7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Ibadah Korban

1. Apakah hukum melaksanakan ibadah korban?

Hukum melaksanakan Ibadah Korban dalam mazhab As-Syafie adalah SUNAT MU’AKKADAH iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya. Manakala dalam mazhab Al-Hanafi pula hukumnya wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Dalam hal yang sama, ulamak As- Syafie meletakkan beberapa jenis korban yang wajib, berdasarkan beberapa keadaan iaitu;

1. Korban berdasarkan WASIAT yang telah ditinggalkan oleh si mati.

2. Korban dengan NAZAR yang disandarkan pada sesuatu hajat.

3. Korban yang telah di-TA’YIN-kan iaitu korban yang diniatkan ke atas haiwan tertentu. Contohnya; seseorang yang telah berkata:”Lembu itu adalah (khusus) untuk Korban”. Maka wajib disembelih lembu tersebut dengan niat korban.

2. Bolehkah melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia?

Foto Hiasan – Sumber: Stockvault

Hal ini telah berlaku khilaf di kalangan para ulamak dalam meletakkan hukum melaksanakan korban ke atas orang yang telah meninggal dunia.

Oleh itu, kami lebih cenderung untuk memilih pendapat para ulamak yang menyatakan bahawa “Tidak boleh melaksanakan korban ke atas orang yang telah meninggal dunia” kecuali si mati ada meninggalkan WASIAT. Dan inilah pendapat yang terkuat dalam mazhab As-Syafie yang telah dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya Minhaj At-Tolibin.

Walau bagaimanapun, kami juga meraikan pendapat para ulamak lain yang mengharuskan korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, sepertimana pendapat majoriti dalam mazhab Al-Hanafi, Al-maliki, Al-Hanbali dan sebahagian mazhab As-Syafie.

Tambahan: Para ulamak As-Syafie juga berpendapat bahawa harus melaksanakan korban oleh waris si mati (sebagai peserta korban). Kemudian waris tersebut berniat untuk sedekahkan pahala korban itu kepada si mati atau mana-mana ahli keluarganya yang telah meninggal dunia.

3. Bolehkah kita melaksanakan ibadah korban untuk orang lain?

Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.

Contohnya: seorang anak hendak melaksanakan korban untuk ibubapanya di kampung, maka si anak tersebut perlu memberitahu ibubapanya agar mereka dapat berniat untuk menyempurnakan pelaksanaan korban tersebut.

4. Bolehkah daging korban diagihkan kepada orang bukan Islam?

Daging korban tidak digalakkan untuk diagihkan kepada orang bukan Islam, kerana daging tersebut telah disandarkan kepada niat sembelihan ibadah. bahkan setiap ibadah itu harus dipelihara dan dimuliakan.

5. Bolehkah berkongsi bahagian korban dan akikah pada sembelihan haiwan lembu/unta yang sama?

Foto Hiasan – Sumber: Pexels

Hal ini telah berlaku khilaf di kalangan para ulamak dalam meletakkan hukum berkongsi bahagian korban dan akikah pada haiwan yang sama.

Oleh itu, kami memilih pendapat di kalangan ulamak yang menyatakan bahawa “Tidak boleh berkongsi bahagian dan tidak sah pelaksanaannya” kerana korban dan akikah adalah dua jenis ibadah yang berbeza, samada dari segi niat, tujuan, tempoh masa pelaksanaan dan juga syarat-syaratnya. Maka ianya tidak boleh disatukan niat dan pelaksanaannya dalam satu jenis haiwan yang sama. Ini adalah pendapat yang masyhur dikalangan para ulamak AL-Malikiyyah dan juga AL-Hanabilah.

Namun, dalammasa yang sama kami juga meraikan pendapat ulamak lain yang mengatakan bahawa harus berkongsi bahagian korban dan akikah dalam satu jenis haiwan yang sama, sepertimana pendapat Ibunu Hajar AL-Haitami dan sebahagian ulamak dalam mazhab As-Syafieyah dan Al-Hanafiyyah.

Namun, dalammasa yang sama kami juga meraikan pendapat ulamak lain yang mengatakan bahawa harus berkongsi bahagian korban dan akikah dalam satu jenis haiwan yang sama, sepertimana pendapat Ibunu Hajar AL-Haitami dan sebahagian ulamak dalam mazhab As-Syafieyah dan Al-Hanafiyyah.

6. Apakah amalan sunat bagi orang yang melaksanakan ibadah korban?

Antara amalan sunat bagi orang yang melaksanakan korban ialah: dia tidak memotong kuku, menggugurkan rambut dan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa 1 Zulhijjah sehingga terlaksana korbannya.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila kalian melihat anak bulan Zulhijjah dan diantara kalian ada yang ingin melakukan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan (tidak memotong) segala bulu, rambut dan kukunya" (HR: Muslim)

7. Apakah hukum melaksanakan ibadah korban di luar negara?

Harus melaksanakan ibadah ini di luar negara. Bahkan ianya sudah menjadi satu alternatif bagi umat Islam khususnya di Malaysia untuk melaksanakan ibadah korban di luar negara dengan harga yang lebih murah berbanding dalam negara. Malah manfaatnya juga lebih besar kerana daging-daging korban tersebut diagihkan kepada umat Islam yang lebih memerlukan seperti di selatan Thailand, Kemboja, Filipina, Benua Afrika dan lain-lain.

Akan tetapi, yang (afdhal) ialah ibadah korban yang dilaksanakan dalam negara iaitu; korban di tempat (qariah) sendiri, menyembelih haiwan korban sendiri, melihat sembelihan korban (berwakil). mengagihkan daging korban.

Jika tidak mampu (berkorban dalam negara), jangan sampai tak buat langsung!

Semoga artikel memberi pencerahan untuk anda yang inginkan jawapan mengenai ibadah ini. Jika anda ingin lebih maklumat daruipada tempoh perlaksanaan korban ataupun syarat sah korban, sila semak di artikel berkait.

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?


______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

4 COMMENTS

  1. Boleh ke ibu atau bapa yang buat sembelihan qurban mengagihkan daging qurban kepada anak2nya yang sudah berkeluarga dan tidak mampu untuk melakukan qurban.

    • Boleh, kerana daging korban sunat dimakan oleh peserta itu sendiri, dan sunat juga disedekahkan kepada fakir miskin meskipun dari kalangan ahli keluarga.

  2. Ustaz, anak saya nak buat korban atas namanya di kampong dan dia tidak dapat hadir pada waktu kornpban itu berlangsung kerana tidak dpt cuti kerja.

    Boleh kah 1/3 bahagian daging korban utk anak saya itu dibawa keluar dari kampung @ kariah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN