Hadis Sahih Nisfu Syaaban [Rujukan Dari Mufti Wilayah]

Artikel Hadis Sahih Nisfu Syaaban adalah rujukan daripada laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

Kami ringkaskan berkenaan malam Nisfu Syaaban untuk rujukan anda.

Bilakah Nisfu Syaaban?


Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan pada bulan Syaaban. Iaitu pada terbenamnya matahari pada 14 Syaaban dan berakhir pada subuh 15 Syaaban.

Bulan Syaaban tahun 2022 pula akan jatuh 4 Mac sehingga 2 April 2022 manakala malam nisfu Syaaban tahun 2022 adalah pada malam 17 Mac 2022.

Nisfu Syaaban, Malam Yang Berkat?

Ada beberapa dalil yang telah merujuk kepada fadhilat malam Nisfu Syaaban.

Antaranya:

Rasulullah telah bersabda:

إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إِلَّا لِمَشْرِكٍ أَوْ مُشَاحنٍ

Maksudnya: Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)

Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mengesahkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. 3/135.

Ada juga yang menyangkal kebenaran kesahihan hadis ini.

Hadis ini diriwayatkan daripada jalur sanad beberapa sahabat.

Ada juga ulama yang mensahihkan hadis ini seperti Ibn Hibban, Ibn Hajar al-Haithami dan lain-lain. Manakala ada yang menghuraikan dhaif hadis ini, seperti Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwadzi bi Syarah Jami al-Tirmidzi.

Sekiranya hadis ini sahih sekalipun, ia cuma menunjukkan keutamaan malam Nisfu Syaaban secara umum.

Seperti kata syaikh al-Islam Ibnu Tamiyyah: 

“Dalam hal ini, pendapat yang dipegang oleh majoriti atau sebahagian besar ulama sama ada dari kalangan sahabat kami ataupun dari selainnya, mereka menyatakan bahawa malam nisfu Syaaban adalah malam yang memiliki keutamaan.”

Nisfu Syaaban

Ini pula pendapat beberapa ulama berkenaan malam Nisfu Syaaban antaranya:

Al-Imam al-Syafi’i di dalam kitabnya al-Umm:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ

Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahwasanya selalu dikatakan bahwa permohonan akan dikabulkan dalam lima malam, yaitu malam Jum’at, malam hari raya Idul Adha, malam hari raya Idul Fitri, awal malam di bulan Rajab dan malam Nisfu Syaaban.

Kemudian Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah telah menyebut dalam fatwanya berkenaan solat malam Nisfu Syaaban:

إِذَا صَلَّى اْلإِنْسَانُ لَيْلَةَ النِّصْفِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ جَمَاعَةٍ خَاصَّةٍ كَمَا كَانَ يَفْعَلُ طَوَائِفُ مِنَ السَّلَفِ فَهُوَ حَسَنٌ. وَقَالَ فِيْ مَوْضِعٍ آخَرَ : وَأَمَّا لَيْلَةُ النِّصْفِ فَقَدْ رُوِيَ فِيْ فَضْلِهَا أَحَادِيْثُ وَآَثاَرٌ وَنُقِلَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنَ السَّلَفِ أَنَّهُمْ كَانُوْا يُصَلُّوْنَ فِيْهَا فَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْهَا وَحْدَهُ قَدْ تَقَدَّمَهُ فِيْهِ سَلَفٌ وَلَهُ فِيْهِ حُجَّةٌ فَلَا يُنْكَرُ مِثْلُ هَذَا.

Maksudnya: “Apabila seseorang menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban, sendirian atau bersama jamaah tertentu sebagaimana dikerjakan oleh banyak kelompok kaum salaf, maka hal itu baik.” Di tempat lain, Ibn Taimiyah juga berkata: “Adapun malam Nisfu Syaaban, telah diriwayatkan banyak hadits dan atsar tentang keutamaannya dan telah dikutip dari sekelompok kaum salaf bahwa mereka menunaikan solat pada malam itu. Jadi solat yang dilakukan oleh seseorang sendirinya pada malam tersebut, telah dilakukan sebelumnya oleh kaum salaf dan ia mempunya hujjah, oleh karena itu hal seperti ini tidak boleh diingkari.

Di dalam Kitab Lathaif al Ma’arif dari Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali ada mengatakan:

وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ التَّابِعُوْنَ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُعَظِّمُوْنَهَا وَيَجْتَهِدُوْنَ فِيْهَا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ خَالِدُ بْنِ مَعْدَانَ وَلُقْمَانُ بْنِ عَامِرٍ وَغَيْرُهُمَا مِنْ تَابِعِي الشَّامِ يَقُوْمُوْنَ فِي الْمَسْجِدِ لَيْلَةَ النِّصْفِ، وَوَافَقَهُمُ اْلإِمَامُ إِسْحَاقُ ابْنُ رَاَهَوْيه عَلىَ ذَلِكَ، وَقَالَ فِيْ قِيَامِهَا فِي الْمَسَاجِدِ جَمَاعَةً : لَيْسَ ذَلِكَ بِبِدْعَةٍ .

Maksudnya: “Malam Nisfu Syaaban, kaum Tabi’in dari penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabi’in Syam mendirikan shalat di dalam Masjid pada malam Nisfu Syaaban. Perbuatan mereka disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai shalat sunnah pada malam Nisfu Syaaban di Masjid-masjid secara berjamaah: “Hal tersebut tidak termasuk bid’ah.”

Nas Yang Dikatakan Tidak Sahih Atau Maudhu’ Berkenaan Malam Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban

Di bawah pula adalah nas yang dikatakan sebagai tidak sahih tetapi selalu didengari. Nas ini telah diulas oleh para ulama.

Antara nas itu adalah:

Ali RA bahawa Nabi SAW bersabda:

إذا كانَ ليلةُ النِّصفِ من شَعبانَ ، فقوموا ليلَها وصوموا نَهارَها ، فإنَّ اللَّهَ يَنزلُ فيها إلى سماءِ الدُّنيا ، فيقولُ: ألا من مُستَغفرٍ فأغفِرَ لَهُ ، ألا مِن مُسترزقٌ فأرزقَهُ ألا من مُبتلًى فأعافيَهُ ألا كذا ألا كذا ، حتَّى يطلُعَ الفجرُ

Maksudnya: Jika sekiranya malam nisfu syaban maka hendaklah kamu melakukan qiyam dan berpuasa pada keesokan harinya. Kerana sesungguhnya Allah turun pada malamnya tatkala tenggelamnya mata hari kelangit dunia seraya berfirman: Adakah dikalangan orang yang minta ampun kepadaku nescaya aku ampunkannya Adakah dikalangan orang yang minta rezki nescaya aku rezkikannya. Adakah orang yang terkena bala atau sakit nescaya aku sembuhkannya, adakah begian, adakah begian, sehingga terbitnya fajar

Riwayat Ibn Majah dan dinukilkan oleh Ibn Rajab Dalam Lathaif al-Ma’arif.

Mengapa hadis ini dikatakan sebagai hadis lemah atau maudhu?

Ia dihukum maudhu’ oleh pengarang al-Manar. Sanad ini adalah Abu Bakar Bin Abdullah Bin Muhammad yang ma’ruf dengan nama Ibn Abi Sabrah. Imam Ahmad ada mempertikaikan sahih ini.

Yahya bin Ma’in (tokoh hadis) berkata beliau telah mendustakan hadis. 

Syeikh Muhammad Rasyid ridha pula menetapkan hadis ini sebagai maudhu’ dan seumpanya tidak boleh migithbatkan hukum syarie’ dengannya.

Hadis kedua yang dikatakan maudhu berkenaan malam nisfu Syaaban adalah Hadis daripada Aisyah R.A berkata: Rasulullah SAW mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah turun pada malam Nisfu Syaaban kelangit dunia dan mengampunkan manusia lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kalb.

Riwayat Imam Ahmad: 2610, Turmuzi, 739, Ibn Majah: 1389. 

Imam Turmuzi ada menyebut bahawa Imam Bukhari telah mendhaifkannya.

Imam Syaukani pula ada menyebut pada hadis A’syah terdapat dhaif dan terputus.

Kesimpulan Tentang Malam Nisfu Syaaban

Pada dasarnya, kita tidak seharusnya menghadkan atau membatasi amalan sunnah dan amalan yang baik pada hari dan malam tertentu.

Kecuali terdapat nas sahih atau dhaif bukan maudhu’ atau dusta.

Jika anda ingin beramal pada bulan Syaaban, terutamanya pada malam Nisfu Syaaban, anda perlu pastikan beberapa perkara, dari Mufti Wilayah Persekutuan:

  • Pertama: Pandulah mengikut hadis yang sahih ataupun yang dhaif.
  • Kedua: Jangan sesekali berpegang dengan hadis maudhu’ kerana ia dusta
  • Ketiga: Jangan beriktikad apa yang tiada nas sebagai syariat
  • Keempat: Lihatlah juga secara ihtiyat  supaya tidak tergelincir daripada perbuatan yang menyalahi nas. Imam Syaukani pernah berkata, “Dalam al-Fawaid al-Majmuaah halaman 15, telah diriwayatkan solat pada malam ini (nisfu Syaaban) mengikut pelbagai sumber semuanya batil dan maudhu’.
  • Tetapi anda boleh memperbanyakkan berdoa kerana malam Nisfu Syaaban adalah antara malam doa dimakbulkan.
  • Hidupkan malam ini dengan berdoa, solat sunat dan segala amalan sunnat. Insya-Allah dimakbulkan dan diampunkan dosa.

Artikel Berkait: Amalan Bulan Syaaban [Rujukan Dari Mufti Wilayah Persekutuan]

______

Nisfu Syaaban

Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN