1 Hari 1 Hadis Untuk Bulan Ramadan

Bulan Ramadan ini orang yang cuba berubah menjadi muslim yang lebih baik. Oleh sebab itu, kami kumpulkan 1 hari 1 hadis cukup untuk anda hayati dalam masa 30 hari Ramadan.

Anda juga boleh screenshot hadis-hadis ini untuk simpanan di dalam telefon anda.

  1. Hadis Kelebihan Belajar dan Mengajarkan al-Quran

Daripada Uthman bin Affan RA, Baginda Nabi SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya (ilmu al-Quran).

Al-Bukhari : 5027

  1. Hadis Tanda-tanda Munafik

Daripada Abi Hurayrah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

آيَةُ الْمُنَافِقُ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ.

Maksudnya: Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu: Apabila dia bercakap dia berdusta, dan apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati.

Al-Bukhari : 33

  1. Hadis Tentang Amanah dan Akhirat

Daripada Abi Hurayrah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.

Maksudnya: Apabila hilang amanah dalam diri, maka tunggulah saat kebinasaan. Sahabat bertanya: Bagaimana punca hilangnya amanah itu wahai Rasulullah? Lalu, baginda Rasulullah bersabda: Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kebinasaan itu.

Al-Bukhari : 6496

  1. Hadis Ujian Penghapus Dosa

Daripada Abi Sa’id al-Khudri dan Abi Hurayrah RA berkata,baginda Nabi SAW bersabda:

مَا يُصِيْبُ الْمُؤْمِنُ مِنْ وَصَبٍ وَلاَ نَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ وَلا غَمٍّ وَلاَ أَذَى حَتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُهَا إٍلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ.

Maksudnya: Tidaklah ditimpa orang mukmin itu berasa sakit (secara berterusan), berasa penat dan khuatir (dalam fikiran), berasa sedih dan hiba (kerana sesuatu yang menimpa), rasa kegelisahan hati atau sesuatu yang memedihkan sehingga merasakan duri yang menusuk melainkan dihapuskan dosa-dosanya.

Al-Bukhari : 5641

  1. Hadis Mendoakan Orang Yang Melakukan Kebaikan

Daripada Usamah bin Zayd RA berkata, Rasulullah SAW berpesan dalam sabdanya:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفٌ، فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا، فَقَدْ أَبْلَغَ فِيْ الثَّنَاءِ.

Maksudnya: Sesiapa yang diperlakukan kepadanya sesuatu kebaikan, maka ucapkanlah kepada orang yang melakukan kebaikan kepada kamu dengan ungkapan: Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan. Maka sesungguhnya dia telah menerima pujian yang terbaik.

Al-Tirmidhi : 2035. Sahih

  1. Hadis Tentang Berfikir Sebelum Berkata

Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA berkata, Nabi SAW berpesan dalam sabdanya:

لاَ تَكَلَّمْ بِكَلاَمٍ تَعْتَذِرُ مِنْهُ غَدًا.

Maksudnya: Jangan kamu bercakap dengan sesuatu perkataan yang esoknya kamu akan menyesal kelak.

Ibn Majah : 3381. Hasan

  1. Hadis Tentang Malu

Daripada ‘Imran bin Hasin RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الحَيَاءُ لَا يَأْتِيْ إِلَّا بِخَيْرِ.

Maksudnya: Sifat malu itu tidak akan datang melainkan dengan perkara-perkara yang baik.

Al-Bukhari : 2117

  1. Hadis Tentang Marah

Daripada Abi Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda:

لَا تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لَا تَغْضَبْ.

Maksudnya: Jangan marah, kemudian dia berlalu pergi dan kembali semula serta bertanya hal yang sama. Lantas, baginda bersabda: Jangan marah.

Al-Bukhari : 6116

  1. Hadis Tentang Hormat

Daripada Abi Hurairah RA berkata, Rasulullah bersabda:

مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَم.

Maksudnya: Sesiapa yang tidak menghormati (menyayangi) orang lain, tidak akan dihormati (disayangi).

Al-Bukhari : 5997

  1. Hadis Tentang Sombong

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَدْخُلُ الجَنَّةَ مَنْ كَانَ في قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ.

Maksudnya: Tidak akan masuk syurga sesiapa yang wujud sifat sombong di dalam hatinya meskipun sebesar zarah.

Muslim : 91

  1.  Hadis Tentang Kebaikan

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: “Sesiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun. ”

Riwayat Muslim: 1017

  1. Hadis Hidupkan Bulan Ramadan

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhu:

‌مَنْ ‌قَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

Riwayat al-Bukhari: 37

  1. Hadis Menjaga Kata-kata

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Maksudnya: Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka dia hendaklah bercakap yang baik-baik sahaja, atau diam.

Sahih Muslim (47)

  1. Hadis Memberi Makan Orang Yang Berpuasa

Hadis yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.

Riwayat al-Tirmidzi: 807

  1. Hadis Tentang Berbisik-bisik

Daripada Ibnu Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda :

إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً، فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ الْآخَرِ، حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ , مِنْ أَجْلِ أَنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهٍ

Maksudnya “Apabila  kalian berada seramai tiga orang, maka janganlah berbisik-bisik berdua-duaan tanpa mengajak sekali orang ketiga, sehingga kamu bercampur gaul dengan manusia (bertambah jumlah). Hal ini kerana berbisik boleh  membuat orang yang ketiga  bersedih.”  

Riwayat Muslim (2184)

  1. Hadis Tentang Bersedekah

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى وَالْيَدُ الْعُلْيَا الْمُنْفِقَةُ وَالسُّفْلَى السَّائِلَةُ

Maksudnya: Tangan yang di atas (orang yang memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah orang yang memberi manakala tangan yang di bawah adalah tangan orang yang menerima.

Riwayat Muslim (1033)

  1. Hadis Tentang Memberi Hadiah

Rasulullah SAW bersabda:

تَهَادُوْا تَحَابُّوا

Maksudnya: Berilah hadiah dan saling berkasih sayang antara kamu.

Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad (343)

  1. Hadis Tentang Kebaikan Sebelum Masuk Islam

Daripada Abi Sa’id al-Khudri, Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ كُلَّ حَسَنَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا وَمُحِيَتْ عَنْهُ كُلُّ سَيِّئَةٍ كَانَ أَزْلَفَهَا

Maksudnya: Apabila seseorang hamba itu telah masuk Islam, lalu berIslam dengan baik, nescaya Allah akan menulis baginya (memberi pahala) semua kebajikan yang telah lalu, dan menghapuskan segala kejahatan yang telah lalu.

Riwayat al-Nasaie (4912)

  1. Hadis Tentang Bersahur

Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)

  1. Hadis Menjaga Seorang Muslim

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn ‘Amru R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Maksudnya : Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya.

Riwayat Al-Bukhari (6484)

  1. Hadis Tentang Berbohong

Riwayat Abdullah Ibn Mas’ud RA, sabda Rasulullah SAW:

إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ؛ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

Maksudnya: Jauhilah kalian daripada sikap suka berbohong kerana berbohong akan membawa kepada perbuatan kemaksiatan, dan perbuatan kemaksiatan akan membawa ke Neraka. Jika sekiranya seseorang itu sentiasa berdusta, maka kelak dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta.

Hadis riwayat al-Bukhari: 6094

  1. Hadis Kelebihan Kurma Ajwa

Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” 

HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)

  1. Hadis Tentang Kebersihan Diri

خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: “Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”

Riwayat Al-Bukhari (5550) dan Muslim (257)

  1. Hadis Tentang Kekemasan Diri

Sabda Rasulullah SAW kepada para sahabatnya:

إِنَّكُمْ قَادِمُونَ عَلَى إِخْوَانِكُمْ فَأَصْلِحُوا رِحَالَكُمْ وَأَصْلِحُوا لِبَاسَكُمْ حَتَّى تَكُونُوا كَأَنَّكُمْ شَامَةٌ فِى النَّاسِ فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْفُحْشَ وَلاَ التَّفَحُّشَ

Maksudnya: “Kamu akan berjumpa dengan sahabat-sahabat kamu, maka perkemaskanlah peralatan dan pakaianmu hingga kamu dikenali di kalangan orang ramai. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada perkataan dan perbuatan yang keji dan keterlaluan.”

Riwayat Abu Daud (4089)

  1. Hadis Tentang Niat 

Rasulullah SAW mengatakan:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى

Maksudnya: Setiap amalan itu dinilai berdasarkan niat. Setiap orang akan dibalas bedasarkan niatnya.

Riwayat Muslim (1907)

  1. Hadis Wanita Solat Di Rumah

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا

Maksudnya: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya”.

Hadis riwayat Sunan Abi Daud, No. 570

  1. Hadis Tentang Kepentingan Solat Berjemaah

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya: “Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda”.

Hadis riwayat Bukhari, No. 645

  1. Hadis Tentang Wanita Solat Di Masjid

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda:

  تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاَتٌلاَ

Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangian”.

Hadis Riwayat Abu Daud, No. 565

  1.  Hadis Tentang Berbuat Ihsan

Diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.

Riwayat Muslim (1955)

  1. Hadis Tentang Bantu Membantu

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat.”

Riwayat Muslim, no. 2699

Semoga hadis-hadis ini menjadi pedoman dan rahmah kepada semua yang membacanya.

Sementara Ramadan ada berbaki beberapa hari lagi, marilah kita cuba memperbaiki diri dengan menghayati 1 hari 1 hadis dan mungkin Ramadan kali ini lebih bermakna.

Artikel Berkaitan: Betulkah Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadan?, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Mari Sambut Raya Aidilfitri Dengan Sunnah!, Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh, Fakta Menarik Ringkas Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, 5 Cara Menyambut Ramadan, Semoga Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN