Jangan Jadi 4 Golongan Yang Rugi Pada Bulan Ramadan

Berbaki lagi beberapa hari sebelum bulan Ramadan melabuhkan tirai bermakna malam lailatul qadr semakin menghampiri. Jangan jadi golongan yang rugi pada bulan Ramadan.

Tetapi tetaplah bersemangat untuk bertemu dengan malam seribu kebaikan ini.

Jangan pula menjadi golongan yang rugi.

Golongan Yang Rugi Pada Bulan Ramadan

  1. Orang yang tidak bersahur
Rugi Pada Bulan Ramadan

Jangan pandang rendah pada keberkatan dalam bersahur. 

Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)

Pukul berapa anda selalu sahur?

Ada yang mula bersahur sebelum tidur. Ada juga yang bangun beberapa jam sebelum subuh untuk bersahur.

Waktu sahur bermula daripada akhir malam sebelum waktu subuh hingga terbit fajar al-sadiq. Sunnah juga untuk melewatkan waktu sahur sehingga hampir waktu subuh.

Zaid bin Thabit RA telah kongsikan, setelah waktu subuh, Nabi Muhammad SAW mendirikan solat.

Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً

Maksudnya: “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat.”

Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)

50 ayat yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah bersamaan dengan kadar waktu antara imsak iaitu waktu berhati-hati dengan waktu subuh.

Walaupun agak berat untuk bersahur, umat Islam dianjurkan untuk melakukannya walaupun segelas air atau sebiji buah kurma.

Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.

Riwayat Muslim (1096)

Sahur itu berkat. 

Rasulullah ﷺ menyebutkan:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” 

HR al-Bukhari

  1. Orang yang tidak beristighfar
Rugi Pada Bulan Ramadan

Rasulullah ada menyebut yang membawa maksud:

“Rugilah buat seseorang yang telah masuk ke dalam bulan Ramadan sehingga berlalulah ia sedangkan dosanya tidak diampunkan”

Hadis Riwayat al-Tirmizi

Jadi rugilah kepada sesiapa yang tidak memohon keampunan Allah pada bulan ramadan ini.

Jika dihayati doa selepas solat tarawih, anda akan ternampak ini:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, menyukai orang yang minta ampunan, ampunilah aku.”

Allah sukakan pengampunan. Istighfarlah walaupun rasa dosa yang pernah dilakukan terlalu banyak. Sesungguhnya Allah SWT sangat sukakan pengampunan.

Setinggi gunung mana pun dosa, beristighfar dan pohonlah kemaafan kepada Allah.

Allah SWT juga berfirman:

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu;

Surah Hud: 3

  1. Orang yang bermaksiat
Rugi Pada Bulan Ramadan

Jangan sia-siakan puasa dengan bermaksiat.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW berkata:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه

Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. 

Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 1770, 5597

Maksiat bukanlah hanya tentang perhubungan tetapi maksiat adalah apa-apa melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

Antara maksiat adalah:

  • Tidak mengaku tiada Allah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah
  • Meninggalkan 5 kali solat sehari semalam
  • Tidak berpuasa pada bulan Ramadan
  • Tidak membayar zakat sekiranya mampu
  • Tidak menunaikan Haji bila mampu
  • Zina, mengumpat dan lain-lain perbuatan dosa

Nabi SAW bersabda:

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ

Maksudnya: “Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan lucah”. 

Lihat: al-Targhib wa al-Tarhib, 2/154

  1. Orang yang tidak berdoa ketika berbuka puasa
Rugi Pada Bulan Ramadan

Orang yang berpuasa lalu berbuka dan berdoa insya-Allah akan makbul. 

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. 

Riwayat Ibn Majah (1753)

Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan

Jangan lepaskan peluang untuk berdoa. Ada hajat yang diinginkan? 

Ada kerja yang mahu dipohon, inginkan kemudahan untuk belajar? 

Mohon sahaja kepada Allah dan usaha ke arah itu. 

Insya-Allah Allah akan memandang usaha anda. Tiada satu perkara pun remeh yang boleh didoakan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ حَتَّى يَسْأَلَهُ الْمِلْحَ وَحَتَّى يَسْأَلَهُ شِسْعَ نَعْلِهِ إِذَا انْقَطَعَ

Maksudnya: Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.

Jami’ Tirmizi (3604)

Setelah anda baca tentang golongan yang rugi ini, mari terbalikkan yang negatif menjadi positif.

Daripada orang tidak bersahur kepada yang bersahur.

Orang yang tidak beristighfar mula membasahkan bibir dengan zikrullah

Daripada orang yang bermaksiat, menjadi lebih baik.

Akhir sekali daripada tidak berdoa pada berbuka, menjadi orang yang ternanti-nanti untuk berdoa setiap kali berbuka.

Ayuh, tinggal beberapa lagi hari puasa. Jangan jadi golongan yang rugi pada bulan Ramadan. Mari jadi golongan yang beruntung Ramadan ini!

Artikel Berkaitan: Betulkah Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadan?, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Mari Sambut Raya Aidilfitri Dengan Sunnah!, Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh, Fakta Menarik Ringkas Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, 5 Cara Menyambut Ramadan, Semoga Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN