Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

Maksudnya: “Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan akikahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7, dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. At-Tirmidzi).

AQIQAH ialah suatu bentuk ibadah sembelihan haiwan ternakan kambing yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi dengan berniat akikah, sepertimana yang telah dinyatakan di dalam hadith di atas. Malah sejarah aqiqah pertama sebenarnya ini sudah lama diamalkan sejak zaman dahulu lagi, bahkan di zaman arab jahiliyah, mereka gemar mengamalkan tradisi menyembelih haiwan ternakan untuk pelbagai jenis perayaan, samada untuk tujuan pemujaan, menyambut kelahiran bayi dan sebagainya.

SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Masyarakat arab jahiliyah sering melakukan sembelihan haiwan ternakan apabila menjelang masuknya bulan rejab atau dinamakan rajabiyah yang bermaksud; upacara sembelihan kambing di bulan rajab. Mereka akan menyambut kedatangan bulan rejab dengan menyembelih beberapa ekor kambing untuk dimakan bersama ahli keluarga dan penduduk setempat.

Selain itu, jika ada diantara mereka yang mendapat anak untuk kali pertama, maka mereka akan melakukan Atirah iaitu upacara menyembelih seekor kambing dan darahnya dilumurkan ke kepala anak tersebut. Manakala Akikah pula adalah untuk meraikan kelahiran anak lelaki. Malah, mereka berasa sangat bangga dan gembira dengan kelahiran anak lelaki sehingga mereka sanggup merayakannya secara besar besaran dengan menyembelih dua ekor kambing.

Hal ini sepertimana yang telah diceritakan oleh Buraidah dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Adapun ketika kami di zaman Jahiliyah, apabila salah seorang di antara kami mempunyai anak lelaki, maka ia akan menyembelih seekor kambing dan darah sembelihannya itu akan dilumurkan ke kepala anak tersebut. Lalu, setelah Allah mendatangkan Islam, kami menyembelih kambing, mencukur rambut anak tersebut dan melumur kepalanya dengan minyak wangi” (HR. Abu Daud).

Hadis ini jelas menyatakan bahawa Akikah sudah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Namun, setelah kedatangan Islam, amalan tradisi ini tetap diteruskan oleh Nabi SAW dan baginda mensucikannya daripada sebarang bentuk kesyirikan. Bahkan, amalan akikah ini bertujuan untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas kelahiran anak.

Selain itu, ia memberi peluang kepada pelaksananya untuk menambah amal kebajikan dengan mengadakan kenduri Akikah untuk masyarakat sekitarnya.

Begitulah sejarah aqiqah secara singkat.

ADAT MELAYU NUSANTARA

Di salam konteks masyarakat melayu, sejarah aqiqah boleh dirujuk kepada nusantara dahulu khususnya di tanah jawa atau di negara Malaysia sendiri, upacara menyambut kelahiran bayi ini lebih dikenali sebagai lenggang perut. Biarpun tiada sebarang upacara sembelihan haiwan, namun ianya terdapat ritual khurafat yang menyalahi syariat Islam.

Adat melenggang perut ini dilakukan oleh tok bidan kampung yang pakar di dalam ilmu perbidanan. Tujuan upacara ini dilakukan ialah untuk menentukan jantina bayi tersebut. Ada juga yang membakar kemenyan dan dibacakan jampi serapah ke atas ibu yang mengandung supaya anak dalam kandungan itu terhindar dari sebarang gangguan makhluk halus. Maka amalan tersebut perlu ditinggalkan kerana ia langsung tidak memberi sebarang faedah samada terhadap ibu yang hamil atau bayi yang dikandungnya, bahkan ianya adalah perbuatan syirik di sisi Allah SWT.

TREND MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Zaman sudah berubah. Upacara menyambut kelahiran bayi ini sudah bertukar wajah. Kini masyarakat kita lebih gemar mengikut trend dengan mengadakan majlis berendoi atau baby shower. Di mana, bayi akan diraikan seperti raja sehari, tempat tidurnya dihiasi bak pelamin nan indah. Walaupun majlis berendoi ini tiada sebarang ritual syirik atau khurafat, namun ia tidak mendatangkan sebarang faedah dan manfaat ke atas ibu dan anak. Malah, ia tidak langsung mendatangkan sebarang ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Oleh sebab itu, Islam menganjurkan pelaksanaan Ibadah Akikah pada hari ke-7 kelahiran bayi. Ibadah ini merupakan sunnah Nabi SAW bahkan baginda sendiri mengakikahkan cucunda baginda iaitu Saiyidina Hassan dan Saiyidina Hussain R.anhuma dengan menyembelih 2 ekor kambing.

Ibadah akikah ini juga satu-satunya cara untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan anak tersebut. Selain itu, ia memberi peluang kepada pelaksananya agar dapat menambah amal kebajikan dengan mengadakan kenduri Akikah untuk masyarakat di sekitarnya.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN