Kenapa Pilih EZ Qurban Untuk Korban 2022?

Kita sudah memasuki bulan Zulhijjah dan pada awal bulan Zulhijjah ramai umat Islam berlumba-lumba untuk merebut pahala dengan melaksanakan pelbagai ibadah sunnah.

Antara yang paling dikejar adalah fadilat beribadah pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah.

Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Pada bulan ini juga umat Islam akan menyambut hari Raya Aidiladha. Hari raya dimana mereka akan berkorban.

Jadi ramai akan mula membuat carian di Google untuk meneliti pakej korban yang manakah mereka inginkan dan yang paling boleh dipercayai.

Antara carian tersebut, pastinya EZ Qurban juga dicari di Google.

Tagline  “Mudah dan dipercayai” sudah menjadi sinonim kepada EZ Qurban, jadi ramai yang mula mempercayai EZ Qurban sebagai pelaksana ibadah korban dan akikah.

Ingin tahu lebih lanjut mengapa 350,000 peserta korban dan akikah memilih EZ Qurban?

  1. Pengalaman Sehingga 15 Tahun
ez qurban

Perjalanan sepanjang 15 tahun ini bukanlah mudah. Pada mulanya, cuma Kemboja menjadi negara pelaksanaan. Kini kami telah berkembang ke 37 negara yang lain.

Daripada satu negara ke satu negara yang lain, para peserta ibadah korban dan akikahlah yang sebenarnya membantu mengembangkan EZ Qurban sehingga menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Alhamdulillah atas sokongan yang diberikan.

Kami doakan semoga ibadah peserta akikah dan korban kami diterima Allah SWT. 

  1. Perkhidmatan Korban & Akikah Pertama Diiktiraf Patuh Syariah

Menjadi pelopor kepada ibadah korban dan akikah kami sentiasa ingin menepati standard antarabangsa termasuk dari segi pematuhan syariah dan pengurusan ibadah.

Bermula pada 15 April 2022 kami adalah penerima sijil Perkhidmatan Korban & Akikah Patuh Syariah MS 1900:2014 (Pengurusan kualiti berasaskan Syariah) yang pertama di Malaysia!

  1. Melantik Pemegang Amanah Yang Berdaftar Untuk Mengawasi Semua Transaksi Ibadah Korban dan Akikah AWARIS 
ez qurban

Kami tidak lari daripada persoalan tentang ketulusan proses melaksanakan ibadah akikah dan korban.

Ada yang telah menyatakan kebimbangan sama ada kami benar-benar melaksanakan ibadah tersebut di luar negara.

Untuk itu AWARIS Berhad telah dilantik sebagai pemegang amanah (trustee) untuk mengawasi dan mengaudit semua aktiviti dan transaksi perniagaan yang dijalankan oleh EZ Qurban bermula 10 Mei 2021.

AWARIS Berhad adalah sebuah syarikat pemegang pihak ketiga yang tertakluk pada Akta Pemegang Amanah 1949.

  1. Waktu Operasi Dilanjutkan
ez qurban

Sempena dengan musim korban ini, EZ Qurban melanjutkan waktu operasi daripada 8 pagi hingga 10 malam.

Urusan di kaunter dan urusan online akan dibantu oleh kami untuk memudahkan anda.

Ya, kaunter dibuka sehingga 10 malam.

Ada yang ingin ke HQ kami untuk urusan ibadah korban dan akikah? 

Klik pada pautan di bawah ini:

Google Map: https://goo.gl/maps/M4fdppvBXQb7dhpx5 

Sekiranya anda berada di selatan tanah air, anda boleh ke pejabat kami di Tingkat 5 Plaza Angsana Johor Bahru Mall.

  1. Transaksi Online dan Offline
ez qurban

Tidak semua yang gemarkan transaksi online. Tidak mengapa, anda juga boleh ke ATM atau membuat bayaran tunai kepada EZ Qurban.

Caranya juga sangat mudah. Anda boleh tangkap gambar resit pembayaran dan berikan kepada kami untuk mengesahkan transaksi atau buat bayaran tunai di kaunter kami.

Jika anda perlukan bantuan, anda boleh hubungi kami di:

Talian Bebas Tol:  1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban 

IG: https://www.instagram.com/ezqurban 

Whatsapp: 013 238 6000 atau klik https://wa.link/fktuxh 

  1. Wakil yang Memantau Proses Ibadah

Setiap tahun, kami akan menghantar urusetia ke luar negara untuk memantau pelaksanaan ibadah korban yang dijalankan.

Daripada pantauan berikut, pihak urusetia akan memastikan semua pelaksanaan menepati SOP dan standard yang telah ditetapkan

  1. Pendaftaran Yang Mudah

Jika anda perlukan bantuan untuk mengisi borang pendaftaran korban di website kami, anda boleh tonton video ini.

ez qurban

Tonton video penuh di sini.

Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mengisi borang pendaftaran. Mudah, kan?

Sekian sahaja perkongsian kali ini. 

Kami juga menyediakan kemudahan kepada anda yang ingin ke HQ kami:

  1. Parking dan valet
  2. Kaunter akad dan ruang menunggu yang selesa

Tonton selebihnya di video ini. (video tiktok)

Jangan lupa klik follow TikTok, kami akan kongsikan lagi apa yang menarik sekiranya anda ingin melaksanakan korban atau akikah bersama kami.

Semoga urusan anda dipermudahkan Allah SWT.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN