Sunat Korban: Perkara Dianjurkan Semasa Berkorban

Hari Raya Haji, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidil Adha, dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia pada tarikh 10 hingga 13 Zulhijjah menurut kalendar Islam.

Selain daripada Hari Raya Aidil Fitri, sambutan perayaan ini juga tidak kurang meriahnya. Jika bulan Syawal disemarakkan dengan semangat setelah berpuasa, bulan Zulhijjah disemarakkan dengan keinginan orang ramai untuk bersedekah dan menambah amalan seperti mengerjakan Haji.

Dalam kita menyambut perayaan Islam ini, jangan dilupakan perkara sunat korban yang boleh dilakukan. Walaupun buka semua orang boleh berkorban, tetapi semua orang Islam berpeluang untuk menerima ganjaran pahala pada bulan ini.

Sekecil-kecil menghulurkan bantuan ketika berlaku proses penyembelihan juga mungkin ada ganjaran daripada-Nya.

Sunat Korban: Apakah Yang Dianjurkan Kepada Peserta Korban?

Sunat Korban

Peserta korban hendaklah tidak memotong kuku, rambut atau mana-mana anggota badan mulai 1 Zulhijjah sehingga selesai ibadah korbannya.

Hadis riwayat Imam Muslim:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Imam al-Syafie dan ashabnya yang lain mengatakan sekiranya peserta korban melakukan juga perkara tersebut sebelum korbannya diselesaikan, ianya adalah makruh tanzih.

Apakah ibadah sunat yang boleh dilakukan walaupun tidak berkorban?

  1. Sebelum solat sunat raya, mandi sunat Aidil Adha
  2. Memakai pakaian yang bersih dan kemas 
  3. Memohon keampunan dan bermaafan 
  4. Sunat untuk makan selepas solat sunat Aidil Adha
  5. Menggunakan jalan berbeza ketika pergi dan balik daripada masjid
  6. Berjalan kaki ke masjid sekiranya mampu
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari subuh 9 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Takbir Muqayyad)
  8. Menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah
  9. Bersedekah kepada yang memerlukan
  10. Tidak menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak
Sunat Korban

Perkara yang ditegah untuk dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha?

Sewaktu pengagihan daging korban, ada terlalu banyak perkara yang boleh menjadikan suasana hari raya Aidil Adha menjadi kurang menyenangkan. Bagi orang Islam yang mengutamakan golongan yang memerlukan, elakkan melakukan ini.

Sunat Korban
  1. Ambil daging korban yang disukai tanpa izin

Percaya atau tidak ada yang mengambil kesempatan sewaktu pengurusan daging korban dan memilih daging korban yang dirasakan ‘lebih’ elok untuk diambil. 

Malang sekali ada masanya mereka mencuri daging ini tanpa izin. Yang menerima cumalah mendapat daging saki baki yang biasa, tidak mustahil lebih sedikit. Ini jelas bercanggah dengan tujuan korban dilaksanakan.

Seeloknya daging yang elok perlu diberikan kepada golongan yang memerlukan. Utamakan golongan ini sekiranya ingin mengagihkan daging korban:

  • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya
  • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin
  • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran
  1. Ambil daging korban atas dasar upah kerja

Tugas ini biasanya dilakukan oleh penyembelih, pelapah, dan pihak terlibat. Mereka mengambil bahagian korban tanpa izin individu yang menjalankan ibadah itu.

Seringkali mereka merasa berhak atas pertolongan atau sebagai AJK masjid, padahal daging korban tidak boleh dijadikan upah. Mereka biasanya mengasingkan bahagian daging pilihan mereka untuk diambil selepas pelapahan selesai.

Dalam pembahagian, ada kemungkinan anggota atau bahagian tertentu telah dicuri terlebih dahulu. Meskipun pemiliknya mungkin tidak mempersoalkannya, itu tidak bermakna ia adalah persetujuan. Mengambil daging korban tanpa izin pemiliknya adalah perbuatan yang haram.

Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” 

(Surah al-Nisa: 29)

Perayaan Hari Raya Haji atau Aidil Adha merupakan waktu yang penting bagi umat Islam di seluruh dunia. Selain dari mengerjakan ibadah haji, terdapat juga perkara sunat yang boleh dilakukan semasa berkorban.

Peserta korban perlu menghindari memotong kuku, rambut, atau anggota badan sebelum ibadah korban selesai. Terdapat juga ibadah sunat yang boleh dilakukan walaupun seseorang tidak berkorban, seperti mandi sunat Aidil Adha, memohon keampunan, bertakbir, dan melakukan sedekah kepada yang memerlukan.

Sama ada umat Islam melaksanakan haji atau tidak, ataupun langsng tidak berkorban, kita semua berpeluang untuk mendapat pahala daripada Allah SWT.

Artikel Berkaitan: Bolehkah Saya Melakukan Korban Untuk Orang Lain?, Hukum Memberikan Non-Muslim Daging Korban, Semua Soalan Korban: 28+ Jawapan FAQ Korban Diringkaskan EZ Qurban, Rukun Penyembelihan: Siapakah yang Layak Menyembelih Binatang Korban?, Adakah Perasaan Kasihan Terhadap Haiwan Korban Menjadikannya Haram Dimakan?, Adakah Haiwan Yang Dimandulkan Boleh Dijadikan Korban?, Waktu Yang Sesuai Lafaz Niat Korban

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN