Solat sunat witir adalah penamat ibadah terawih yang dilakukan pada waktu malam. Ditutupi dengan bacaan doa selepas witir.
Tetapi witir sebenarnya boleh dilakukan pada setiap malam walaupun bukan pada bulan Ramadan.
Witir iaitu وَتْر / وِتْر dari sudut bahasa bermaksud tunggal (ganjil) iaitu kata lawan bagi perkataan syafa’ (genap).
Dari istilahnya pula, witir bermaksud:
“Solat tertentu yang dilakukan pada waktu yang tertentu yang menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam”
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Bilangan rakaatnya adalah yang ganjil (2 rakaat + 1 rakaat), disebabkan itulah ia dinamakan witir.
Bacaan Doa Selepas Witir
Kami akan kongsikan info-info menarik solat sunat witir selepas ini. Sebelum itu, ini adalah bacaan doa selepas witir yang anda cari.
Bacaan Doa Pertama Selepas Witir
Cara Bacaan Rumi Doa Selepas Witir:
Amin, Amin, bijudika amin bimtina nika aamin, ya khairal mas ulin ya Allah, wa ya rahimazzhu aa faa ii wal fuqaraa ii wal walyatama wal masakin. Allahummag tiq riqobana warikoba aaba ii na wa ummahatina wa ajdadina wa jaddatina minannari ajmain. Watub wa zakk wagfu aa man yakulu aminn, aminn, aminn. Wasollohu alaihi wal hamdulillahi rabbil aalamin.
Selesai doa pertama, sambung dengan surah al-Fatihah:
Akhirkan dengan doa selepas witir kedua:
Cara Bacaan Rumi Doa Selepas Witir:
Allahumma rabbana taqabbal minna solatana wasiyamana waqiyamana waruku aana wasujudana watakhosyu aana wata dorru aana wata aabbu dana watammim taksii rana ya Allah Ya Allah, birahmatika ya arhamarraa himin, wal hamdululillahi rabbil aalamin.
Panduan ini adalah daripada laman web rasmi E-Solat, muat turun di sini. Bukan sahaja bacaan doa, tetapi panduan lengkap untuk solat tarawih sehinggalah witir ada di situ.
Anda juga boleh baca doa selepas witir yang Nabi S.A.W selalu doakan:
اللهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku berlindung dengan redha-Mu daripada kemarahan-Mu, aku berlindung dengan kesejahteraan-Mu daripada hukuman-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada tindakan-Mu, tiada daya aku ini untuk menghitung pujian kepada-Mu, Engkau itu wahai Allah sepertimana yang Engkau puji diri-Mu ”.
[Riwayat Muslim (486)] [Lihat: al-Muktamad Dalam Mazhab al-Syafie, 374/1]
Macam mana nak solat sunat Witir walaupun bukan bulan Ramadan?
Caranya masih sama. Solat sunat witir dengan 2 rakaat, kemudian disambung dengan 1 rakaat. Jadi solat sunat witir mengandungi 2 salam.
Solat witir adalah antara ibadah yang digalakkan kepada umat Islam walaupun bukan pada bulan Ramadan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata :
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu : Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.
Riwayat Al-Bukhari (1981)
Tutuplah ibadah solat malam anda dengan witir. Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Maksudnya: Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam.
Riwayat Al-Bukhari (998)
Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
الْوِتْرُ رَكْعَةٌ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ
Maksudnya: Witir adalah satu rakaat di akhir malam (penutup solat malam).
Riwayat Muslim (752)
Solat pada akhir malam disaksikan oleh malaikat. Daripada Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
Maksudnya: “Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat Witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal”.
Riwayat Muslim (755)
Berbaki beberapa hari lagi sebelum Ramadan melabuhkan tirainya. Semoga dengan Ramadan kali ini, semakin banyak ibadah sunnah yang kita dalami dan dapat laksanakan.
Semoga istikamah insya-Allah!
Artikel Berkaitan: Betulkah Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadan?, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Mari Sambut Raya Aidilfitri Dengan Sunnah!, Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh, Fakta Menarik Ringkas Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, 5 Cara Menyambut Ramadan, Semoga Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.