3 Cara Mudah Untuk Bayar Fidyah Online

Dah bayar fidyah? Kalau belum dan mungkin tak sempat singgah ke masjid untuk anda membayar fidyah, kami sarankan anda untuk membayar fidyah online.

Biar kami tunjukkan cara mudah untuk anda melangsaikan fidyah anda sebelum bulan Ramadhan tiba.

Apa Itu Fidyah

Fidyah adalah bayaran yang dikenakan sebagai denda ke atas seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehingga tiba bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Wajib untuk disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia adalah satu hutang (atau tanggungan) kepada Allah SWT sekiranya tidak disempurnakan.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

Dalam bahagian ini kami akan ulaskan sebab-sebab individu dan golongan yang  dikenakan fidyah.

  1. Uzur

Golongan ini adalah yang menghidap sakit kuat dan tidak harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak dapat mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Golongan ini hanya perlu membayar fidyah tanpa menggantikan puasa.

  1. Wanita yang hamil atau yang menyusu

Wanita yang terpaksa berbuka puasa kerana bimbang akan memberikan mudarat kepada bayi yang dikandung atau yang disusukan boleh berbuka puasa. Tetapi wajib qadha puasanya dan bayar fidyah.

Semak hukum lebih jelas di sini

  1. Orang yang sudah meninggal dunia

Hutang puasa bagi golongan ini perlulah ditebus semula dengan warisnya membayar fidyah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.

  1. Pesakit yang tidak Mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib menggantikan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari puasa ditinggalkan.

  1. Melambatkan ganti puasa

Bagi mereka yang melambatkan ganti puasa hingga masuk bulan ramadhan yang berikutnya, perlu membayar fidyah dan wajib juga bagi dia untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan. 

Bagi golongan wanita yang haid dan tidak menggantikan puasa tahun sebelumnya, harus qadha dan membayar fidyah.

Anda boleh rujuk pada maklumat di bawah daripada Pusat Pungutan Zakat untuk gambaran jelas golongan yang perlu membayar fidyah:

Bayaran fidyah pula akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.

Kadar Bayaran Fidyah dan Cara Bayar Fidyah

Kadar bayaran fidyah adalah mengikut harga 1 cupak (¼ gantang Baghdad) beras yang boleh dibuat zakat fitrah.

Sehingga tahun 2019, 1 cupak beras bersamaan 600 gram dan ia dinilaikan dengan kadar RM4.00.

Jadi RM4.00 = 1 cupak beras.

Menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), kadar bayaran fidyah adalah RM2, RM4, RM6 sehari.

Jumlah ini berbeza kerana mengikut jenis beras yang dimakan.

Sebagai contoh

  • RM2 sehari: Ditetapkan untuk individu yang memakan beras SUper Special Tempatan 5%.
  • RM4 sehari: Ditetapkan untuk individu yang memakan beras putih import/ beras perang/beras pulut/beras herba ponni atau beras wangi.
  • RM6 sehari: Ditetapkan untuk individu yang memakan beras basmathi /jepu atau beras merah.

Cara pengiraan untuk kategori di atas pula adalah:

(Jumlah hari meninggalkan puasa) x (Jumlah tahun meninggalkan puasa) x (Jumlah mengikut jenis beras ) 

Sebagai contoh: 7 hari x  1 tahun x RM6 = RM42

Bagi mereka yang berkemampuan, mereka digalakkan untuk menunaikan fidyah mengikut jenis beras yang dimakan.

Rujuk pada artikel ini untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk perkiraan yang lebih tepat anda boleh gunakan kalkulator Fidyah di sini.

Bagaimanakah Cara Untuk Membayar Fidyah Online?

Bayaran fidyah haruslah dengan cara memberi makanan asasi kepada fakir & miskin seperti beras, gandum atau apa-apa sahaja jenis makanan ruji yang menjadi makanan kebiasaan pada sesuatu tempat/wilayah/negara.

Hal ini berkait rapat dengan firman Allah SWT:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَـهُ فِدْيَـةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ.

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Surah Al-Baqarah: 184

Untuk memudahkan anda, anda boleh bayar kepada wakil yang lebih mengetahui siapakah yang layak untuk menerima fidyah anda.

Bagi anda yang ingin membayar fidyah sekarang, anda boleh berkunjung ke laman web EZ Fidyah.

Ez Fidyah membantu membayar fidyah dan menghantar beras fidyah anda kepada golongan yang betul-betul memerlukan.

EZ FIDYAH dimiliki oleh  EZ FADAA SDN BHD (1185505-X). Facebook rasmi ialah atas nama EZ FIDYAH. EZ FIDYAH ditubuhkan pada 27 April 2016 bertujuan untuk membantu masyarakat Islam khususnya Malaysia, bagi memudahkan urusan menyelesaikan Fidyah & Kaffarah. Selain itu kami juga menawarkan perkhidmatan Wakaf.

Itu sahaja perkongsian kalini ini berkenaan fidyah online.


Artikel Berkait: 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Cara Solat Tarawih dan Witir Seorang Diri Di Rumah, Banyak Rupanya Pahala Bila ‘Passing’ Juadah Berbuka Puasa!, Doa Ibu Bapa (Bacaan Dalam Rumi Disediakan), 3 Cara Mudah Untuk Bayar Fidyah Online,

______

Anda ingin membayar fidyah puasa tahun-tahun sebelum ini? Atau adakah anda wakil kepada pembayar fidyah?

EZ Fidyah akan memudahkan urusan anda, anda cuma perlu mendaftar fidyah online.

EZ Fidyah telah mengagihkan RM332,470.26 fidyah sejak tahun  2016 kepada lebih dari 5 negara.

Selain daripada itu anda juga boleh mewakafkan perigi dan al-Quran dengan EZ Fidyah

Tidak pasti dengan pengiraan fidyah? Anda boleh ke laman web kami untuk Kalkulator Fidyah.


Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN