Panduan & Cara Pembahagian Daging Korban Yang Lengkap

Ibadah korban ini dilakukan pada setiap tahun. Namun masih ada antara kita yang tertanya-tanya apakah cara pembahagian daging korban yang sebenar dan tepat?

Adakah orang bukan Islam tidak dibenarkan untuk mendapat bahagian daging korban? 

Dapatkan jawapan kepada persoalan anda di dalam artikel ini.

Maksud Korban

Cara Pembahagian Daging Korban

Ibadah ini dilakukan pada setiap tahun. Tetapi pernahkah kita cuba mendalami apakah erti sebenar korban yang disyariatkan oleh Allah?

Sebenarnya korban adalah penyembelihan haiwan tertentu iaitu An’am pada tarikh tertentu untuk mendekatkan diri dan mendapatkan redha Allah SWT.

Tarikh-tarikh tersebut adalah:

  • 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Cara Pembahagian Daging Korban

Perintah korban telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah bersamaan dengan  perintah untuk mendirikan solat Aidil Adha dan membayar zakat.

Firman Allah SWT membawa maksud:

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.” 

Surah al-Kautsar, ayat 2

Menurut pendapat ahli agama, solat yang disebutkan adalah solat sunat Aidil Adha dan korban yang dimaksudkan adalah menyembelih haiwan korban.

Nabi SAW juga telah bersabda;

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” 

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Ternyata ibadah korban adalah ibadah yang dituntut oleh orang yang berkemampuan untuk memberi semula kepada golongan yang memerlukan.

Jenis Korban

Cara Pembahagian Daging Korban

Sebelum memahami apakah cara pembahagian daging korban, anda perlu tahu jenis-jenis korban dahulu.

Korban yang pertama adalah korban sunat.

Korban ini adalah sunat muakkad. Sunat yang dituntut dan digalakkan.

Firman Allah SWT dari surah al-Maidah ada menyebut dari ayat 27 yang membawa maksud:

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa.”

Manakala surah al-Hajj dari ayat 37 pula bermaksud:

“Daging unta dan darahnya itu tidak akan sesekali dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”

Korban kedua adalah korban orang yang bernazar atau korban wajib.

Seperti namanya, ianya wajib – bukanlah sunat muakkad. Apabila seseorang telah bernazar untuk melakukan ibadah korban jika nazarnya tercapai, individu tersebut wajib melaksanakan korban.

Haiwan Yang Boleh Dikorbankan – An’am

Cara Pembahagian Daging Korban

Secara ringkasnya haiwan yang boleh dikorbankan adalah an’am iaitu haiwan ternakan yang boleh dizakatkan.

Haiwan yang boleh dizakatkan tersebut adalah:

  • Kambing
  • Biri-biri
  • Lembu 
  • Kerbau
  • Unta

Ciri-ciri Haiwan Korban Yang Sempurna

  • Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  • Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  • Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  • Unta: melebihi lima tahun

Haiwan tersebut haruslah tidak:

  • Cacat telinganya walau terpotong sedikit
  • Terpotong lidah atau ekor
  • Kurus dan kurang daging
  • Berkudis
  • Buta
  • Tempang
  • Bunting

Cara Pembahagian Daging Korban

Cara Pembahagian Daging Korban

Sekiranya daging korban tersebut disembelih dengan niat sunat muakkad,  adalah sunat bagi yang berniat untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban tersebut. 

Cara Pembahagian Daging Korban

Kredit infografik: Sinar Harian

Secara ringkasnya pembahagian tersebut adalah seperti berikut:

  • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
  • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
  • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Namun ini cumalah pembahagian yang biasanya diikuti masyarakat di Malaysia. Ada juga yang menyedekahkan kesemua daging korban dan mengambil sedikit sahaja bahagian untuk dirinya.

Cara paling afdhal adalah dengan menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban tersebut dan mengambil sedikit sahaja daripadanya sekadar mengambil berkat.

Baginda juga telah melakukan korban dengan cara tersebut:

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.

Hadis riwayat Muslim: (1218)

وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ

Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)

Harus diingati pembahagian ini hanya untuk korban sunat sahaja.

Berbeza pula sekiranya yang berkorban itu berniat nazar korban. Selain daripada wajib dilaksanakan, pembahagiannya juga berbeza.

Individu yang telah bernazar korban wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya.

Ini daripada hadis diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah Ranha, Rasulullah bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلَا يَعْصِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, maka hendaklah dia melakukan ketaatan tersebut. Manakala, barangsiapa yang bernazar untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT, maka janganlah dia melakukan kemaksiatan tersebut.

Hadis riwayat al-Bukhari: (6696)

Sekiranya seseorang itu telah memakan daging tersebut walaupun sebahagian, dia perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakan.

Tidak perlu lagi untuk dia untuk menyembelih haiwan yang lain sebagai ganti kepada bahagian yang telah dimakan tersebut. (Boleh dirujuk pada  al-Mu’tamad fi Mazhab al-Syafie, 2:485)

Begitulah pembahagian daging korban untuk dijadikan panduan kepada anda. Semoga anda mendapat sedikit info tambahan untuk ibadah korban yang lebih bermakna.

Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

6 COMMENTS

  1. APA hukum koban orang Islam Yang berkorban diluar negara bukan didalam negaranya . Adakah koban Dan akikah ITU disamakan dengan satu masa.

    • Harus melakukan ibadah Korban di luar negara berdasarkan pandangan ulamak dalam mazhab syafie dan lain-lain. Korban dan Akikah boleh dilakukan dalam waktu yang sama tetapi seeloknya berbeza haiwan, kerana berbeza niat dan tujuannya.

  2. Assalamualaikum Ustaz. 1/3 daripada daging korban tu berapa kilo sebenarnya. Adakah ianya hanya 3 kilo atau berat keseluruhan daging di bahagi dengan 3 bahagian?

  3. Kita maklum dengan pembahagian 3gahagian(1/3) agihan, dan ambil segenggam untuk diri sendiri dan bakinya disedekahkan kepada fakir miskin. Boleh tolong jelaskan, 1/3 untuk fakir miskin zaman sekarang macam mana?sebab kebiasaan orang sekarang miskin bandar, atau miskin tapi tak memohon sebagai asnaf. bolehkah kite agihkan utk fakir miskin kurang dari 1/3 sebab ade sebahagian kawasan semua golongan orang berpendapatan sederhana

    • Fakir miskin mengikut definisi zaman sekarang sudah berbeza, antara miskin di kampung dan miskin di bandar. Maka ia bergantung kepada keadaan semasa di suatu tempat. sekiranya di tempat tersebut keluarga itu ddikategorikan sebagai miskin maka dia layak menerima zakat. Adapun agihan korban juga, samada dia mengambil 1/3 bahagian fakir miskin atau 1/3 bahagian untuk orang biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN