5 Cara Menyambut Ramadan, Semoga Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!

Marhaban ya Ramadan! Tahun lepas kita tinggalkan bulan Ramadan dan berharap untuk bertemunya kembali dan alhamdulillah sampai juga. Jadi mari semak cara menyambut Ramadan yang kita boleh lakukan untuk menzahirkan kegembiraan kita menyambut bulan mulia ini.

Apakah Ramadan kali ini lebih baik dari sebelum?

cara menyambut ramadan

Wallahualam, hanya orang yang melaksanakan ibadah bulan puasa ini akan merasakannya sendiri. 

Namun sekiranya ada yang tidak terasa teruja untuk menyambut Ramadan, mungkin dengan cara ini boleh cetuskan sedikit kegembiraan anda.

Cara Menyambut Ramadan

1. Perbetulkan niat

cara menyambut ramadan

Yang pertama sekali, orang yang akan menyambutnya perlu memperbaiki niat. Bulan Ramadan sememangnya ‘cumalah’ bulan dengan satu ibadah wajib istimewa, iaitu berpuasa.

Tetapi mari ubah pemikiran itu dengan meletakkan mentaliliti; “Bagaimana kalau ini adalah Ramadan ini, Ramadan terakhir aku?”.

Sudah tentu kita akan menyiapkan diri untuk memastikan Ramadan ini menjadi bulan paling istimewa dan memfokuskan ibadah.

Jangan lupa, bulan Ramadan juga digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah sunnah lain kerana pahala akan berlipat ganda (Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan).

Cara menyambut Ramadan bukan hanya ibadah semata-mata. Tetapi dengan niat yang ikhlas.

Ikhlaskan hati dalam beribadah, insya-Allah akan terasa kemanisan beribadah itu.

Firman Allah SWT:

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya”.

Al-Bayyinah: 5

Marilah mencari redha Allah dengan mengubah mind set pada bulan Ramadan ini. Semoga usaha untuk mengubah niat dan mind set ini pada bulan Ramadan tetap terkira pahalanya.

2. Banyakkan berdoa

cara menyambut ramadan

Ini adalah antara ibadah yang dipandang ‘kecil’. Tetapi se-klise kata-kata orang, “Doa adalah senjata Muslim”, percayalah kuasa doa itu.

Jangan hanya fokuskan doa berbahasa Arab yang selalunya dilakukan selepas solat. Tetapi, jadikan doa sebagai wadah untuk mengadu kepada Allah SWT, dalam apa-apa bahasa pun.

Ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk merapatkan diri dengan Allah. Walaupun umum mengetahui setiap cetusan hati manusia Allah mengetahui tetapi dengan usaha untuk tetap menadah tangan meluahkan kepada Allah, mungkin lebih lega dan ikhlas setiap doa itu,

Mungkin ketika kepenatan berpuasa, doa yang dibacakan menjadi makbul. Ataupun ketika anda menahan marah dan berdoa kepada Allah, mungkin doa itu akan didengari.

Tiada siapa tahu bilakah tarikh atau waktu sebenar Allah mengabulkan doa. Oleh sebab itu, banyakkanlah berdoa, bukan menunggu tarikh tertentu sahaja.

Biasakan diri mengadu kepada Allah. Insya-Allah Allah akan ditolong dengan menghadirkan ketenangan jiwa atau, rezeki sahabat yang baik untuk membantu.

3. Banyakkan membaca al-Quran

cara menyambut ramadan

Bulan Ramadan bulan mulia. Cara menyambut Ramadan yang lain adalah dengan membaca al-Quran. Tahukah anda al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan?

Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah al-Alaq. Surah yang menyeru umat Islam untuk membaca.

Istimewa bukan? Perintah pertama adalah untuk membaca.

Jadi marilah menyambut seruan ini dengan membaca al-Quran. 

Lagipula pahala membaca al-Quran adalah 1 huruf 10 pahala (Sumber). Digandakan pula pahala pada bulan Ramadan. 

Benarlah, bulan ini bulan lubuk untuk menambah kebaikan dan saham akhirat.

Firman Allah ﷻ:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. 

Al-Baqarah: 185

Perlukan tips untuk khatam al-Quran Ramadan?

Anda boleh klik di artikel ini:

Hukum Khatam al-Quran Berjemaah

Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini

4. Bersedekah dan memberi makan

cara menyambut ramadan

Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari Rahimahullah, daripada IBN ‘Abbas R.Anhuma:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ‏

Maksudnya: Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.

Riwayat Al-Bukhari : 3554

Sedekah yang paling afdal juga sebenarnya adalah pada bulan Ramadan.

Hadis riwayat Anas RA:

سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ: ‏‏ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ ‏.‏ قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: ‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ ‏

Maksudnya: Ditanyakan Nabi ﷺ puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan?. Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan.

Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadis ini gharib.

Malah dengan bersedekah iaitu memberi makan orang berbuka ada fadilatnya sendiri. Bukan hanya kepada penerima tetapi juga pemberi.

Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.

Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadis ini hasan sahih.

Secara ringkasnya, orang yang menyediakan makanan orang berbuka puasa insya-Allah dapat pahala seperti orang yang berpuasa juga.

5. Hidupkan malam dengan beribadah

cara menyambut ramadan

Mungkin kini tidak boleh lagi beriktikaf di masjid tetapi masih boleh hidupkan malam Ramadan di rumah sahaja.

Selain solat sunat tarawih, boleh menambah ibadah sunnah yang lain seperti tadarus ataupun solat sunat yang lain.

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ قِيَامَ لَيْلَةٍ

Maksudnya: Barang siapa yang solat qiyam bersama imam sehingga selesai, maka Allah  telah memberikannya ganjaran qiyam sepanjang malam.

Riwayat Al-Tirmizi (806), Al-Nassa’ie (1605) & Ibn Majah (1327)

Rebutlah peluang menambah pahala di bulan ini dengan menambahkan ibadah. 

Sesungguhnya golongan soleh dahulu menyambut Ramadan dengan taubat kepada Allah dan menyerahkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri dan bersungguh-sungguh dalam beribadah.

Semoga artikel cara menyambut Ramadan ini dapat menambah keterujaan anda untuk beribadah. Insya-Allah amin.

Artikel Berkaitan: Betulkah Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadan?, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Mari Sambut Raya Aidilfitri Dengan Sunnah!, Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh, Fakta Menarik Ringkas Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, 5 Cara Menyambut Ramadan, Semoga Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN