Aqiqah Ramadan Dan Sunnah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua

Melalui Program Prihatin Ummah, EZ Qurban mengambil ibrah Ramadan dengan menganjurkan aqiqah Ramadan pada 1 Rejab sehingga 27 Ramadan.

Antara aktiviti yang diadakan bermula tarikh berikut adalah aqiqah, masak daging berikut dan memberi makan kepada orang berbuka.

Hukum Aqiqah Pada Bulan Ramadan

Aqiqah Ramadan

Sebenarnya aqiqah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, asalkan mengikut turutan hari ke 7, 14, 21 selepas kelahiran ataupun pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh.

Untuk bacaan lanjut tentang aqiqah anak lelaki dan anak perempuan, anda boleh klik di sini.

Jadi dari manakah terma aqiqah Ramadan wujud?

Aqiqah Ramadan

Ini tidak lain tidak bukan kerana niat memberi makan kepada yang memerlukan melalui aqiqah disatukan dengan niat untuk memberi makan berbuka kepada mereka puasa pada bulan Ramadan.

Kedua-dua ibadah ini adalah sunnah. 

Anjuran untuk melaksanakan aqiqah:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. 

Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi

Nas galakan untuk memberikan makan kepada mereka yang berpuasa:

Daripada Zaid bin Khalis, Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi

Daripada Ummu Amarah, Rasulullah juga ada bersabda:

إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”

Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi

Rasulullah SAW bersabda:

الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ

Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”

Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah

Sesungguhnya, bulan ramadhan adalah bulan “mengaut” pahala, kerana ibadah sekecil-kecil bersahur dengan sebiji kurma juga dikira.

Dari riwayat Amr bin al-’As RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.

Riwayat Muslim: 1096

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

نِعْمَ سَحُورُ المُؤمِنِ التَّمْرُ

Maksudnya: Sebaik-baik sahur orang mukmin adalah dengan buah tamar.

Riwayat Abu Dawud: 2345

Sunnah Ramadan Untuk Diikuti:

  1. Bersahur

Seperti yang dikatakan di atas, bersahur sebenarnya adalah sunnah. Malah Rasulullah SAW juga ada bersabda:

“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” 

HR. Bukhari

  1. Berdoa

Dari Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mepunyai kedudukan tinggi dan istimewa.

Abdullah bin ‘Amr RA berkata, Nabi SAW ada bersabda:

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. 

HR Ibn Majah

  1. Bersedekah Atau Memberi Orang Makan

Hadis yang dinyatakan di atas sebenarnya telah menjelaskan keutamaan untuk bersedekah atau memberi makan kepada orang berbuka.

Ini bukanlah perkara yang perlu dihairankan kerana Nabi SAW dikenali sebagai manusia yangpemurah, pasti Baginda juga mahu ummatnya menjadi pemurah kepada yang memerlukan.

  1. Menyegerakan Berbuka

Semudah menyegerakan berbuka sudah mendapat pahala sunat.

Sabda Nabi SAW dari sebuah hadis:

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” 

HR Bukhari dan Muslim

  1. Meninggalkan Percakapan Atau Berita Yang Tidak Elok

Searus dengan peredaran zaman, berita atau apa-apa perkhabaran tentang sesuatu amat pantas disebarkan.

Sayang sekali sekiranya pahala berpuasa disia-siakan dengan hanya menekan butang ‘Share’.

Sebuah hadis ada menyebut:

“Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan mengamalkannya maka Allah sudah tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makanan dan minumannya.” 

HR Bukhari

  1. Menahan Marah

Tidak semua orang mempunyai tahap kesabaran yang sama. Walaupun berpuasa, ramai juga yang cuba memulihkan perilaku dan sifat baran di dalam diri.

Ingatlah sebuah hadis:

“Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali).” 

HR Bukhari

Insya-Allah, pahala puasa dan menahan marah akan dikira.

  1. Menghidupkan Malam Lailatul Qadr

Bulan Ramadan adalah malam dimana amalan akan dilipatgandakan pahala sebanyak 1000 bulan.

Pada bulan ini Rasulullah sendiri menggalakkan orang untuk beribadah.

Aisyah RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. 

Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436

Alhamdulillah begitu banyak ibadah pada bulan puasa yang boleh dilakukan. Sekiranya anda beraqiqah Ramadan, semoga pahala aqiqah anda berganda. INsya-Allah.

Adakah artikel ini membuatkan hati anda berkobar-kobar untuk melaksanakan ibadah pada bulan Ramadan nanti?

Jika ya, anda boleh klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Aqiqah Ramadan dari EZ Qurban.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

Aqiqah Ramadan

Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN