Kalau anda sedang mencari cara solat tarawih dan witir seorang di rumah, anda berada di tempat yang betul. Artikel ini ada panduannya.
Kami memahami ada kemungkinan pada musim pandemik kini dengan keadaan yang tidak menentu ramai yang berwaspada untuk bertarawih di masjid.
Jadi kami kumpulkan panduan yang lengkap untuk solat tarawih dan witir seorang dan tambahan info sekiranya anda ingin berjemaah di rumah.
Jika anda inginkan panduan bertarawih dalam bentuk PDF, muat turun di sini. Lebih mudah sekiranya anda ingin kekal offline sewaktu solat.
Kelebihan Solat Tarawih
Walaupun solat ini cuma solat sunat, anda tidak seharusnya meninggalkannya.
Sama ada bersendirian, atau berjemaah bersama, solat terawih adalah solat sunat yang tidak dilakukan pada bulan-bulan lain.
Hadis Nabi SAW:
“Barang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”.
Hadis Riwayat Muslim
Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukum solat tarawih adalah sunnat muakkad, iaitu sunnah yang digalakkan dan dituntut dilakukan tiap-tiap malam bulan Ramadan.
Mengikut Imam Malik, Abu Yusuf dan sebahagian Syaffi’eyyah berpendapat afdhal terawih ditunaikan secara bersendirian.
Manakala Imam al-Syafi’e dan jumhur berpendapat: afdhal solat tarawih secara berjemaah.
Dirumuskan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hukum bertarawih seorang adalah dibolehkan tetapi yang lebih afdhal adalah ditunaikan secara berjemaah.
Waktu Solat Tarawih
Ia ditunaikan selepas solat Isyak dan sunat ba’diah (selepas Isyak).
Sekiranya anda singgah ke masjid untuk bertarawih dan Imam sudah mulakan tarawih anda belum solat Isyak, dahulukan solat Isyak barulah tarawih.
Bilangan Rakaat Yang Perlu Dilakukan
Solat sunat tarawih dilakukan mengikut solat sunat biasa – dua rakaat dengan satu salam. Kemudian diulang sehingga genap rakaat yang ingin dilakukan.
Kebiasaanya di Malaysia solat tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat. Tetapi ada juga masjid di sini yang melakukan 8 rakaat sahaja.
8 atau 20 rakaat, lakukanlah mengikut kemampuan anda.
Cara Solat tarawih Seorang di Rumah
Niat Solat Tarawih
Niat yang boleh dibaca adalah :
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala”
Ini pula niat solat tarawih apabila anda menjadi imam
Maksud: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala”
Ini pula niat solat sunat tarawih sekiranya anda menjadi makmum.
Maksud: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala”.
Niat ini perlu dibacakan setiap kali anda mengangkat tabir permulaan solat.
Jika anda lakukan 8 rakaat, maka anda akan lakukan 4 kali bacaan niat. Jika 20 rakaat, niat ini akan dibaca 10 kali.
Bacaan Dalam Solat Sunat Tarawih
Anda boleh bacakan apa sahaja surah yang anda inginkan, sama seperti solat fardu yang lain, al- Fatihah dan ditambah surah lain.
Untuk rujukan anda, ini senarai surah pendek yang anda boleh hafal
- Surah al-Ikhlas
- Surah al-Falaq
- Surah An-Nas
- Surah al-Kafirun
- Surah al-Kawtsar
- Surah al-’Asr
- Surah an-Nasr
- Surah al-Fil
- Surah al-Ma’un
- Surah al-Insyirah
Selalunya terdapat bacaan sebelum memulakan tarawih. Ini adalah bacaannya menurut Portal Rasmi e-Solat
Bacaan Selepas Solat Terawih
Setiap penghabisan rakaat akan ada bacaan yang anda perlu ikuti. Kami memudahkan anda dengan membahagikan bacaan tersebut mengikut rakaat.
Bacaan Selepas Rakaat 1 dan 2
Bacaan Selepas Rakaat 3 dan 4
Bacaan Selepas Rakaat 5 dan 6
Bacaan Selepas Rakaat 7 dan 8
Kemudian tutup solat anda dengan solat witir.
Cara Solat Witir
- Dilakukan 3 rakaat. 2 rakaat solat sunat biasa dicampur dengan 1 rakaat berasingan (tiga rakaat satu salam.
- Lafaz niat solat witir: “Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat/ 2 rakaat kerana Allah Taala (tambahkan makmum/sebagai imam/mengikut imam sekiranya anda tidak solat sendirian sebelum anda menyebut Allah Ta’ala)
- Solat seperti biasa cuma pada malam ke-16 sehingga akhir ramadan disunatkan untuk membaca qunut pada rakaat yang terakhir.
- Boleh bacakan apa-apa surah selepas al-Fatihah tetapi anda boleh juga bacakan surah ini:
- Rakaat pertama – surah Al-A’la
- Rakaat kedua – surah Al-Kafirun
- Rakaat ketiga – surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
Tahlil dan Doa Selepas Solat Witir
Sekian sahaja panduan tarawih dan witir semoga ia bermanfaat.
Artikel Berkait: 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Cara Solat Tarawih dan Witir Seorang Diri Di Rumah, Banyak Rupanya Pahala Bila ‘Passing’ Juadah Berbuka Puasa!, Doa Ibu Bapa (Bacaan Dalam Rumi Disediakan), 3 Cara Mudah Untuk Bayar Fidyah Online, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda
______
Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?
Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!
EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.
EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.
Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!