Cara Belah Mulut Bayi Mengikut Islam

Belah mulut bayi – salah satu perkara yang ibu bapa akan lakukan kepada bayi mereka yang baru lahir. Belah mulut bayi dalam Islam sebenarnya lebih mudah dan ringkas, tidak perlu majlis yang berlebihan.

Apa yang anda perlukan cumalah sebiji tamar.

Belah Mulut Bayi Dalam Islam

 Belah Mulut Bayi

Belah mulut adalah satu istilah yang biasa digunakan orang dahulu, malah masih digunakan di kawasan luar bandar di beberapa negeri.

Amalan membelah mulut pada zaman dahulu adalah untuk membantu bayi mudah bercakap apabila meningkat dewasa kelak. Tetapi istilah mengikut Islam yang sebenar adalah tahnik.

Tahnik, salah satu ibadah yang sunnah untuk menyambut kelahiran bayi selain daripada aqiqah. 

Tahnik dari segi bahasa membawa maksud lelangit di dalam mulut. Pakar bahasa Arab mengatakan amalan tahnik adalah perbuatan mengunyah buah tamar atau seumpanya kemudian tamar tersebut disapu atau digosok pada lelangit bayi.

Hadis Tentang Tahnik

 Belah Mulut Bayi

Hadis daripada Anas bin Malik RA bahawa beliau membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari kepada Rasulullah SAW selepas Abdullah RA baru dilahirkan. Katanya:

ذَهَبْتُ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيِّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حِينَ وُلِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي عَبَاءَةٍ يَهْنَأُ بَعِيرًا لَهُ فَقَالَ ‏”‏ هَلْ مَعَكَ تَمْرٌ ‏”‏ ‏.‏ فَقُلْتُ نَعَمْ ‏.‏ فَنَاوَلْتُهُ تَمَرَاتٍ فَأَلْقَاهُنَّ فِي فِيهِ فَلاَكَهُنَّ ثُمَّ فَغَرَ فَا الصَّبِيِّ فَمَجَّهُ فِي فِيهِ فَجَعَلَ الصَّبِيُّ يَتَلَمَّظُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ حُبُّ الأَنْصَارِ التَّمْرَ ‏”‏ ‏.‏ وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللَّهِ

Maksudnya: “Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada,” lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.”

Hadis riwayat Muslim: 2144

Imam al-Nawawi juga menyebutkan dalam syarah Muslim:

أنَّ تحنيك المولودِ يومَ ولادته سُنَّةٌ بالإجماع، ويحنِّكُه صالحٌ مِن رجلٍ أو امرأةٍ، ويُسْتَحَبُّ التحنيكُ بالتمر

Maksudnya: Bahawasanya amalan tahnik bayi pada hari kelahirannya hukumnya adalah sunat secara ijma’ dan hendaklah ditahnikkan bayi tersebut dengan seorang lelaki soleh atau perempuan yang solehah. Disunatkan digunakan tamar untuk bertahnik. 

Rujuk Syarh al-Minhaj ‘ala Sahih Muslim, 14:123

Hukum Bertahnik

 Belah Mulut Bayi

Hukum tahnik adalah sunat. Bukan sahaja Nabi Muhammad SAW melaksanakannya kepada Abdullah RA tetapi juga yang lain seperti yang diceritakan oleh Abu Musa al-Asy’ari RA:

ولد لي غلام فأتيت به النبي صلى الله عليه وسلم فسماه إبراهيم فحنكه بتمرة ودعا له بالبركة

Maksudnya: Telah lahir bagiku seorang anak lelaki, maka aku datang kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW menamakannya Ibrahim dan mentahniknya dengan sebiji tamat serta mendoakannya dengan keberkatan.

Hadis riwayat al-Bukhari: 5467

Umur Dibolehkan Tahnik

 Belah Mulut Bayi

Seeloknya tahnik dilakukan pada hari yang sama bayi dilahirkan. Tidak perlu menunggu sunnah menamakan anak pada hari ke-7.

Tetapi sekiranya ada halangan atau kekangan, dibolehkan untuk dilengahkan sedikit. Jika lebih daripada tempoh tersebut, tidak disunatkan lagi untuk mentahnik anak. 

Namun menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahnik masih boleh dilaksanakan walaupun setelah lebih dari tempoh kerana ia dibolehkan dibolehkan, semoga ada kebaikan dan keberkatan seperti yang dihajatkan.

Bolehkah Tahnik Dengan Madu?

 Belah Mulut Bayi

Elakkan tahnik dengan menggunakan madu. Ini kerana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) madu tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi yang berusia kurang daripada 12 bulan.

Walaupun dicampur dengan susu atau makanan lain, madu masih terlalu ‘kuat’ untuk dihadam bayi. Ia boleh melemahkan otot bayi dan menyebabkan kegagalan sistem pernafasan.

Jika ingin bertahnik, cukup menggunakan kurma. Sekiranya tiada kurma, gunakan makanan yang bersifat manis lain selain madu dan mencapai maksud dari amalan bertahnik.

Adakah tahnik membuatkan najis anak lelaki mutawassitah?

 Belah Mulut Bayi

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu lihat kepada definisi najis berikut;

Jenis-jenis najis:

  1. Najis Mukhaffafah: Najis yang ringan 
  2. Najis Mutawassitah: Najis yang pertengahan berat dan ringan
  3. Najis Mughallazah: Najis yang berat

Setiap najis ini mempunyai cara-cara untuk dibersihkan yang tersendiri mengikut darjah berat najis itu.

Pada asalnya najis bayi lelaki adalah najis mukhaffafah sehinggalah bayi tersebut berumur bawah 2 tahun yang belum makan makanan melainkan susu ibunya.

Berbalik kepada persoalan adakah tahnik akan menyebabkan najis bayi lelaki menjadi mutawassitah?

Jawapannya adalah tidak. Ini adalah berdasarkan Syeikh Hasan al-Kaff yang menyatakan bahawa;

لَا يَضُرُّ تَحْنِيكُهُ بِنَحْوِ تَمْرٍ وَ عَسلٍ وَ كَذَلِكَ الدَّوَاءَ وَ مَا يُوضَعُ لِلإصْلاحِ كَمِلْح وَ سُكَر

Maksudnya: Tidak memberi kesan (perubahan najis mukhaffafah kepada mutawassitah) dengan melakukan tahnik terhadap bayi dengan kurma dan madu, begitu juga ubat-ubatan dan apa yang diberikan untuk merawatnya seperti garam dan gula. 

Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 134

Ini cara tahnik ringkas untuk anda ikuti:

  • Sediakan kurma dan air zamzam
  • Istighfar
  • Mulakan dengan beristighfar
  • Baca al-Fatihah
  • Baca ayat Kursi 
  • Baca Selawat Syifa
  • Baca selawat Kamilah
  • Baca 3 Qul
  • Kunyah kurma sehingga lembik.
  • Dengan jari, ambil kurma tersebut dan masukkan ke dalam mulut bayi.
  • Baca ayat 33-37 surah Ali Imran
  • Keluarkan jari dan suapkan sedikit air zam-zam
  • Bacakan doa untuk anak tersebut

Sekian sahaja perkongsian berkenaan belah mulut untuk anda kali ini. Semoga bermanfaat.

Artikel berkaitan: Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Perkara Sunnah Aqiqah Lain yang Boleh Dibuat?

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN