Home Korban Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga

Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga

0
Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga

Banyak pihak yang mempersoalkan adakah dibolehkan melaksanakan Qurban dengan cuma satu bahagian lembu untuk satu keluarga? Hal ini boleh dilihat pada sudut kemampuan individu tersebut.

Ulama telah berbincang dan bersepakat tentang perkongsian satu bahagian lembu lebih dari satu nama.

Andai individu tersebut kurang berkemampuan tetapi mempunyai niat untuk melaksanakan Qurban dan ingin berkongsi pahala dengan ahli keluarga yang lain maka ianya dibolehkan.

Hal ini menunjukkan bahawa Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Ianya telah diterangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan seperti berikut:-

Dalam sebuah hadith Saidatina Aisyah RA yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah SAW mengorban dua ekor kibasy dan baginda bersabda:

بِاسْمِ اللهِ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ، وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah Qurban ini daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan daripada umat Muhammad.

Dan Berkata Imam Al-Nawawi:

“Ulama berpandukan hadith ini bagi membenarkan ibadah Qurban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsikan bersama. Ini adalah pandangan Mazhab Syafieyyah dan jumhur, sedangkan dianggap makruh oleh Al-Thauri, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya.”

Pada asal hukum satu bahagian hanya boleh mewakili satu nama sahaja. Namun, dari sudut pahala akan dibahagikan mengikut pada syiar, pelaksanaan sunnah serta tolong menolong atas kebaikan segalanya dengan izin Allah.

Menurut Imam al-Khatib al-SyarbiniL

“Jika seseorang itu berkorban dengan menyembelihnya (kambing) dari dirinya dan dari keluarganya, atau dari dirinya dan orang lain bersekutu pada pahalanya, maka dibenarkan”

Hikmahnya adalah, lebih ramai mendapat pahala apabila berkorban.

Foto Hiasan – Sumber: Oh! Media

Untuk maklumat, sekiranya seseorang ingin mendaftar Qurban dengan mana-mana syarikat atau masjid-masjid yang menganjurkan pelaksanaan Qurban cukup mewakilkannya dengan satu nama sahaja.

Setelah itu, penama yang melaksanakan Qurban itu boleh niat kongsi pahala sedekah dengan ahli keluarga atau kepada orang lain.

Sudah terjawabkah soalan tentang bahagian lembu dari artikel ini?

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here