Korban dan Akikah digabungkan sekali?

Saban tahun perkara seperti ini menjadi persoalan di kalangan masyarakat kita khususnya bagi mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah akikah di dalam musim korban atau pada hari raya Aidiladha.

Sebahagian masyarakat pula beranggapan bahawa, dengan melakukan ibadah korban sudah memadai atau sudah terlepas daripada tanggungjawab untuk melakukan ibadah akikah ke atas anaknya yang baru dilahirkan atau anak-anak yang belum diakikahkan.

Kekeliruan seperti ini harus diperjelaskan dengan penerangan yang tuntas berdasarkan dalil dan hujjah yang kuat oleh para ulamak. Disamping itu juga ia perlu dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Untuk memberikan jawapan boleh ataupun tidak jika korban dan akikah ini digabungkan dalam satu niat, maka kita perlu memahami terlebih dahulu tentang definisi kedua-dua ibadah tersebut.

PERBEZAAN KORBAN DAN AKIKAH

1. Korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, kerbau, lembu dan kambing yang disembelih pada hari raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan diikuti hari-hari tasyrik berikutnya iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah dengan niat dan tujuan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Manakala Akikah pula ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi dengan niat dan tujuan semata-mata untuk menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dikurniakan zuriat.

3. Secara ringkasnya, daripada definisi di atas dapatlah kita fahami bahawa korban dan akikah ialah dua jenis ibadah yang berbeza dari sudut niat dan tujuannya.

4. Dari sudut waktu pelaksanaannya pula, iaitu korban hanya sah dilakukan pada 4 hari sahaja dalam setahun, iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Manakala Akikah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan ia hanya tertakluk pada usia 7, 14 atau 21 hari kelahiran bayi.

5. Dari sudut tuntutan juga berbeza. Ibadah Korban dituntut melakukannya pada setiap tahun, manakala ibadah Akikah memadai seumur hidup sekali sahaja iaitu sewaktu kelahirannya.

6. Kemudian dari sudut niat pula ialah bagi ibadah Korban, peserta wajib berniat Korban untuk dirinya sendiri. Maka tidak sah korban tanpa niat. Manakala ibadah Akikah pula ibu bapa lah yang niatkan akikah untuk anaknya.

7. Berbalik kepada isu boleh gabung atau tidak, perkara ini menjadi khilaf di kalangan para ulamak mazhab feqah. Sebahagian ulamak Syafieyyah dan Hanafiyyah mengharuskan Korban dan Akikah digabungkan pelaksanaannya dalam 1 ekor lembu atau unta yang dibahagikan kepada 7 bahagian, sepertimana yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam syarah Minhaj. Begitu juga yang disebutkan oleh Imam Syihabuddin Al-Misri dalam Umdah As-Salik, iaitu harus berkongsi 7 orang peserta dalam 1 ekor lembu dengan berlainan niat seperti korban, akikah, dam, nazar dan sebagainya.

BERKONGSI BAHAGIAN DALAM 1 EKOR LEMBU

Contohnya: 4 bahagian diniatkan Akikah, 3 bahagian lagi diniatkan untuk Korban. Namun, afdhal diasingkan (sembelihan korban dan akikah) untuk mengelakkan berlakunya kecelaruan. Bahkan ganjarannya lebih besar.

8. Manakala pandangan ulamak Hanabilah dan Malikiyyah pula mengatakan tidak sah dikongsikan Korban dan Akikah, kerana ia adalah 2 jenis ibadah yang berbeza (dari sudut niat, tujuan dan pelaksanaannya). Maksudnya, tidak boleh menggabungkan mana-mana bahagian samada korban, akikah atau nazar dalam 2 ekor lembu yang disembelih.

9. Bila mana kita melihat perkara ini adalah khilaf di kalangan ulamak, maka kita harus meraikan kedua-dua pandangan tersebut, sesuai dengan kemampuan seseorang itu untuk beramal dengannya. Sebaiknya jika mampu, asingkanlah antara lembu korban dan lembu akikah.

10. Begitu juga dari sudut pandangan peribadi penulis, sebaiknya (afdhal) diasingkan kedua-duanya, bahkan kami di EZ Qurban juga mengasingkan pakej korban bahagian lembu dan pakej akikah bahagian lembu agar mudah untuk menguruskan pelaksanaanya dan tidak bercampur agihan daging tersebut.

Wallahu A’lam.

USTAZ MOHD AMIRUL BIN KAMARUDIN
Pegawai Syariah EZ Qurban Sdn Bhd.

Belum daftar ibadah korban?

Jangan lepaskan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan ibadah korban pada tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.


TALIAN BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

2 COMMENTS

    • Sama-sama Tuan Saiful. Semoga Allah permudahkan urusan tuan untuk melakukan Korban pada tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN