Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja tahun berganti tahun. Begitulah juga dengan perayaan keramaian korban dan akikah. Sebentar.. Pernahkah anda mendengar tentang hukum korban dan akikah yang berkongsi sembelihan yang sama?

Adakah anda ingin tahu lebih lanjut?

Artikel ini akan merungkaikan apa yang anda perlu tahu.

Korban dan Akikah 

hukum korban dan akikah

Umum mengetahui akikah dan korban memerlukan seseorang yang berniat untuk menyembelih (atau serahkan kepada wakil) kambing atau haiwan lain yang dibenarkan untuk dikongsi bahagiannya.

Tetapi ramai juga sudah cakna akan belanja untuk seekor haiwan boleh menelan banyak kos.

Jadi ramai yang memilih untuk berkongsi. 

Adakah ibadah akikah atau korban itu akan menjadi sah?

Sama ada berkongsi korban atau akikah, kami akan jelaskan hukumnya di bawah.

Akikah Dahulu Atau Korban?

hukum korban dan akikah

Kedua-dua ibadah ini tidak mempunyai kaitan sama sekali tetapi keduanya adalah sunnah muakkad yang sangat dituntut. 

Jadi persoalan yang timbul adalah, yang mana satu patut diberikan keutamaannya?

Jika dijawab pada dasarnya, sudah tentu ibadah akikah kerana ibadah ini selalu dilaksanakan untuk menyambut kelahiran baru.

Bagaimana pula anak itu tidak diakikahkan dan sudah dewasa? Adakah beliau perlu akikah dahulu sebelum berkorban?

Soalan ini dapat dijawab sekiranya kita lihat pada sabda Nabi SAW yang membawa maksud:

 “Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan akikahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.

Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi

Dari sabda ini, jelas akikah perlu diutamakan dari segi tuntutan.

Namun dari segi waktu pula, apabila menjelang bulan Zulhijjah dan hampir kepada waktu korban, lebih elok didahulukan korban kerana pelaksanaannya hanya pada 10 hingga 13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun.

Maksud Ibadah Korban

Ibadah korban merupakan ibadah sembelihan haiwan ternakan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan 3 hari Tasyrik (11-13 Zulhijjah)

Syarat Sah Korban

Berikut merupakan syarat-syarat sah ibadat korban.

  1. Berniat korban ketika menyembelih
  2. Sembelih korban pada matahari naik sepagalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
  3. Penyembelih adalah orang Islam
  4. Tidak ada kecacatan pada binatang korban yang boleh mengurangkan dagingnya
  5. Binatang yang ingin disembelih perlulah cukup umur:
    • Biri-biri : 1 Tahun atau lebih
    • Lembu/Kerbau: 2 Tahun atau lebih
    • Unta: 5 Tahun atau lebih

Klik di sini untuk membaca: Panduan & Cara Pembahagian Daging Korban Yang Lengkap.

Hukum Korban dan Akikah

hukum korban dan akikah

Seperti dinyatakan di atas, hukum asal untuk ibadah korban pada asalnya adalah sunat muakkad Iaitu sunnah yang digalakkan. Namun jika seseorang telah berniat korban nazar, beliau WAJIB melaksanakannya.

Ia dilakukan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Manakala waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas solat sunat hari raya.

Rasulullah SAW ada bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَهْلِهِ لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ فِي شَىْءٍ

Maksudnya: “Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini, ( hari raya ) ialah kami bersembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban. Oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunah kami. Dan sesiapa telah menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya, bukan untuk ibadat korban sedikit pun”.

Riwayat al-Bukhari (965) dan Muslim (1961)

Dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, “Sesiapa yang telah menyembelih sebelum itu” merujuk kepada waktu sembahyang hari raya dan sebelum waktu sekadar sempat didirikan sembahyang.

Untuk akikah pula, perlaksanaannya juga adalah sunat muakkad. Ia bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang membawa maksud:

Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan akikahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. 

Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi

Waktu pelaksanaannya pula adalah disunatkan pada anak itu berusia 7 hari, 14 hari atau pada 21 hari. Jika keluarganya tidak mampu untuk melakukannya dalam hari-hari berikut, sunat dilaksanakan pada bila-bila masa sebelum anak itu baligh.

Setelah anak itu baligh, terlepaslah tanggungjawab akikah daripada ibu bapa atau penjaga kepada anak itu sendiri.

Hukum Kongsi Akikah Dan Korban

hukum korban dan akikah

Untuk menerangkan tentang hukum perkongsian ini, kami telah menghuraikan hadis yang bersesuaian untuk bacaan anda.

Hadis daripada Jabir bin Abdullah (Perkongsian 7 Bahagian Lembu)

“Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian.”

Riwayat Muslim (1318), Abu Daud (2809) & Al-Tirmizi (1502)

Menurut Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah, hadis ini menunjukkan dalil kebolehan untuk isytirak (berkongsi) seekor unta atau lembu untuk tujuh bahagian.

Ini bermakna, hukum korban dan akikah yang dikongsi adalah sah.

Manakala pendapat al-Syafi’eyyah pula telah membenarkannya. Ia berlandaskan pendapat Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah:

“Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan akikah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya…”

Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256

Pendapat al-Hanafiah juga mengatakan korban dan akikah tersebut menjadi sah jika dikongsi.

Jika dirujuk di dalam Hasyiahnya, Ibn ‘Abidin al-Hanafi Rahimahullah menyebut, adalah dibenarkan untuk berkongsi korban dan akikah.

Hal ini kerana kedua-dua ibadah ini dilakukan adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Manakala pendapat Mufti Wilayah Persekutuan berdasarkan pandangan al-Syafi’ieyyah dan al-Hanafiah pula boleh disekalikan niat korban dan akikah pada bahagian lembu dan unta.

Tetapi menurut Mufti Wilayah Persekutuan, tidak boleh digabungkan niat akikah dan korban dalam satu masa.

Untuk bacaan lanjut, klik di sini.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN