Pada hari ini ada segelintir antara kita yang tidak tahu apakah pengertian korban. Maka dengan itu, suka untuk saya berkongsi pengetahuan berkaitan korban atau ibadah qurban.
Perkataan qurban berasal dari bahasa arab yakni qariba – yaqribu – qurban yang artinya dekat. Dalam kata lain, qurban bermaksud mendekatkan diri kepada Allah. Qurban juga disebutkan sebagai al-udhhiyyah (أضحية)yang bermaksud binatang sembelihan seperti unta, kerbau, lembu, kambing yang disembelih pada hari raya Aidiladha (10 zulhijjah) selepas solat hari raya dan hari-hari tasyriq (11, 12, 13 zulhijjah) bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Dalil Disyariatkan Qurban
Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut). Sangat digalakkan bagi mereka yang telah melepasi syarat-syarat qurban berdasarkan firman Allah S.W.T.:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar)
Syarat melaksanakan qurban adalah seperti berikut:
1. Beragama islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Berkemampuan
5. Merdeka (bukan golongan hamba)
Binatang yang Diperbolehkan untuk Qurban
Binatang yang boleh untuk qurban adalah unta, kerbau dan kambing selain tiga jenis ini tidak diperbolehkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka.” (Al-Hajj: 34).
Dianggap memadai berqurban dengan domba yang berumur setengah tahun, kambing yang berumur satu tahun, sapi yang berumur dua tahun, dan unta yang berumur lima tahun, baik itu jantan atau betina.
Ini berdasarkan kepada hadis daripada Abu Hurairah ra berkata, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Binatang qurban yang paling bagus adalah kambing yang jadza’ (berumur satu tahun).” – Riwayat Ahmad dan Tirmidzi.
Daripada Uqbah bin Amir ra, aku berkata, wahai Rasulullah saw, aku mempunyai jadza’, Rasulullah saw menjawab, “Berqurbanlah dengannya.” -Riwayat Bukhari dan Muslim.
Daripada Jabir ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Janganlah kalian mengurbankan binatang kecuali yang berumur satu tahun ke atas, jika itu menyulitkanmu, maka sembelihlah domba Jadza”.
Sudahkah anda memahami pengertian korban yang sebenar?
Artikel Berkait: Pengertian Korban, Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban, Apakah Jenis-Jenis Qurban Wajib?, Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Hukum Korban, Bolehkah Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?, Bolehkah Melaksanakan Korban dengan Duit Sedekah atau Bantuan? Wajib Aqiqah Atau Korban Dahulu?, Boleh Tak Buat Korban 1 Bahagian Lembu Sekeluarga, Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Ke Atas Orang Yang Telah Meninggal Dunia, Korban Terbaik: Tempat Sendiri atau Luar Negara?
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.