Banyak Rupanya Pahala Bila ‘Passing’ Juadah Berbuka Puasa!

Ramadan semakin menghampiri. Jadi makin ramai yang mula mencari juadah berbuka puasa yang mudah tetapi enak, kan?

Ada juga yang merancang untuk masak masakan yang istimewa untuk bertukar dengan jiran. 

Indahnya kehidupan di Malaysia, masyarakat berbudi bahasa dengan amalan ‘passing’ juadah berbuka.

Sekiranya dikembalikan dengan bekal kosong pun tidak mengapa asalkan niat tuan rumah untuk memberi juadah berbuka kepada jiran terdekat sudah memadai.

Berminat untuk telusuri budaya bertukar juadah dengan lebih mendalam?

Mari luangkan sedikit masa untuk bacaan ringan ini.

Sejarah Amalan Bertukar Juadah Berbuka Puasa

Juadah Berbuka Puasa

Memang jelas bahawa ketika bulan Ramadan, masyarakat Muslim yang menyambut memeriahkannya lagi dengan persiapan rapi juadah makanan yang pelbagai.

Malah ada juga yang mengambil inisiatif bukan sahaja memberi makan kepada jiran Muslim yang lain, malah kepada non-Muslim.

Menurut sumber bacaan  ini,  sebelum arus kemodenan dialami oleh semua orang, masyarakat Muslim akan bersiap mencari kayu api sebagai persediaan bahan bakar untuk menyiapkan juadah berbuka dan sahur. 

Selain daripada itu, sumber makanan sebelum sahur dan berbuka puasa juga akan disediakan, malah ada yang sediakan sehingga cukup untuk sebulan. 

Sebagai contoh, masyarakat yang berasaskan pertanian dan  padi akan mula menyimpan beras untuk berbuka, sahur dan membayar fitrah.

Kuih-kuih daripada beras seperti buah melaka, pulut seri melaka, bengkang, lepat, kuih pelita, tepung bungkus dan lain-lain menjadi pilihan untuk berbuka dan bertukar juadah.

Kaum ibu juga akan memasak lauk berbuka sendiri di dapur daripada membelinya di bazar atau pasar Ramadan.

Daripada peribahasa “Orang berbudi, kita berbahasa”, selepas menerima juadah berbuka daripada jiran sebelah, adat Melayu yang biasa adalah membalas juadah berikut supaya bukan bekas kosong yang dipulangkan.

Juadah Berbuka Puasa

Menurut daripada pensyarah dari Universiti Malaya dalam bidang Jabatan Fiqh dan Usul, Pengajian Islam – Profesor Madya Dr. Mohd Anuar Ramli, amalan ini semakin terhakis dengan gaya pemakanan masyarakat kini.

Tidak kiralah yang duduk di kawasan kampung atau bandar, tradisi ini makin terpinggir kerana walaupun lebih mudah untuk mendapat kuih atau juadah dengan membeli, harganya makin meningkat.

Ingin dimasak sendiri pula tidak cukup masa.

Jadi ada yang memilih untuk membeli juadah berbuka dan dimakan sendiri.

Bagi anda yang ragu-ragu untuk menyambung tradisi ini, kami ingin menceritakan pahala di balik amalan ‘passing’ juadah berbuka.

Pahala atau Fadhilat Memberi Makan Kepada Orang Berbuka Puasa

Juadah Berbuka Puasa

Banyak pahala jika seseorang itu memberi makanan kepada yang berbuka. Malah dengan memberikan makanan orang berbuka, ianya juga berkait rapat dengan amalan bersedekah.

Sesungguhnya bulan Ramadan memang bulan keberkatan. Tidak hairanlah ramai yang memilih bulan ini untuk melipatgandakan ibadah.

Juadah Berbuka Puasa

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi

Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”

Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi

Rasulullah SAW bersabda:

الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ

Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”

Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah

Imam Izzuddin Al Izz Bin ABd al-Salam juga telah berkata: ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. (Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18).

Ini daripada firman Allah SWT:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.

Surah Al-An’aam (160)

Jadi daripada hadis dan riwayat yang dinyatakan di atas, pahala memberi makan kepada orang berpuasa akan mendapat ganjaran puasa. Malah akan digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu.

Sungguh banyak pahala dan fadhilat di sebalik menjamu orang berbuka puasa.

Ingin sampaikan juadah berbuka puasa? Ini kami cadangkan 5 cara moden ‘passing’ juadah berbuka dengan mudah.

Juadah Berbuka Puasa
  1. Gunakan khidmat penghantaran yang boleh menghantar barangan kurang daripada 24 jam sekiranya anda masak sendiri
  2. Membuat pesanan makanan dan dihantar terus kepada orang yang berbuka puasa
  3. Membeli dari kedai yang yang berhampiran rumah dan menyinggah jiran sebelum anda pulang ke rumah
  4. Memberi wang kepada wakil yang boleh menyediakan juadah berbuka
  5. Menaja makanan atau wang kepada mereka yang akan berbuka puasa

Banyak sebenarnya cara lain yang anda boleh cuba untuk menghidupkan kembali amalan menukar juadah berbuka ini.

Selain daripada senarai di atas, anda boleh juga laksanakan Aqiqah Ramadan. Satu program istimewa EZ Qurban pada bulan Ramadan.

EZ Qurban melaksanakan Aqiqah Ramadan untuk aqiqah anak anda dan mengagihkan daging tersebut untuk hidangan berbuka puasa kepada masyarakat Muslim yang memerlukan di Malaysia, Mekah dan Afrika.

Program ini bermula pada 1 Rejab sehingga 27 Ramadan 1443H atau 3 Februari sehingga 29 April 2022.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, klik di sini.


Artikel Berkait: 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Cara Solat Tarawih dan Witir Seorang Diri Di Rumah, Banyak Rupanya Pahala Bila ‘Passing’ Juadah Berbuka Puasa!, Doa Ibu Bapa (Bacaan Dalam Rumi Disediakan), 3 Cara Mudah Untuk Bayar Fidyah Online,

______

Aqiqah Ramadan

Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN