Alhamdulillah, majlis dah boleh dilaksanakan dengan SOP yang lebih ringkas. Jadi ibu bapa yang ingin buat majlis aqiqah, boleh ikuti artikel ini untuk mengetahui turutan aqiqah supaya majlis anda berjalan dengan lancar.
Bila Nak Buat Sembelihan Aqiqah?
Imam Malik: Tepat hari ke-7 selepas kelahiran, bukan selepas atau sebelum
Mazhab Hanbali: Pada hari ke 7, 14, 21 atau setiap 7 hari kelahiran berikutnya sehingga anak baligh. Setelah baligh, tiada lagi aqiqah untuknya
Mazhab Syafie’: Hingga sebelum anak itu baligh. Selepas itu tuntutan aqiqah jatuh kepada dirinya sendiri.
Di dalam konteks artikel ini, sekiranya majlis anda dilaksanakan dengan perkhidmatan katering, anda cuma perlu memaklumkan tarikh majlis kepada mereka untuk menguruskan daging aqiqah anda.
Selesai sembelihan aqiqah, kebiasaannya pihak katering akan terus menyiapkan daging aqiqah tersebut untuk dimasak.
Kadar Aqiqah Untuk Anak Lelaki dan Perempuan
Sunnah 1 ekor kambing untuk anak perempuan dan 2 ekor kambing untuk anak lelaki.
“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”
Riwayat Abu Daud (2842)
Kadar aqiqah ini bukanlah wajib kerana Nabi SAW juga pernah aqiqahkan cucunya, Saidina Hasan RA dan Saidina Husin RA masing masing dengan seekor kibas.
3 Elemen Penting Untuk Aqiqah
- Menyembelih binatang an’Am
- Mencukur atau memotong rambut anak
- Memberikan nama yang mulia untuk anak
Turutan Aqiqah Untuk Anda Rujuk Pada Musim Endemik
- Jemputan majlis
Anda yang ingin membuat majlis aqiqah anak anda, jangan lupakan jemputan. Perkara ini antara perkara penting sekarang.
Dalam pada kita masih melawan virus viral Covid-19 dan memasuki fasa endemik, anda perlu semak jemputan anda.
Semakan boleh dilakukan dengan memastikan jemputan datang pada waktu yang telah diberikan.
Ertinya adalah, jika jemputan anda ramai, anda boleh bahagikan tetamu untuk sesi pagi, petang atau malam.
Kemudian, sebagai penganjur majlis, anda perlu pastikan pintu gerbang majlis tidak dikerumuni orang yang ramai.
Pastikan ruang majlis cukup untuk jemputan yang hadir.
Tetapi untuk lebih selamat, anda digalakkan untuk tidak menjemput terlalu ramai.
Baca Juga: 10 Checklist Perlu Semak Sebelum Majlis Aqiqah Anak
Selalunya dalam majlis aqiqah, tetamu yang perlu hadir dahulu adalah orang yang bakal mengendalikan majlis selawat dan zanji.
Sekiranya sudah cukup tetamu itu, anda boleh memulakan majlis anda.
- Berselawat atau berzanji
Pada waktu ini, anda boleh teruskan majlis sehingga zanji, selawat atau apa-apa ceramah agama dimulakan tanpa perlu dihentikan semata-mata untuk memberi ruang tetamu yang lain hadir.
- Menamakan anak, tahnik dan cukur rambut anak
Sunnah mencukur rambut dan menamakan anak adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran.
Namun, kami faham sekiranya ada ibu bapa yang terpaksa menangguhkan aqiqah anak. Ada yang terpaksa menunggu hingga bertahun.
Sudah tentu anak tersebut sudah pun diberikan nama dan dicukur rambut tanpa majlis rasmi.
Sekiranya ada ruang untuk ibu bapa mengikuti sunnah ini sewaktu majlis, anda digalakkan untuk melakukannya.
Sekiranya anda mencukur rambut anak, jangan lupa rambut itu perlu ditimbang dan disedekahkan mengikut harga emas semasa atau perak semasa.
Daripada hadis Saidina Ali RA:
عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.”
Riwayat al-Tirmizi (1519)
Sewaktu tahnik pula, anda boleh bacakan doa berikut:
Maksud doa: “Ya Allah, fahamkanlah dia akan ilmu agama dan ajarilah dia ta’wilnya”
- Doa Penutup
Tutupkan majlis aqiqah dengan membacakan doa penutup, doa-doa yang baik untuk anak yang baru dilahirkan serta tetamu yang hadir.
Dalam majlis ini, waktu makan tetamu perlulah diatur bersama ahli keluarga supaya tetamu tidak berkumpul terlalu lama. Boleh mulakan acara makan sewaktu cukur rambut atau mana-mana slot daripada turutan aqiqah yang bersesuaian
Perkara sunnah lain yang anda boleh lakukan dalam majlis:
- Masak masakan manis untuk tetamu
- Tazkirah
Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika Meraikan Kelahiran Anak:
- Majlis yang lagha, diselangselikan dengan karaoke
- Menanam uri bersama pen, paku atau apa-apa yang boleh dilihat sebagai syirik
- Membelah mulut mengikut agama lain
- Mencukur rambut mengikut ritual agama lain
- Berendoi dengan muzik yang melalaikan
- Menggunakan tangkal dan azimat
Sekian sahaja perkongsian kali ini tentang turutan akikah. Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut tentang persiapan akikah anak, anda boleh klik artikel di bawah.
Pengetahuan am akikah:
Aqiqah Online: Apakah Tujuan & Keutamaan Aqiqah Ini?
Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?
Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara
Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama
Sebelum majlis:
Bila Waktu yang Terbaik untuk Laksanakan Aqiqah Anak?
10 Checklist Perlu Semak Sebelum Majlis Aqiqah Anak
Semasa majlis:
Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan
Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.