Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?

Sebelum kita terus kepada tajuk ‘Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?’, elok rasanya kita faham maksud dan hukum bagi ibadah Qurban dan ibadah Aqiqah terlebih dahulu.

Ibadah Qurban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu 11,12,13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Manakala Aqiqah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan (Kambing) yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas bagi melaksanakannya pada hari ke-7, maka boleh dilaksanakan pada hari ke-14. Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya.

Hukum melaksanakan ibadah Qurban dan Aqiqah adalah Sunat Muakkad, ibadah sunat yang sangat dituntut melaksanakannya.

Untuk mengetahui wajib aqiqah atau korban dahulu, teruskan membaca.

Bolehkah Qurban Sebelum Aqiqah?

Masyarakat arab jahiliyah sering melakukan sembelihan haiwan ternakan apabila menjelang masuknya bulan rejab atau dinamakan rajabiyah yang bermaksud; upacara sembelihan kambing di bulan rajab. Mereka akan menyambut kedatangan bulan rejab dengan menyembelih beberapa ekor kambing untuk dimakan bersama ahli keluarga dan penduduk setempat.

Ramai yang bertanya, sekiranya belum melaksanakan Aqiqah untuk diri sendiri atau anak, bolehkah melaksanakan ibadah Qurban terlebih dahulu?

Jawapannya adalah BOLEH melaksanakan Qurban dahulu sekiranya telah hampir waktu hari raya Qurban, lebih baik mendahulukan ibadah Qurban berbanding Aqiqah kerana ibadah Qurban berlaku hanya sekali dalam setahun dan tempohnya terhad kepada 4 hari iaitu 10-13 Zulhijjah sahaja.

Manakala ibadah Aqiqah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Namun jika berkemampuan boleh melaksanakan kedua-duanya sekali.

Imam Syafie berpendapat bahawa Qurban hukumnya Sunat Muakkad namun Makruh hukumnya jika orang yang mampu tetapi tidak melaksanakannya.

Dalam Hadith riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

من وجد سعة فلم يضح فلا يقربن مصلانا

Maksudnya: “Barangsiapa mendapatkan kelapangan rezeki tapi tidak berqurban, maka jangan mendekati tempat solat kami.”

Jadi adakah anda sudah jelas tentang wajib aqiqah atau korban dahulu?

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN