Tips Menabung untuk Akikah Anak

Pernahkah anda terfikir tentang tips menabung untuk menyimpan supaya majlis akikah anak anda terlaksana?

Akikah merupakan salah satu ibadah dalam budaya Islam yang diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Akikah biasanya diadakan pada hari ketujuh setelah kelahiran bayi bagi menandakan rasa syukur kepada Allah SWT atas anugerah kelahiran anak. Selain itu, akikah juga merupakan satu cara untuk mengumumkan kelahiran bayi kepada orang ramai dan keluarga terdekat. 

Oleh sebab itu, ramai ibu bapa yang berusaha untuk mengadakan majlis akikah untuk anak mereka yang baru dilahirkan. Memandangkan secara amnya Bayi akan berada di dalam rahim selama 9 bulan, ibu bapa mempunyai waktu yang cukup untuk menyimpan duit bagi mengadakan majlis akikah anak.

Kelebihan Menabung Untuk Akikah

Tips Menabung

Menabung adalah satu langkah bijak bagi ibu bapa yang ingin mengadakan majlis akikah untuk bayi mereka. Dengan menabung secara konsisten, ibu bapa dapat mengumpulkan wang yang mencukupi untuk membayar kos majlis akikah tanpa mengalami tekanan kewangan selepas majlis.

Tetapi ibu bapa juga perlu ingat bahawa majlis seberapa penting daripada ibadah akikah itu sendiri. Fokuskan kepada ibadah, bukan majlisnya. Ibu bapa juga perlu megukur baju di badan sendiri untuk melaksanakan akikah anak. 

Ikutlah kemampuan, elakkan berhutang dan janganlah pula ibadah sunnah muakkad ini menjadi beban kepada ibu bapa. Allah SWT berfirman:

مَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: “Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.”

(Surah al-Maidah: 6)

Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga ada membincangkan isu berhutang untuk majlis akikah

Tetapi ini tidak semestinya ibu bapa tidak boleh berusaha lebih untuk akikah anak mereka. Apa yang mereka perlukan adalah perancangan yang lebih strategik dan terurus untuk mencapai matlamat mereka mengadakan akikah. Selain itu, menyimpan duit juga mempunyai manfaat yang lain walaupun tujuan anda bukan untuk akikah semata-mata:

Membantu Mengurangkan Beban Kewangan

Tips Menabung

Walaupun anda sudah menetapkan seberapa jumlah untuk akikah, tidak semestinya anda akan mencapai matlamat itu. Ada masanya duit yang disimpan perlu digunakan untuk hal-hal kecemasan yang lain. 

Oleh sebab itu, dengan menabung, anda dapat mengurangkan beban kewangan yang mungkin berlaku.

Memupuk Tabiat Menabung

Apabila anda menabung, secara tidak langsung anda lebih sedar akan kepentingan menyimpan, tidaklah anda berbelanja berlebihan.

Memudahkan perancangan kewangan

Menabung juga memerlukan anda merancang kewangan dan menjadi lebih berdisiplin. Secara tidak sedar anda akan membayar komitmen terlebih dahulu barulah tetapkan wang untuk menyimpan. Semakin anda sedar keadaan kewangan anda, semakin bijak anda dalam pengurusan kewangan.

Tips Menabung untuk Akikah Anak

Menabung untuk majlis akikah bukanlah satu perkara yang sukar jika kita mempunyai rancangan yang betul. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda menabung dengan bijak:

Bermula Dari Awal

Memulakan tabungan secepat mungkin adalah langkah bijak untuk menabung untuk majlis akikah anak. Ini kerana semakin awal anda memulakan tabungan, semakin lama anda mempunyai masa untuk mengumpulkan jumlah wang yang mencukupi untuk melaksanakan akikah tersebut. 

Anda boleh memulakan tabungan dengan mudah dengan membuka akaun simpanan di bank, atau dengan menggunakan aplikasi perbankan mudah alih untuk memudahkan proses penyimpanan wang secara elektronik. Sebagai contoh aplikasi bank sekarang sudah banyak yang menawarkan ciri-ciri menabung.

Ada banyak jenis akaun simpanan yang ditawarkan oleh institusi kewangan, jadi pastikan anda memilih yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda.

Tetapkan Masa dan Sasaran 

Tips Menabung

Ini merupakan langkah penting dalam proses menabung untuk majlis akikah anak anda. Memiliki sasaran tabungan yang jelas dan realistik adalah penting bagi membolehkan anda menabung dengan lebih berkesan. Anda perlu menentukan jumlah wang yang diperlukan untuk majlis akikah dan menetapkan tempoh masa yang cukup untuk mencapai matlamat anda. 

Katakan harga kambing adalah RM1249 seekor dan anda akan mendapat anak lelaki, anda perlukan 2 ekor kambing (mengikut sunnah). 

Majlis pula, anda perlu tetapkan harga katering yang mungkin berjumlah RM3000.

Jadi mengikut perkiraan, anda perlukan:

(RM1249 x RM1249) + RM3000 = RM5498

Bahagikan jumlah tersebut kepada 9 bulan: RM610.90.

Jadi anda perlu menyimpan sebanyak RM610 sebulan. Ataupun, jika ditolak majlis akikah dan anda lakukan akikah sahaja, RM277.60 sebulan.

Dengan menetapkan sasaran yang jelas, anda dapat memudahkan diri anda untuk mengawal perbelanjaan bulanan dan memastikan bahawa wang yang diperlukan untuk majlis akikah anak anda dapat dipenuhi dengan mudah. 

Sudah ada matlamat yang jelas?

Ini pula cara untuk menyimpan:

Mengurangkan Belanja Harian

Tips Menabung

Salah satu cara yang mudah untuk membantu anda menabung adalah dengan mengurangkan belanja harian. Anda boleh memulakannya dengan memeriksa kembali bajet bulanan anda dan menentukan di mana sahaja boleh dilakukan pengurangan. Contohnya, anda boleh membawa makanan bekal dari rumah ke tempat kerja bukannya membeli makanan di luar. Jika perlu, anda uninstall aplikasi hantaran makanan di telefon anda.

Anda juga boleh mengurangkan penggunaan elektrik dengan mematikan peralatan elektronik yang tidak digunakan dan memperbaiki kerosakan pada peralatan rumah yang boleh menjejaskan penggunaan tenaga. 

Selain itu, anda juga boleh mengawal pembelian impulsif dengan membuat senarai belanjaan yang diperlukan dan berusaha untuk tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan. Ini dapat membantu anda mengurangkan belanjaan harian dan membolehkan anda menabung lebih banyak untuk majlis akikah anak anda.

Menjana Pendapatan Tambahan

Tips Menabung

Menjana pendapatan tambahan merupakan satu lagi strategi untuk membantu anda menabung untuk majlis akikah anak. Anda boleh mempertimbangkan pelbagai cara untuk menjana pendapatan tambahan, seperti menjual barangan yang tidak digunakan lagi atau mengambil kerja sampingan. Contohnya, jika anda mempunyai pakaian, peralatan elektronik, atau barangan lain yang tidak lagi digunakan, anda boleh menjualnya secara dalam talian melalui platform seperti Shopee, Lazada, atau Carousell. 

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengambil kerja sambilan seperti mengajar tuisyen, menjadi pemandu penghantaran makanan atau pemandu Grab. Dengan menjana pendapatan tambahan, anda dapat menambah jumlah wang dalam tabungan anda dengan lebih cepat dan efektif.

Menyambut kelahiran seorang anak dengan majlis akikah adalah satu tradisi yang disambut baik dalam masyarakat Islam. Namun, seperti mana-mana acara keagamaan, kos yang diperlukan untuk menyediakan kenduri akikah dapat menjadi sangat tinggi. Oleh itu, menabung sejak awal adalah cara terbaik untuk mempersiapkan diri bagi menanggung kos-kos tersebut.

Ini merupakan beberapa tips praktikal untuk membantu anda menabung untuk majlis akikah anak anda. Anda boleh memulakan dengan memulakan tabungan secepat mungkin dan menetapkan sasaran yang jelas.

Walau bagaimanapun, tidak semua tips yang diberikan mungkin sesuai untuk semua individu. Oleh itu, anda perlu memilih dan menyesuaikan tips yang sesuai dengan keperluan dan situasi kewangan anda sendiri. Dengan sedikit usaha dan komitmen, anda pasti dapat memenuhi matlamat untuk menabung dan merancang majlis akikah anak anda dengan jayanya.

Jika anda inginkan pakej akikah yang mesra poket, anda boleh sahaja bertanya kepada kami.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN