Ramai ibu bapa yang teruja setelah mendapat cahaya mata. Ada sudah mula merancang majlis aqiqah untuk anak mereka. Jika anda ingin membuat majlis aqiqah, apa kata luangkan seminit dua membaca syarat aqiqah anak lelaki dan perempuan ini.
Maksud Aqiqah
Aqiqah yang biasa kita fahami adalah menyembelih haiwan tertentu dan memberikan daging tersebut kepada golongan yang memerlukan.
Selain daripada itu, diteruskan dengan amalan sunnah seperti cukur jambul, berzanji dan lain-lain amalan untuk memberi berkat kepada majlis sekaligus mendoakan keberkatan bayi yang baru lahir.
Sebenarnya jika dilihat daripada pandangan hukum syarak, aqiqah dibahagikan kepada 3 elemen:
- Menyembelih binatang
- Mencukur atau memotong rambut anak
- Memberikan nama yang mulia untuk anak
Pendapat daripada ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari aqiqah dari segi bahasa bermaksud “rambut yang tumbuh di atas pada kala waktu lahirnya”.
Hukum aqiqah anak lelaki dan hukum aqiqah anak perempuan adalah sunat muakkad – iaitu sunnah yang dituntut dan digalakkan walaupun ianya bukan sesuatu yang wajib.
Imam Syafie’ membuat kesimpulan tersebut daripada hadith yang di mana Nabi SAW bersabda:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Aqiqah Anak Perempuan
Secara ringkasnya, syarat aqiqah anak lelaki dan perempuan dilakukan seperti berikut:
- 1 ekor kambing untuk anak perempuan
- 2 ekor kambing untuk anak lelaki
- Atau pun seekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.
Bahagian ini adalah daripada hadis riwayat Aisyah berikut
“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
1 bahagian lembu bersamaan 1 ekor kambing pula ada disebut oleh al-Khatib al-SYarbini Rahimahullah di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj:
وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ
Maksudnya: dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.
Tetapi, aqiqah bayi lelaki dengan dua ekor kambing bukanlah satu kewajiban.
Ini kerana Nabi SAW pernah membuat aqiqah untuk cucu Baginda Saidina Hasan RA dan Saidina Husin RA masing-masing dengan seekor kibas.
Adakah non-muslim boleh memakan daging aqiqah?
Untuk itu anda boleh rujuk pada artikel ini.
5 Syarat Sah Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan
Untuk ibu bapa yang mencari syarat sah aqiqah anak lelaki dan perempuan jangan skip bahagian ini.
1. Niat aqiqah
Semasa menyembelih binatang aqiqah, penyembelih perlu berniat aqiqah dengan nama anak yang berkenaan.
Tetapi jika penyembelih terlupa untuk berniat aqiqah dengan nama bayi tersebut, ibadah aqiqah masih diterima sekiranya telah berniat untuk melakukan ibadah aqiqah ke atas anak semasa membeli dan menyembelih.
Aqiqah tersebut juga sah walaupun anak yang diniatkan itu tiada di lokasi penyembelihan.
2. Binatang ternakan atau aqiqah berkaki empat
Syarat binatang sah adalah binatang berkaki empat yang halal dimakan tanpa kecacatan fizikal dan dalaman.
Haiwan aqiqah yang dimaksudkan adalah kambing, kerbau, kibas, biri-biri, lembu dan unta.
3. Memenuhi syarat penyembelihan
Ibadah aqiqah sah apabila syarat sah sembelihan diikuti dengan sebaiknya.
Antara syaratnya adalah:
- Penyembelih beragama Islam, bukan mumayyiz dan bukan dalam keadaan ihram.
- Binatang tersebut halal dimakan, mati dengan satu penyembelihan dan putus urat halkum dan urat merih.
- Alat sembelihan yang tajam seperti parang, selain daripada gigi, tulang, kuku, rambut dan tali.
4. Binatang aqiqah adalah sempurna
Selain binatang perlulah berkaki empat dan halal, ia juga harus sempurna dari segi fizikal dan dalaman.
Kecacatan yang menyebabkan haiwan itu tidak sempurna adalah seperti buta sebelah ataupun kedua-dua mata, kaki tempang, mempunyai sebelah telinga atau terlalu kurus dan sakit.
Haiwan tersebut juga perlulah tidak bunting.
Namun jika bunting, haiwan tersebut bukanlah haram dimakan.
5. Binatang cukup umur
Contoh umur haiwan aqiqah untuk mencukupi syarat aqiqah anak lelaki dan perempuan adalah:
- Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
- Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
- Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
- Unta: melebihi lima tahun
Ini pula cara pengagihan daging aqiqah:
- ⅓ bahagian untuk dimakan sendiri
- ⅓ bahagian untuk sahabat atau kenalan
- ⅓ bahagian untuk saudara Islam yang memerlukan
Ini cumalah anggaran sahaja untuk dibahagikan.
Ini berdasarkan kata-kata Aisyah RA:
“Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).” (Ibn Abi Shaybah)
Ada yang menganjurkan untuk daging aqiqah dimasak manis kerana Nabi SAW sukakan madu – namun ini cumalah sunat, terpulang kepada pihak yang membuat aqiqah untuk menentukan menu apa yang sesuai.
Begitulah syarat sah aqiqah anak lelaki dan perempuan. Bagi anak yang sudah meningkat dewasa, para ulama’ berpendapat ibu bapa boleh membuat korban dan bukan lagi aqiqah.
Hal ini kerana, bagi anak-anak yang sudah dewasa atau baligh, mereka boleh membuat aqiqah sendiri.
Buat anda yang bakal menimang cahaya mata dan mahu membuat aqiqah, carilah sumber yang boleh dipercayai.
Asalkan objektif utama aqiqah terlaksana sudah memadai, iaitu memberikannya kepada golongan yang memerlukan.
Semoga persoalan anda cara aqiqah termasuklah berapa bahagian lembu untuk aqiqah anak lelaki, atau berapa bahagian lembu untuk aqiqah anak perempuan terjawab.
Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.
Assalamualaikum..sy nk tanya.akikah utk anak lelaki memang wajib 2 ekor kambing ke.Sy pernah dengar ustaz ckp kalau seekor kambing sudah memadai utk anak lelaki.walau bagaimanapun yg lebih afdal ialah 2 ekor utk anak lelaki.Boleh kah pihak pihak ez qurban berikn penjelasan
Waalaikumussalam encik boleh semak di artikel ini ya:
https://blog.ezqurban.org/boleh-ke-aqiqahkan-anak-lelaki-dengan-seekor-kambing-sahaja/
Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya kalau nak sembelih kambing ntk aqiqah. Hanya kambing jantan saja ke yg bleh disembelih? Kambing betina tak bleh ke ntk sembelihan aqiqah ke?
Ada jawapan UTK soalan encik Mohd Yusri diatas ..tq
Assalammualaikum…saya ingin bertanya, untuk aqiqah bagi anak lelaki..haruskan dilakukan serentak dengan menyembelih 2 ekor kambing atau boleh dilakukan sebanyak 2 kali secara berasingan ? ( 1 ekor penyembelihan pada satu-satu masa sahaja).
Wa’alaikumussalam tuan, aqiqah untuk anak lelaki disunatkan 2 ekor kambing, tetapi tidak disyaratkan untuk menyembelih kedua-duanya secara serentak. Boleh saja ia dilakukan secara berasingan masa atau tempat.
Assalamualaikum Ustaz, saya nak bertanya.. jika ibu bapa bayi tersebut tidak diaqiqah, boleh kah jika anak nya di aqiqah kan? Saya ingin aqiqah kan anak saya,tetapi saya dan suami masing2 belum aqiqah. Bagaimana ya?
Wa’alaikumussalam Fatihah, tidak menjadi syarat sah bagi ibadah aqiqah itu mesti didahului dengan aqiqahnya si ibu dan ayah. Maka, lakukan saja ibadah aqiqah untuk bayi tersebut, meskipun ibu dan ayahnya belum pernah diaqiqahkan.
Alhamdulillah..terima kasih atas pencerahannya ustaz..
Sama-sama 😊
Assalaamu’alaikum,
Saya ingin bertanya,hukum aqiqah ini adalah sunnat muakkad.Maka Jika semasa kelahiran anak,ibubapa tidak mampu,apakah hukum aqiqah masih tertanggung pada ibubapa atau anak tersebut setelah mampu melakukannya.?
Sekian terima kasih
Wa’alaikumussalam Azman, jika ibu bapa tidak mampu untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk anaknya, maka gugurlah hukum tersebut iaitu ibu bapa tidak lagi disunatkan kepadanya dan tidak berdosa kerana tidak dapat melakukannya. Dan apabila anak itu sudah dewasa dan mempunyai pendapatan sendiri, maka dia boleh saja lakukan aqiqah untuk diri sendiri.
Assalammualaikum Ustat,
Nak Bertanya, Sekiranya kita membuat Aqiqah pada sesuatu jamuan dan didatangi sahabat bukan islam, Boleh ker mereka turut serta makan daging aqiqah tersebut.
Wa’alaikumussalam Ariff, Daging aqiqah (aqiqah sunat saja) boleh dijamu kepada orang bukan islam, namun ia tidak digalakkan jika lebih ramai komuniti islam di kawasan tersebut. Manakala aqiqah wajib (seperti aqiqah nazar) tidak boleh (haram) diberikan atau dijamu kepada bukan islam.
Jalan terbaik adalah, tuan rumah perlu sediakan hidangan lain selain daripada menu daging aqiqah tersebut.
Bolehkah daging aqiqah dijamu kpd org bukan islam?
Daging aqiqah (aqiqah sunat saja) boleh dijamu kepada orang bukan islam, namun ia tidak digalakkan jika lebih ramai komuniti islam di kawasan tersebut. Manakala aqiqah wajib (seperti aqiqah nazar) tidak boleh (haram) diberikan kepada bukan islam.
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya, aqiqah ini boleh dibuat sehingga umur anak berapa ya? Jika ibu bapa mampu buat majlis aqiqah semasa umur anak belasan tahun masih boleh ke?
Wa’alaikumussalam Razif, ibadah aqiqah memadai dilakukan seumur hidup sekali. Sunat dilakukan pada hari ke-7, 14 atau 21 hari kelahiran anak. Namun, sekiranya sudah melepasi hari-hari tersebut, masih boleh melakukannya dan tiada dihadkan umur meskipun sudah dewasa, sepertimana yang dinyatakan oleh Syeikh Arshad Al-Banjari dalam kitab Sabil Al-Muhtadin.
Terima kasih Ustaz diatas pencerahannya.. Selamat Hari Raya Ustaz.
Sama-sama. Selamat Hari Raya juga😊
Assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya:
boleh ke buat aqiqah utk 2 org anak sy lelaki (2 bhgian) & perempuan (1bahagian) dalam 1 lembu yang sama?
Wa’alaikumussalam nurul bazlin, Ya..boleh dilaksanakan akikah 2 bahagian lembu untuk anak lelaki dan 1 bahagian lembu untuk anak perempuan dalam 1 ekor lembu yang sama.
Assalamualaikum ustaz..sy nak tanya betulkah anak lelaki jika nk akikah lembu perlu ambil 2 bahagian drpd 7 bahagian lembu tersebut?
Wa’alaikumussalam Haslina, boleh diakikahkan untuk anak lelaki dengan 2 bahagian lembu sepertimana yang dinisbahkan kepada 2 ekor kambing (mengikut hukum yang asal). Tetapi, ia bukanlah syarat kesempurnaan akikah, justeru memadai juga akikah dengan 1 bahagian lembu sahaja, mengikut kemampuan masing-masing.
Maksudnya jika keluarga itu dr golongan B40 kira memadai hanya 1 bahagian lembu sahaja? sebab ada yg maklumkan krn ibu bapa kanak2 tersebut bekerja gov..di kira mampu utk cukupkan 2 bahagian
Ye…memadai 1 bahagian lembu sahaja, bergantung atas kemampuan ibubapa tersebut. Tidak semestinya B40 atau bekerja gov. Adakalanya B40 juga mampu lebih dari 1 bahagian atau 1 ekor kambing, jika mereka mempunyai simpanan atau tabungan khas untuk laksanakan akikah.
Nk tanya,kalau kita tlupa kita sudah buat ke blum aqiqah ni dan kuta buat lg skali boleh tak,?
Boleh, tiada halangan untuk kita mengulangi pelaksanaan ibadah aqiqah tersebut, malah ia menambah pahala yang berlipat ganda.
Maksudnya jika keluarga itu dr golongan B40 kira memadai hanya 1 bahagian lembu sahaja? sebab ada yg maklumkan krn ibu bapa kanak2 tersebut bekerja gov..di kira mampu utk cukupkan 2 bahagian
Ye…memadai 1 bahagian lembu sahaja, bergantung atas kemampuan ibubapa tersebut. Tidak semestinya B40 atau bekerja gov. Adakalanya B40 juga mampu lebih dari 1 bahagian atau 1 ekor kambing, jika mereka mempunyai simpanan atau tabungan khas untuk laksanakan akikah.
Assalamualaikum ustaz, maksudnya anak yg dh berusia 16 tahun pun ibu bapa masih boleh buat aqiqah.. sbb masa dia bayi tu tak mampu nak buat.
Wa’alaikumussalam Johara, ye..ibu bapa masih boleh lakukan Aqiqah untuk anaknya meskipun anak telah meningkat dewasa. Tetapi jika anak sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, maka dia juga boleh lakukan Aqiqah untuk diri sendiri.
Assalamualaikum ustaz saya nak tanya lambu untuk hakika jantan ke betina?
Wa’alaikumussalam, sebaik baik haiwan akikah kambing / lembu jantan. Tetapi sah juga akikah dengan lembu betina kerana jantina bukanlah syarat sah akikah, mahupun korban.
Saya nak buat aqiqah cucu saya.semasa majlis walimatul urus.secara x langsung saya akan menerima sumbangan dari jemputan, adakah dibolehkan?
Boleh, tiada masalah jika dilakukan aqiqah bersama dengan majlis walimatul urus. daging2 aqiqah juga harus dijadikan juadah pada majlis walimah tersebut.
Assalamualaikum Ust ..
Ada pertanyaan drp sahabat saya ni..
Tapi saya kurang arif untuk memberi penceraham..
Katanya “betul ke anak luar nikah tidak dibolehkan untuk buat aqiqah untuk nya. Ni akak terbaca dlm satu tulisan”
Mohon pencerahan AlFadhil Ustaz..
Syukran..
Wa’alaikumussalam Asmah, tiada dalil khas yang melarang untuk melakukan aqiqah ke atas anak luar nikah, bahkan anak tersebut juga mempunyai hak untuk diaqiqahkan oleh penjaganya.
Assalamualaikum, jika korbankan dua ekor kambing untuk anak lelaki , bolehkah seekor kambing dibayar oleh bapa dan seekor kambing di sedekahkan oleh pihak lain ? Ataupun kedua2 ekor kambing mesti dibayar oleh bapa ?
Wa’alaikumussalam Shah, boleh dan tiada masalah. Sesiapa saja boleh menaja atau membuat pembayaran korban mahupun akikah untuk orang lain.
1.Assalamualaikum ustaz,bolehkan saya buat aqiqah selepas berkahwin memandangkan semasa kecil tiada kemampuan untuk buat dan berapa umur untuk buat aqiqah
2.Betulkah ustaz selepas umur baligh ataupun meningkat dewasa ini dikategorikan qurban dan bukan aqiqah
Wa’alaikumussalam Diana,
1. Ibadah aqiqah boleh dilakukan setelah dewasa, jika ibubapa tidak berkesempatan melakukannya sewaktu kecil.
2. Ibadah aqiqah dan Ibadah Qurban adalah 2 jenis ibadah yang berbeza dan tiada kaitan antara satu sama lain. Ibadah Aqiqah memadai dilakukan seumur hidup sekali sahaja, samada sewaktu kecil ataupun setelah dewasa. Manakala ibadah Qurban dituntut untuk melakukannya pada setiap tahun (menjelang hari raya Aidiladha).
Assalamualaikum ustaz saya nak tanya bagaimana nak agihkan bahagian daging yang telah disembelih untuk aqiqah anak lelaki sy mampu sekor dahulu..minta penjelasan ustaz..terima kasih ustaz..
Wa’alaikumussalam Muhammad Nazaruddin, memadai 1 ekor kambing Aqiqah untuk anak lelaki bergantung kepada kemampuan masing2. Jika ada kemampuan pada masa akan datang, boleh ditambah lagi 1 ekor kambing aqiqah pada bila-bila masa.
Assalamualaikum,, sy nak tanya, jika ibu dan bapa membuat aqiqah utk anaknya tetapi menggunakan duit campur (maksudnya ibu bapa kongsi duit, saudara bagi duit, keluarga bagi duit) untuk buat aqiqah anak tersebut maka boleh ke atau xboleh?
Wa’alaikumussalam Ana, boleh berkongsi duit untuk lakukan aqiqah.
Assalamualaikum..sy ingin bertanya, jika sy ingin membantu seorang ibu tunggal anak 1 melakukan aqiqah adakah ia dibolehkan? Mohon pencerahan dri pihak Ez Qurban
Wa’alaikumussalam, ibadah akikah itu merupakan tanggungjawab ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Tetapi boleh saja jika sekiranya ada pihak lain yang ingin menaja atau membantu untuk akikahkan bagi pihak lain, dalam masa yang sama penaja juga mendapat pahala dan anak tersebut dapat manfaat dari akikahnya.
Assalamualaikum ustaz. Saya ada 1 soalan. Difahamkan untuk aqiqah, 1 ekor kambing bersamaan 1 bahagian lembu. Aqiqah utk anak lelaki blh dibuat dengan 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. Tetapi jika ingin aqiqah untuk anak lelaki, bolehkah dibuat dengan 1 ekor kambing dan 1 bahagian lembu?
Wa’aalaikumussalam Fariz, boleh akikahkan anak lelaki 1 ekor kambing dan ditambah pula dengan 1 bahagian lembu akikah.
Assalammualaikum ustaz bleh ke anak yg belum cukup umur kite buatkan korban dkt dia..
Wa’alaikumussalam Leeya, harus ibu bapa melakukan Korban untuk anak kecil yang belum cukup umur sebagai tarbiah dan didikan awal islam kepada mereka. Sepertimana saranan Nabi SAW agar diperintahkan anak-anak kecil seawal usia 7 tahun untuk mendirikan solat.
Salam ustaz. Sah ke kalau masa akad dgn penyembelih tu buat utk anak lelaki. Tapi sebenarnya utk anak perempuan. Salah faham dgn wakil di tempat penyembelihan. Terim kasih ustaz.
Wa’alaikumussalam Mohd Haris, sembelihan itu menjadi sah atau tidak adalah bergantung kepada apa yang telah diniatkan (dalam hati) oleh peserta akikah. Dan jika tanpa lafaz akad sekalipun, sembelihan itu tetap sah. Kerana akad yang dilafazkan itu hanyalah untuk mengesahkan transaksi yang dibuat, penyerahan wakil tukang sembelih. Kesilapan menyebut nama, atau jantina itu lebih kepada masalah teknikal saja, dan ia tidak menjejaskan ibadah tersebut.
assalammualaikum ustaz bila boleh daftar akikah ya
Wa’alaikumussalam Mizalainun, pendaftaran akikah dibuka sepanjang masa. Hubungi kami di talian bebas tol 1 800-885-885
Assalamualaikum ustaz nak tanya kalau harga seekor rm700 tpi saya hnya membayar 200 dan selebihnya nenek si bayi yang bayar . Bolehkah macam tu ?
Wa’alaikumussalam, boleh berkongsi duit bayaran haiwan Aqiqah dengan sesiapa sahaja.
Assalamualaikum..
Maaf ustaz…saya sekadar bertanya juga inginkan kepastian.
Saya nak buat aqiqah utk cucu lelaki..hanya dgn seekor kambing..boleh ke?
Wa’alaikumussalam Kak Ida, memadai dan sah Aqiqah dengan 1 ekor kambing sahaja untuk anak/cucu lelaki.
dan Afdhal 2 ekor kambing jika berkemampuan.
Salam ustaz, kalau nak buat aqiqah gabung anak lelaki dan perempuan hanya menyembelih seekor kambing boleh ke? Kalau tak boleh apa nasihat ustaz?
Wa’alaikumussalam, 1 ekor kambing aqiqah hanya untuk nama sahaja, tidak boleh digabungkan. Saranan saya jika hendak digabungkan, puan boleh lakukan aqiqah dengan 2 bahagian lembu aqiqah, iaitu 1 bahagian aqiqah untuk anak lelaki dan 1 bahagian lagi untuk anak perempuan.
Assalamualaikum ustaz…saya nak bertanya saya ada anak 3 lelaki dan seorang anak perempuan..sekiranya saya nak buat aqiqah seekor lembu…2 bahagian untuk anak lelaki dan 1 bahagian untuk perempuan…sekiranya saya buat 1 bahagian untuk seorang anak…bolehkah saya cari lagi 3 bahagian lagi…
Wa’alaikumussalam, boleh saja tuan buat akikah dengan 1 ekor lembu atau beberapa bahagian lembu sahaja pun boleh. Hubungi kami untuk penerangan lebih lanjut, dail 1800-885-885.
Assalamualaikum ustaz nak tanye, saya mempunyai 3 anak 2 anak da di aqiqahkan masa bayi, Adik die je belum aqiqah lagi sekarang berumur 5tahun, Suami bercadang buat bln 12 nanti.. Persoalannya bolehkah saya aqiqah kan anak ke3 saya dengan aqiqah sahaja selepas sembelih diagihkan daging2 tsebut.. Tidak buat majlis aqiqah..
Wa’alaikumussalam Aerin Saibi, yang dituntut melakukannya adalah sembelihan aqiqah itu sahaja. manakala majlis kenduri aqiqah itu hanyalah sampingan dan jika tak buat pun tiada masalah, dan sembelihan aqiqah itu tetap sah sempurna walaupunj tanpa kenduri. Daging2 aqiqah boleh saja diagihkan secara mentah seperti biasa.
Assalamualaikum ustaz. Sy nak tanya, Apakah ada had umur tertentu bagi seorang anak utk ibubapanya lakukan akikah untuk mereka? Maksudnya, takpe ke buat akikah pada umur mereka berapa tahun sekalipun?
Wa’alaikumussalam Nurul, umur kanak-kanak (afdhal) untuk diaqiqahkan iaitu pada usianya 7 hari kelahirannya. jika terlepas pada hari ke-7, lakukannya pada hari ke-14. Jika terlepas pada hari ke-14, lakukannya pada hari ke-21. Dan demikian digandakan 7 hari berikut dan seterusnya, kerana tiada dihadkan usia tertentu untuk Aqiqah. Jika anak itu sudah besar dewasa, tetapi masih belum diaqiqahkan, maka boleh laksanakannya jika ia berkemampuan.
Assalamualikum ustaz. klo ibarat saya pengen akikah buat 1 keluarga smuaya ada 8 orang 4 perempuan 4 laki” dan ada yg sudah meninggal juga apakah boleh kita akikah kan yg sudah meningal?
trus berapa ekor kambing dan brapa ekor kerbau yang di hutuhkan buat akikah 4 org permpuan dan 4 orang laki”
trima kasih pak semoga brkenan menjawab😊
Assalmualikum
Wa’alaikumussalam Mayah, afdhal / sebaiknya akikah itu dilakukan untuk laki2 adalah 2 ekor kambing, dan akikah untuk perempuan 1 ekor saja. Jadi 4 orang laki2 berarti 8 ekor kambing. dan 4 orang perempuan 4 ekor kambing. Jumlahnya 12 ekor kambing. Tetapi jika kurang berkemampuan, boleh akikah 1 ekor kambing saja untuk setiap seorang. Jadi jumlahnya 8 orang berarti 8 ekor kambing.
Kemudian, boleh saja dilakukan akikah meskipun orangnya sudah meninggal dunia. Maka wali atau warisnya boleh melakukan akikah bagi simati itu.
Assalamualaikum ustaz.. saya nak tanya.. aqiqah tu perlu binatang jantan yang cukup umur sahaja ataupun mana-mana jantina binatang boleh di aqiqahkan asalkan cukur umur?? Mohon pencerahan
Wa’alaikumussalam Aiman Syarif, kebiasannya kami di EZ Qurban menyembelih kambing jantan (yang telah cukup umur 2 tahun) untuk Aqiqah. Tetapi dalam Aqiqah, harus menyembelih kedua-duanya samada kambing jantan atau betina, kerana jantina tidak termasuk syarat sah aqiqah. Cuma perlu dipastikan ia telah cukup umur dan cukup syarat untuk diaqiqahkan.
Assalamualaikum ustaz.. saya nak tanya.. aqiqah tu perlu binatang jantan yang cukup umur sahaja ataupun mana-mana jantina binatang boleh di aqiqahkan asalkan cukur umur??
Wa’alaikumussalam Aiman Syarif, kebiasannya kami di EZ Qurban menyembelih kambing jantan (yang telah cukup umur 2 tahun) untuk Aqiqah. Tetapi dalam Aqiqah, harus menyembelih kedua-duanya samada kambing jantan atau betina, kerana jantina tidak termasuk syarat sah aqiqah. Cuma perlu dipastikan ia telah cukup umur dan cukup syarat untuk diaqiqahkan.
Salam Ustaz, saya baru tahu tentang aqiqah, sekarang anak saya sudah berumur 4 tahun, boleh kah saya buat aqiqah waktu dia umur 4 tahun lebih ini?
Wa’alaikumussalam, boleh puan buat aqiqah untuk anak.
Assalamualaikum ustadz…
Saya seorang janda anak 2…saya sudah berpisah dengan suami saya.saya mempunyai 2 anak lelaki.saya nak aqiqah kan anak saya apakah boleh saya meng aqiqah kan anak saya.sedangkan ayah nya tidak mau bertanggung jawab.
Wa’alaikumussalam Rara, sememangnya ibadah Aqiqah itu adalah tanggungjawab ibu & bapa. tetapi jika mereka tidak berkemampuan atau tidak berkesempatan, tanggungjawab tersebut boleh diambil oleh oleh datuk, nenek atau sesiapa sahaja yang sukarela untuk ambil tanggungjawab melaksanakan aqiqah bagi pihak anak tersebut.
Jadi, dalam kes puan. meskipun ayahnya tidak bertanggungjawab, maka puan sendiri boleh melaksanakan aqiqah tersebut.
Assalamualaikum ustaz,saya nak bertanya kalau aqiqah ni ada di spesifikkan ke jantina kambing untuk bayi
Wa’alaikumussalam Quni, tidak disyaratkan jantian haiwan aqiqah. Tetapi kebiasaanya penternak akan menyembelih Aqiqah dengan kambing jantan.
Assalamualaikum ustaz..boleh ke daging aqiqah di masak atau di beri pada orang lewat dalam tempoh seminggu dari tempoh penyembelihan kerana tempat penyembelihan dan pembelian dari negeri yang berlainan..dan daging itu di simpan sedikit untuk di buat bakar2 pada malam hari..
Wa’alaikumussalam Naz, boleh.
Assalamualaikum ustaz..saya ada 2 ekor kambing untuk di akikah tp seekor kambing tu ada kecacatan sedikit di bahagian tanduk(seperti patah tp x putus).. adakah sah akikah kalau disembelih?
Wa’alaikumussalam, sah sembelih akikah, kerana tanduk yang sedikit patah tida dikira cacat yang menjejaskan syarat bagi haiwan akikah.
salam ustaz , saya nak tanya , boleh ke saya buat qurban seperti dibawah
suami – 1bahagian
isteri ( saya ) – 1bahagian
anak lelaki (18thn ) – 2bahagian
anak perempuan (9thn) – 1bahagian
anak lelaki (3thn ) – 2 bahagian
disini sang suami hanya 1 bahagian saja boleh kan ustaz ?
Wa’alaikumussalam Puan Ann, boleh melakukan korban mengikut pembahagian berikut. Cuma saya nak pastikan, adakah punya bertanya berkenaan Ibadah Qurban atau Aqiqah? kerana artikel ini merujuk kepada ibadah Aqiqah.
Assalamualaikum ustaz ,boleh ke aqiqah di lakukan sebelum usia bayi capai 7 hari
Wa’alaikumussalam Amalin, Boleh, bahkan pada hari pertama kelahiran pun boleh akikah, cuma afdhal nya pada hari ke-7 kelahiran.
Assalamualaikum ustaz . Saya nak bertanya ,kami suami isteri nak buat majlis aqiqah utk anak perempuan kami . Ada org mengatakan jika ibu bapa buat aqiqah utk anak tidak boleh makan daging kambing tersebut , Betul ke ustaz ? Minta pencerahan ya ustaz
Wa’alaikumussalam Nabila, kalau akikah biasa yang sunat boleh makan daging kambing tersebut. tetapi jika akikah wajib seperti Akikah Nazar, maka ibu bapa tak boleh makan daging itu..wajib disedekahkan kesemuanya.
Soalan ustaz;
Sebuah keluarga tu adalah susah, krja cukup makan aja, dan tak mampu utk melakukan aqiqah utk anak2nya.Adakah wajib buat aqiqah juga walaupun keluarga itu tidak mampu melakukannya
Assalamualaikum ust, jika ibubapa tidak mampu menyembelih haiwan utk aqiqah tetapi ibu bapa hnya buat selawat dan cukur shja.. adakah ianya dikira pahala akikah?
Assalamualaikum saya nak tnya…sekiranya bapa kepada ank blm di akikahkan oleh bpanya.. boleh kah dye meng akikahkan anak lelakiya.? Atau si bapa kena akikahkan dirinya terlebih dahulu sbelm akikahkan ank. Terima kasih
Wa’alaikumussalam Aien, boleh saja bapa akikahkan anak walaupun bapa itu sendiri belum pernah melakukan akikah untuk dirinya sendiri.