Fakta Menarik Ringkas Bulan Ramadan

Bulan Ramadan dari bahasa adalah menahan diri. Dari syarak pula, adalah menahan diri dari makan, minum dan tidak melakukan apa-apa perkara membatalkan puasa dari matahari terbit sehinggalah matahari terbenam.

Ia berlangsung selama 29 hari, di mana selain daripada berpuasa umat Islam akan berlumba-lumba untuk beribadah kerana ganjaran pahala akan berlipat ganda.

Fakta Bulan Ramadan

Bulan Ramadan

Tujuan berpuasa pada bulan Ramadan adalah menahan diri daripada melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa. 

Sambil itu, puasa juga mengajar umat Islam untuk memahami golongan lain yang tidak berkemampuan.

Bulan ini ramai umat Islam yang menumpukan fikiran dan fokus kepada ibadah, solat, rohani dan amal jariah. 

Ini semua terjadi dengan niat untuk membersihkan fizikal dan minda.

Umat Islam juga digalakkan untuk belajar menjadi seorang muslim atau muslimah yang lebih baik dengan melarang diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala berpuasa.

Sejarah dan Peristiwa Penting Pada Bulan Ramadan

Bulan Ramadan

Kami akan singkapkan sejarah dan peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Ramadan. 

Sejarah bulan Ramadan Yang Pertama

Perintah untuk berpuasa pada bulan Ramadan ini termaktub pada surah al-Baqarah ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya:  “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”

Sejurus turunnya ayat ini umat Islam yang memenuhi syarat sah berpuasa diwajibkan untuk berpuasa.

Firman Allah, sambungan daripada ayat di atas:

أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ ۚ وَأَن تَصُومُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُون

Maksudnya: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik  bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui”.

Surah al-Baqarah: 184

8 Peristiwa dan Sejarah Bulan Ramadan Yang Terpahat 

Umum mengetahui, walaupun pada bulan puasa, umat Islam dahulu tetap menjalankan hidup seperti biasa, malah ada yang menyertai peperangan untuk menegakkan syiar Islam.

Kami senaraikan peristiwa-peristiwa besar ini untuk rujukan anda. Semoga dapat menaikkan semangat anda yang sedang berpuasa.

i. Al-Quran Diturunkan

Bulan Ramadan juga dikenali sebagai Bulan Nuzul Al-Quran. Nuzul yang membawa ‘turun’, jadi daripada itu, kita ketahui bulan Ramadan adalah bulan al-Quran diturunkan.

Tahukah anda, walaupun al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, surah pertama yang diterima Nabi Muhammad bukanlah surah al-Qadr (Surah tentang malam lailatul qadr) tetapi surah al-Alaq ayat 1 sehingga 5. Semak ayat itu di sini.

Wahyu pertama untuk Nabi Muhammad SAW ketika itu adalah untuk membaca. Surah-surah yang diturunkan tidak mengikut turutan yang ada pada al-Quran yang diterbitkan sekarang.

Ini kerana surah-surah ini diturunkan secara terpecah-pecah. Kemudian di susun semula mengikut:

  • Susunan bersifat tauqifi, yakni ada arahan jelas daripada Syarak terhadap susunan surah-surah.
  • Susunan bersifat taufiqi, yakni susunan adalah berdasarkan ijtihad umat, yakni para sahabat.
  • Susunan bersifat tauqifi dan taufiqi. Ertinya terdapat susunan surah yang ditunjukkan dengan jelas oleh Nabi SAW dan ada yang disusun mengikut ijtihad para sahabat.

Oleh sebab itu bukan surah al-Alaq menjadi surah pertama di dalam al-Quran.

Berkata Syeikh Abu Bakar al-Anbari: “Allah S.W.T menurunkan al-Quran selengkapnya ke langit dunia kemudian menurunkannya secara terpecah-pecah selama 20 tahun lebih. Surah-surah itu turun berdasarkan ketetapan (atau peristiwa) yang berlaku dan ayat yang menjadi jawapan bagi orang yang bertanya. Dan Jibril memutuskan susun atur (berdasarkan ketetapan Allah jua) ayat dan surah. Maka surah itu disusun secara bertepatan seperti mana ayat dan huruf juga disusunkan secara bertepatan semuanya datang daripada Nabi SAW. Barangsiapa yang mendahulukan suatu surah atau mengakhirkannya maka dia telah merosakkan sistem al-Quran.”

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

ii. Fathul Mekah

Bulan Ramadan

Peristiwa Fathul Mekah adalah apabila Islam menguasai semula Kota Mekah. Nabi Muhammad SAW bersama 10 ribu bala tentera telah mengambil masa selama 8 hari perjalanan untuk sampai ke sempadan Mekah.

Pada 20 Ramadan pula, umat Islam telah berjaya mengepung dan memasuki Kota Mekah. Manakala sehari kemudian mereka berjaya menguasai keseluruhan kota Mekah.

iii. Perang Badar

Ini adalah peperangan pertama yang tercetus antara tentera Muslimin dan Musyrikin. Terjadi pada 2 Ramadan tahun kedua hijrah.

Badar merupakan nama tempat perang ini berlaku. Walaupun jumlah tentera Muslimin tidak dapat menandingi jumlah tentera pihak lawan, tentera Muslim berjaya memperolehi kemenangan.

iv. Perjanjian Bersama Rom (Selepas Perang Tabuk)

Bulan Ramadan

Perjanjian ini adalah perjanjian yang dipersetujui oleh Rom setelah pihak Rom berpatah balik daripada peperangan.

Tanpa berlawan umat Islam menang dalam peperangan Tabuk ini. Namun Nabi Muhammad SAW bertahan di tabuk selama 10 hari. 

Di dalam masa 10 hari itu, Perjanjian Damai telah dimaterai antara kaum Islam dan Rom. Peperangan ini adalah peperangan terakhir dalam sejarah Islam.

v.  Penduduk Yaman Memeluk Islam

Bulan Ramadan

Pada Ramadan tahun ke 10H, Nabi Muhammad SAW telah mengutuskan Ali Bin Abi Thalib RA untuk membawa surat kepada penduduk Yaman, khusus kepada suku Hamdan.

Selama 1 hari sahaja, seluruh penduduk telah menerima Islam secara aman.

vi. Patung Berhala Al-Uzza Dihancurkan

Selepas Kota Mekah ditawan, Nabi Muhammad SAW telah mengutuskan Khalid al-Walid untuk memusnahkan patung berhala al-Uzza di Nakhla.

Al-Uzza adalah antara apa yang disembah dan antara yang disebut sewaktu melafazkan sumpah untuk memuliakannya.

vii. Penyerahan Kota Thaif

Walaupun Nabi Muhammad SAW telah berjaya membebaskan penduduk Mekah dari penyembahan berhala, penduduk Thaif masih tidak menerima Islam.

Lalu Baginda SAW telah mengepung Kota Thaif. Rombongan penduduk Thaif datang ke Mekah untuk berjumpa Baginda untuk menyerahkan diri.

viii. Monggol Dikalahkan Tentera Islam

Tentera Monggol telah menyerang kota Baghdad yang menjadi kemegahan kerajaan Abbasiyah, hasilnya ratusan ribu orang menjadi korban dan mayat yang dikumpulkan hingga menjadi setinggi bukit.

Kemudian 15 Ramadan 1260M, tentera Islam membuat serangan balas. Pertama kalinya tentera Monggol kalah dengan tentera Islam.

Kesimpulannya, bulan puasa ini bukan sahaja bulan untuk menahan lapar. Tetapi untuk mengambil ibrah dengan peristiwa lepas dan menjadi Muslim dan Muslimat yang lebih baik.

Sekian sahaja artikel tentang bulan Ramadan kali ini. Semoga fakta-fakta ini dapat menambah pengetahuan anda tentang bulan istimewa ini.

Artikel Berkaitan: Betulkah Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadan?, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Mari Sambut Raya Aidilfitri Dengan Sunnah!, Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh, Fakta Menarik Ringkas Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, 5 Cara Menyambut Ramadan, Semoga Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN