada anak:

مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلاَةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا

Maksudnya: Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).

Sunan Abi Dawud (494) 

Rujuk Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din, hlm. 38 dan Fiqh al-Siyam hlm. 23

Tetapi ibu bapa haruslah mengambil kira sekiranya puasa itu memudaratkan kepada anak mereka. Jangan dipaksa sekiranya mereka tidak mampu untuk berpuasa terus selama 30 hari dengan penuh.

10 Tips Ajarkan Anak Berpuasa

  1.  Lihat Kemampuan Anak Untuk Berpuasa
Latih Anak Berpuasa

Seperti yang kami katakan, kemampuan anak adalah berbeza.

Bukan sahaja anak daripada keluarga lain yang berbeza malah jika anda ada dua anak sekalipun jangan dibandingkan.

Kata-kata seperti perbandingan mungkin hanya akan membuat anak menekan diri terlalu kuat.

Jika dia termotivasi insya-Allah bagus, tetapi jika tidak, anak cuma akan akan membandingkan semula apa yang adik beradik lain lakukan.

  1. Perkenalkan Ibadah Berpuasa Pada Bulan Ramadan
Latih Anak Berpuasa

Inginkan anak yang solehah dan soleh? Ibu bapa harus menunjukkan contoh yang terbaik dahulu.

Walaupun kelihatan remeh,  anak mengikut apa yang dilihat.

Ibu bapa yang beribadah insya-Allah akan melahirkan anak yang beribadah, begitu jugalah dengan puasa.

Ibu bapa boleh berpuasa sunat dan memberitahu itu cuma puasa sunat dan memberitahu ada satu bulan puasa menjadi wajib.

Ataupun setiap kali solat bersama, ibu bapa boleh memberitahu tentang ibadah berpuasa kepada anak-anak.

Perkenalkan bulan Ramadan dengan memberitahu Ramadan adalah bulan istimewa yang dimana pintu-pintu neraka ditutup tetapi pintu-pintu syurga dibuka.

Ceritakan juga sirah-sirah nabi ketika berpuasa supaya anak bertambah minat untuk ikut berpuasa.

Mulakan dengan menanam rasa ingin tahu kepada anak anda untuk memudahkan latih anak berpuasa.

  1. Buat Secara Berperingkat
Latih Anak Berpuasa

Tidak semestinya anak mampu untuk berpuasa penuh satu hari.

Tetapi anda boleh tanyakan kepada anak anda pada jam-jam yang ditetapkan sekiranya anak masih mampu untuk berpuasa atau tidak.

Sebagai contoh, pecahkan tempoh berpuasa kepada 4. Tanyakan pada setiap pecahan sekiranya anak masih larat atau tidak.

Jika ada hari anak anda tidak mampu berpuasa sehingga pecahan masa kedua, berikan galakan pada esok harinya untuk berpuasa sehingga pecahan masa ketiga.

Begitulah selanjutnya sehingga anak mampu berpuasa penuh dalam satu hari.

  1. Sediakan Jadual Aktiviti
Latih Anak Berpuasa

Secara umumnya, apabila tiada makanan sebagai sumber tenaga, anak akan menjadi sedikit lemau.

Jadi apa yang ibu bapa boleh lakukan?

Sediakan jadual aktiviti untuk anak.

Pastikan aktiviti itu tidak memenatkan tetapi cukup berinteraktif.

Dengan perancangan aktiviti yang betul, bukan sahaja anak anda tidak kebosanan, malah akan mengalihkan perhatian anak daripada menunggu “Bila nak berbuka, ayah?”.

  1. Hidangkan Makanan Kegemaran Untuk Bersahur dan Berbuka
Latih Anak Berpuasa

Ini antara motivasi untuk bangun bersahur yang ibu bapa selalu lakukan.

Ada yang membeli makanan sehari sebelum di bazar atau di restoran kegemaran. Ada juga ibu bapa yang terus bertanyakan makanan apa yang ingin dimasak.

Bayangkan bau makanan kegemaran yang dihangatkan di kuali, sudah pasti membangkit selera anak sekaligus mengejutkan dia daripada tidur untuk bersahur.

  1. Masak Masakan Yang Tinggi Dengan Serat dan Khasiat
Latih Anak Berpuasa

Ibu bapa jangan lupa untuk lihat aspek ini ketika menyediakan juadah berbuka dan sahur.

Walaupun anda mengikut apa yang digemari anak, anda juga harus menyediakan makanan yang tinggi serat supaya mereka merasa kenyang dengan lebih lama.

Khasiat pada makanan juga perlulah mencukupi supaya anak kekal bertenaga sepanjang hari.

  1. Boleh Berbuka Tetapi Pastikan Kekal ‘Berpuasa’
Latih Anak Berpuasa

Dengan cara ini, anda akan dapat mengajar anak untuk menghormati bulan puasa. Sekiranya anak terpaksa berbuka kerana tidak dapat menahan lapar, ingatkan mereka untuk makan bersembunyi sedikit bagi menghormati adik beradik lain yang berpuasa.

  1. Puji dan Galakan Yang Positif

Walaupun kejayaan anak untuk berpuasa hanya bertahan 3 jam, anda perlu berikan galakan yang positif.

Pujian perlu diberikan kerana sekurang-kurangnya mereka mencuba.

Galakkan untuk anak anda berpuasa lebih masa keesokan hari.

  1. Elakkan Makanan Manis dan Masin Yang Terlampau
Latih Anak Berpuasa

Walaupun makanan manis digemari dan makanan masin menambah selera, ianya membawa mudarat kepada anak-anak.

Makanan manis akan membuatkan anak anda inginkan lagi makanan manis walaupun sedang berpuasa. Manakala makanan masin pula akan membuatkan anak dahaga dengan cepat.

  1. Jangan Paksa Makan Berlebihan
Latih Anak Berpuasa

Ini adalah perkara penting yang selalu dipandang ringan.

Salah faham yang ibu bapa selalu fikirkan adalah, “Makan banyak, baru kenyang lama”.

Lebih ideal sekiranya amalkan suku-suku separuh.

Makan berlebihan cuma akan menyebabkan perut kembung dan tidak selesa. Anak yang tidak tahan akan cirit-birit sejurus selepas bersahur dan tidak larat lagi untuk berpuasa.

Bila sudah tidak larat, bagaimana nak latih anak berpuasa, kan?

Latih Anak Berpuasa

Selain daripada tips ini, anda juga perlu mengingatkan anak untuk tidak memperlekehkan mereka yang tidak berpuasa. 

Tidak kiralah jika yang tidak berpuasa itu adik beradik sendiri, kawan atau kawan non-muslim yang lain.

Ajarkan anak untuk menjadi prihatin pada bulan Ramadan dan terapkan kesabaran dengan contoh-contoh terbaik.

Semoga artikel ini membantu anda untuk melatih anak berpuasa tahun ini.

Artikel berkaitan: 8 Perkara Perlu Ingat Sebelum Ziarah Bayi Yang Baru Lahir Raya Nanti6 ‘Jangan’ Yang Anda Perlu Ingat Untuk Bayi Baru Lahir, 13 Cara Mendidik Anak Dengan Belas Ihsan Dan Dalam Islam, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Doa Ibu Bapa (Bacaan Dalam Rumi Disediakan), Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

Aqiqah Ramadan

Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN