Amalan Bulan Syaaban [Rujukan Dari Mufti Wilayah Persekutuan]

Artikel Amalan Bulan Syaaban ini adalah rujukan daripada laman web rasmi Mufti Persekutuan Wilayah.

Mari fahami amalan bulan ini di sini. 

Puasa Bulan Syaaban

Antara amalan di bulan Syaaban adalah puasa Syaaban. Timbul pula persoalan “Adakah perlu puasa penuh di bulan Syaaban?”.

Terdapat banyak dalil yang menganjurkan puasa pada bulan ini termasuklah daripada amalan Rasulullah SAW.

Antaranya adalah:

Daripada Abu Salamah RA berkata, aku bertanya kepada  Aisyah R.Anha tentang puasanya Nabi SAW. Lantas beliau menjawab:

كانَ يَصومُ حتَّى نَقولَ قَد صامَ ويُفطِرُ حتَّى نَقولَ قد أفطَرَ ولم أرَهُ صامَ مِن شَهْرٍ قطُّ أَكْثرَ مِن صيامِهِ من شعبانَ كانَ يَصومُ شَعبانَ كُلَّهُ كانَ يَصومُ شعبانَ إلَّا قَليلًا

Maksudnya: “Beliau biasanya berpuasa sampai kami mengatakan sungguh telah berpuasa (terus). Dan beliau berbuka sampai kami mengatakan sungguh beliau telah berbuka. Dan aku tidak melihat beliau   berpuasa  yang lebih banyak dibandingkan pada bulan Syaaban. Biasanya beliau berpuasa pada bulan Syaaban semuanya, dan biasanya beliau berpuasa pada bulan Syaaban kecuali sedikit.

Riwayat Muslim (1156)

Satu lagi dalil adalah:

‘Aisyah RAnha memberitahu Abu Salamah:

لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ

“Nabi SAW tidak pernah berpuasa pada suatu bulan yang lebih banyak dari bulan Syaaban. Beliau berpuasa pada bulan Syaaban seluruhnya.”

Riwayat al-Bukhari (1834)

Kedua-dua dalil ini telah memberikan perbezaan pendapat oleh para ulama. 

Sebahagian daripada ulama ada yang mengatakan Nabi SAW berpuasa penuh pada bulan Syaaban dan ada pula masanya Rasulullah berpuasa sebahagian besar dari keseluruhannya.

Ada pula ulama yang berpendapat Nabi SAW hanya berpuasa sebahagian besar daripada bulan Syaaban dan tidak berpuasa pada kesemua hari..

Puasa Sebahagian, Atau Keseluruhan?

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah telah berpendapat Rasulullah berpuasa hanya sebahagian besar bulan Syaaban dan bukan keseluruhannya.

Ini kerana daripada Imam Ibn al-Mubarak:

جائر في كلام العرب إذا صام أكثر الشهر أن يقول صام الشهر كله ويقال قام فلان ليلته أجمع ولعله قد تعشى واشتغل ببعض أمره

“Menurut konteks bahasa Arab, apabila seseorang berpuasa pada sebahagian besar dari sesuatu bulan maka boleh dikatakan dia berpuasa sebulan penuh. Dikatakan si fulan solat sepanjang malam padahal ada kemungkinan dia masih makan malam serta sibuk dengan urusan lain.”

Dan ini dikuatkan lagi dengan Hadis Riwayat al-Bukhari (1833), Aisyah ada menyebut:

“Aku tidak pernah mengetahui Rasulullah SAW berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan.”

Hadis ini berbunyi hampir sama dengan hadis di atas, cuma bulan Syaaban ditukar kepada Ramadan.

Ini juga daripada kefahaman yang diambil dari sabda Rasulullah SAW:

لَا يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُمْ رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمَهُ فَلْيَصُمْ ذَلِكَ الْيَوْمَ

Maksudnya:“Jangan salah seorang di antara kamu mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya melainkan bagi orang yang sudah biasa berpuasa pada hari tersebut, maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut.”

Riwayat al-Bukhari (1781)

Daripada sabda ini, adalah disunnahkan memperbanyakkan puasa sunat di dalam bulan Syaaban berbanding daripada bulan-bulan selainnya.

Tetapi tidak dianjurkan untuk berpuasa sebulan penuh.

Aisyah RA juga ada mengatakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Maksudnya: “Terkadang Nabi SAW puasa beberapa hari sampai kami katakan: Beliau tidak pernah tidak puasa, dan terkadang beliau tidak puasa terus, hingga kami katakan: Beliau tidak melakukan puasa. Dan saya tidak pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa sebulan penuh kecuali di bulan Ramadan, saya juga tidak melihat beliau berpuasa yang lebih sering ketika di bulan Syaaban.

Riwayat Bukhari (1969) dan Muslim (1156)

Antara sebab Rasulullah SAW berpuasa pada kebanyakan hari pada Syaaban telah dinyatakan sendiri Baginda SAW.

شعبانُ بين رجبَ ورمضانَ يغفلُ الناسُ عنه تُرفعُ فيه أعمالُ العبادِ فأُحِبُّ أن لَا يَرْفَع عَمَلِي إَلَّا وأنَا

صَائِمٌ

Maksudnya: Bulan Syaaban, ada di antara bulan Rajab dan Ramadan, banyak manusia yang melalaikannya. Saat itu amal manusia diangkat, maka aku suka jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa.

Riwayat An-Nasai, 1/322 dalam kitab Al-Amali. Hadith Hasan

Ketika ‘Usamah Ibn Zaid bertanya kepada Rasulullah, mengapa baginda berpuasa seperti itu pada bulan Syaaban, baginda menjawab:

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya:“Syaaban adalah bulan yang terletak di antara Rejab dan Ramadan yang sering dilupakan oleh manusia. Ia adalah bulan yang di dalamnya amal-amal perbuatan akan diangkat ke sisi Tuhan semesta alam. Maka aku lebih suka apabila amalku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.”

Riwayat al-Nasa’i (2357)

Jika anda ingin beramal pada bulan ini, terutamanya pada malam Nisfu Syaaban, anda perlu pastikan beberapa perkara, dari Mufti Wilayah Persekutuan:

  • Pertama: Pandulah mengikut hadis yang sahih ataupun yang dhaif.
  • Kedua: Jangan sesekali berpegang dengan hadis maudhu’ kerana ia dusta
  • Ketiga: Jangan beriktikad apa yang tiada nas sebagai syariat
  • Keempat: Lihatlah juga secara ihtiyat  supaya tidak tergelincir daripada perbuatan yang menyalahi nas. Imam Syaukani pernah berkata, “Dalam al-Fawaid al-Majmuaah halaman 15, telah diriwayatkan solat pada malam ini 

Untuk makluman, bulan Syaaban tahun 2022 akan jatuh 4 Mac sehingga 2 April 2022 manakala malam nisfu Syaaban tahun 2022 adalah pada 17 Mac 2022.

Sekian sahaja perkongsian berkenaan amalan di bulan Syaaban yang istimewa ini. Anda boleh baca sambungannya tentang Nisfu Syaaban di pautan di bawah. Kami bincangkan tentang amalan sunat di bulan Syaaban.

Artikel Berkait: Hadis Sahih Nisfu Syaaban [Rujukan Dari Mufti Wilayah]

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN