Doa Ketika Gelisah Untuk Dibaca (Bacaan Rumi & Maksud Disediakan)

Doa ketika gelisah ini untuk dibacakan tidak kiralah sewaktu panik, cemas atau ketika hati tidak tenang.

Alhamdulillah dari dalam al-Quran, Allah SWT sudah memberikan ayat-ayat untuk dibacakan ketika gelisah.

Anggap sahaja surah ini, ataupun anjuran daripada Nabi Muhammad ini adalah petanda sebagai Allah menyayangi kita sebagai hambanya.

Punca-punca Hati Mudah Gelisah

Walaupun sukar untuk diterima, tetapi pasti ada sebabnya kita berasa tidak tenang. Untuk menyembuh, haruslah kita mengetahui puncanya dahulu.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua mendapat ibrah kerana soal hati adalah rahsia Allah.

Kerana Hati Sedar Tentang Dosa

Doa Ketika Gelisah

Sedar atau tidak, kadangkala hati berasa gelisah tentang sedar tentang dosa yang pernah dilakukan. Mungkin ini adalah salah satu cara Allah SWT memberikan hidayah kepada hambanya.

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah pernah berkata, ”Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran”.

Malah Nabi SAW juga telah bersabda:

الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

Maksud: “Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia.”

Riwayat Muslim (2553)

(Sumber Mufti Wilayah Persekutuan)

Tiada cara lain untuk sembuh daripada hati yang gelisah kerana dosa selain daripada memohon keampunannya dan bertaubat kepada Allah SWT.

Kurang Bersyukur

Doa Ketika Gelisah

Pernahkah anda dengar dengan konsep Qanaah? Iaitu konsep yang diterap dalam diri untuk sentiasa berasa cukup dan lengkap walaupun terdapat kekurangan.

Cara untuk sentiasa berasa cukup adalah dengan mempercayai harta yang dimiliki bukanlah hak kita sepenuhnya. Kesemuanya adalah milik Allah SWT.

Tidak salah untuk meminta lebih dan  tidak salah untuk berdoa mendapat rezeki lebih. Tetapi apa yang penting adalah sentiasa rasa cukup, kerana harta di dunia ini tiada penghujungnya.

Maksudnya, tidak kiralah sekiranya sesiapa sahaja mempunyai wang berjuta sekalipun, jika masih tidak bersyukur, apa yang ada di tangan kelihatan masih tidak ‘cukup’.

Ingatlah ayat daripada surah Ibrahim ini:

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”

Surah Ibrahim : 7

Posesif

Doa Ketika Gelisah

Hal ini berkait rapat dengan konsep syukur di atas.

Walaupun bukan dari segi harta, sifat ingin memliki semuanya dan segalanya akan memakan diri.

Ingatlah tak akan lari gunung dikejar hilang kabut tampaklah dia.

Apa yang ditakdirkan untuk kita akan hadir juga.

وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۗ وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ۗاِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖۗ قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya: “dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”

Surah At-Talaq : 3

Malah sifat posesif ini juga berisiko untuk bercambah menjadi cinta kepada dunia dengan melampau.

Firman Allah yang membawa maksud:

 “Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak akan memperoleh apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah yang telah mereka kerjakan.”  

Surah Hud : 5-16

Doa Ketika Gelisah

Apabila keinginan untuk mendapat sesuatu dengan kuat sehingga menyebabkan individu itu menjadi posesif, tidak mustahil segala apa yang dimahukan akan diusahakan dengan cara yang tidak halal.

Rasa cinta akan kebendaan cuma akan menambah masalah hati yang lain seperti mula keinginan untuk menganiayai golongan tertindas.

Berharap Kepada Manusia

Doa Ketika Gelisah

Secara ringkasnya, sesiapa yang terlalu berharap kepada manusia pasti akan kecewa. Sebaliknya individu tersebut perlulah bergantung kepada Allah dan menjadikan diri sendiri sebagai tunjang kekuatan.

Sesungguhnya manusia itu penuh dengan ketidaksempurnaan. 

Berharap lebih kepada manusia, mungkin akan menyebabkan hati menjadi kosong kerana manusia tidak dapat memenuhi kekosongan itu.

Pernah Berlaku Zalim

Doa Ketika Gelisah

Berlaku zalim bukanlah sekadar melakukan perbuatan jahat, malah termasuk juga menyebabkan individu lain berada dalam keadaan yang tidak baik.

Dosa atau kesalahan yang dilakukan kepada individu yang lain perlulah diselesaikan antara individu tersebut.

Doa Ketika Gelisah

Doa Ketika Gelisah

Disarankan untuk membaca doa-doa ini sekiranya kegelisahan hati anda menjadi semakin membimbangkan.

Doa Ketika Gelisah 1

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan, wa a’udzubika minal ‘ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min gholabatid dayni wa qohrir rijaal

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepada-Mu dari lilitan utang dan tekanan orang-orang.”

Doa ini sebenarnya diajarkan Rasulullah SAW apabila melihat Abu Umamah yang berada di masjid sewaktu luar waktu solat.

Ketika itu Abu Umamah sedang dibelenggu hutang. Setelah Abu Umamah mengamalkan doa ini, Abu Umamah terlepas dari kebingungan dan dimudahkan urusan untuk membayar hutangnya.

Doa Ketika Gelisah 2

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Robbish rohli sodri wayasirli amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu qauli

Maksudnya: “Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”

Surah Thaha : 25-28

Ketika anda menghadapi waktu sukar dan ujian di dalam hidup, bacakan sahaja doa ini. 

Doa ini sebenarnya daripada surah Thaha yang diturunkan dengan kisah Nabi Musa juga disebutkan tentang kekuasaan Tuhan menangkis semua kegusaran.

Surah ini juga adalah untuk mengingatkan kita tentang ke-Esaan Allah yang mentadbir seluruh alam.

Berkisahkan juga tentang Nabi Adam dan bagaimana Allah mengampunkan Baginda dan bagaimana Allah juga memberikan kata-kata semangat untuk Nabi Muhammad dalam  menghadapi ujian.

Serahkan sahaja kerisauan anda kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah sahaja yang boleh membantu.

Bantuan tersebut mungkin hadir dari pelbagai bentuk. Rakan yang baik, rezeki yang lebih atau apa-apa sahaja nikmat Allah yang lain.

Doa Ketika Gelisah 3

وَلَمَّا بَرَزُوْا لِجَالُوْتَ وَجُنُوْدِهٖ قَالُوْا رَبَّنَآ اَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَّثَبِّتْ اَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ۗ

Rabbanaa afrig ‘alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal qaumil kafiriin

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”

Surah al-Baqarah : 250

Kadang-kadang ketika gelisah, hati mulai rasa tidak tenang sekaligus menyebabkan diri kita takut untuk menghadapi masalah.

Tetapi Allah SWT tidak akan pernah meninggalkan kita walau dalam apa jenis situasi pun.

Sama da kita sedang gembira atau bersedih, tetaplah berzikir dan berdoa kepada Allah sebagai tanda kita meredai apa yang sedang dihadapi.

Doa Ketika Gelisah 4

Diriwayatkan daripada Imam Thabrani Abu Umamah, 

Dia berkata: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ قَالَ لِرَجُلٍ قُلِ

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi saw. berkata (mengajari) seseorang. Katakanlah, ‘Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.’

Doa ini diriwayatkan dari Imam Thabrani dari Abu Umamah untuk ketenangan hati dan fikiran.

Doa Ketika Gelisah

Sekian sahaja doa ketika gelisah untuk anda hayati. Semoga kita semua dilepaskan daripada rasa tidak tenang ini.

Nota sampingan: Sekiranya anda mempunyai kegelisahan yang teruk, dapatkan bantuan profesional.

Artikel Berkaitan: Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi, Jangan Jadi 4 Golongan Yang Rugi Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Adab Berdoa Kepada Allah Dengan Tertib, Doa Ketika Gelisah Untuk Dibaca (Bacaan Rumi & Maksud Disediakan)

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN