EZ Qurban Agihkan 3 Ekor Kambing Aqiqah Dan Seekor Kambing Nazar di Senggarang, Johor

Sebanyak 3 ekor kambing aqiqah dan seekor kambing nazar telah diagihkan pada 29 Disember 2021 dalam program Aqiqah Lokal EZ Qurban.

Awal pagi lagi kambing tersebut telah disembelih dan diagihkan kepada 5 buah keluarga di sekitar Senggarang, Johor.

5 buah keluarga ini antara asnaf terpilih di sini untuk menerima daging kambing ini. Hasil kerjasama dengan Yayasan EZ Prihatin, mereka juga menerima kotak berisi bahan keperluan makanan.

Pada sebelah petang, team EZ Qurban meneruskan perjalanan ke Madrasah Darul Huffaz Al-Imtiyaz untuk mengagihkan sebahagian lagi daging aqiqah dan nazar.

Daging aqiqah dan nazar tersebut telah dimasak dan dijamu kepada 38 orang pelajar di madrasah ini.

Di bawah merupakan ringkasan perjalanan EZ Qurban ke Johor

Tarikh:

29 Disember 2021 / 25 Jamadilawal 1443

Tempat:

Senggarang, Johor

Madrasah Darul Huffaz Al-Imtiyaz

Agihan:

3 Ekor Kambing Aqiqah

1 Ekor Kambing Nazar

______

Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN