Hukum Niat Korban Sebelum Hari Raya Aidil Adha

Katakanlah anda telah menempah haiwan korban sebelum hari raya Korban dan terus berniat, adakah sah niat korban sebelum Hari Raya Aidil Adha?

Ada dua situasi di mana waktu lafaz niat korban boleh menjadi mengelirukan. Situasi tersebut adalah:

  • Orang yang melafazkan niat ketika akad beli haiwan korban
  • Orang yang mewakilkan niat korban, bagaimana pula niatnya?

Untuk itu, kami telah mencari jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk panduan anda.

Bagaimanakan Niat Korban Itu Boleh Dilafazkan?

Hukum Niat Korban

Niat korban sebenarnya boleh dilafazkan dengan dua cara.

Cara pertama adalah peserta korban berniat dengan beberapa keadaan.

  1. Ketika haiwan korban diasingkan daripada haiwan lain atau ketika akad jual beli. Kemudian dia berniat,  “Haiwan yang aku asingkan ini ialah untuk korban” atau “Haiwan aku beli ini ialah untuk korban”.
  2. Ketika dia menyembelih sendiri haiwan korbannya
  3. Ketika haiwan itu disembelih oleh wakil
  4. Ketika bernazar dengan menentukan secara khusus haiwan miliknya yang dikorbankan

Cara kedua adaah orang lain berniat bagi pihak peserta korban kerana diwakilkan itu dilakukan dalam dua keadaan.

  1. Peserta mewakilkan wakil untuk melafazkan niat ketika menyembelih
  2. Peserta mewakilkan seseorang untuk berniat bagi pihaknya ketika wakilnya itu menyerahkan haiwan kepada tukang sembelih.

Imam al-Khatib al-Syarbini ada menyatakan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj bahawa niat itu mestilah dilaksanakan ketika sembelihan itu berlaku sekiranya belum ditentukan binatang yang akan dikorbankan

Manakala di dalam kitab al-Siraj al-Wahhaj, Syeikh al-Ghamrawi menyatakan bahawa harus seseorang itu niat korban sebelum sembelihan berlaku, Namun, mestilah selepas ditentukan binatang yang akan dilaksanakan sebagai ibadah korban.

Selain itu Dr Wahbah al-Zuhaili di dalam kitabnya pula menyebut:

وليس على الوكيل أن يقول عند الذبح عمن؛ لأن النية تجزئ

Maksudnya: “Mereka yang menjadi wakil dalam sembelihan tidak wajib menyebut nama pemilik korban ketika sembelihan berlaku. Kerana memadai dengan niat daripada pemilik korban.”

(al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2737)

Hukum Niat Korban

Daripada kitab Hasyiah al-Bujairimi, Syeikh al-Bujairimi ada menyebut sesiapa yang mewakilkan kepada seseorang untuk menyembelih sudah dikira sebahai dan juga ketika wakil melakukan penyembelihan dan ketika serah binatang kepada wakil.

Jadi, waktu apakah yang sesuai untuk lafaz niat korban?

Niat korban ini boleh dibaca pada beberapa situasi:

  • Sewaktu peserta korban menyembelih sendiri haiwan korban
  • Mewakilkan wakil untuk lafazkan niat sekiranya wakil yang menyembelih
  • Sewaktu akad pembelian haiwan korban
  • Ketika bernazar dengan menentukan secara khusus haiwan miliknya yang dikorbankan

Baca panduan niat korban selebihnya di sini: Lafaz Niat Korban Lembu Dalam Rumi – Blog EZ Qurban 

Apakah Niat Korban Yang Sesuai?

Hukum Niat Korban

Sebenarnya tiada lafaz niat yang khusus untuk berkorban. Sekadar berniat tanpa lafaz “Sahaja aku melakukan korban sunat, kerana Allah Ta’ala” sudah memadai. Namun lain pula sekiranya orang itu bernazar. Mereka perlu melafazkan niat dengan jelas.

Tidak sah sekiranya orang bernazar untuk berkorban tidak melafazkan niat cuma sekadar niat di dalam hati. 

  1. Antara lafaz niat korban nazar adalah:
    Sudah memiliki binatang korban: “Demi Allah / Kerana Allah ke atasku menyembelih lembu ini sebagai korban” atau “Ke atasku menyembelih binatang ini sebagai korban”.
  1. Belum memiliki binatang korban: “Demi Allah ke atasku (menyembelih) binatang korban” atau “Demi Allah, ke atasku menyembelih seekor kambing” atau “Jika aku memiliki seekor kambing, maka ke atasku berkorban dengannya” atau “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada hari raya Haji nanti”.

Walaupun kelihatan sukar untuk difahami, anda sebagai peserta korban boleh sentiasa bertanya sebelum akad pembelian haiwan korban. Jangan biarkan diri anda berada dalam kekeliruan hanya kerana anda tidak pasti.

Sekiranya anda berkorban bersama EZ Qurban, anda akan diberikan akad untuk dibaca sewaktu pembelian. Jadi anda tidak perlu risau.

Semoga ibadah korban anda diterima.

Artikel Berkaitan: Bolehkah Saya Melakukan Korban Untuk Orang Lain?, Hukum Memberikan Non-Muslim Daging Korban, Semua Soalan Korban: 28+ Jawapan FAQ Korban Diringkaskan EZ Qurban, Rukun Penyembelihan: Siapakah yang Layak Menyembelih Binatang Korban?, Adakah Perasaan Kasihan Terhadap Haiwan Korban Menjadikannya Haram Dimakan?, Adakah Haiwan Yang Dimandulkan Boleh Dijadikan Korban?, Waktu Yang Sesuai Lafaz Niat Korban

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN