Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

Pernahkah anda semak hukum aqiqah di Mekah mahupun luar negara selain Malaysia? Jika artikel ini berjaya mendapat perhatian anda untuk mencari jawapan, anda berada di tempat yang betul.

Kami akan ulaskan dengan lebih terperinci.

Aqiqah Online

Sebelum kami pergi dengan lebih terperinci, mari telusuri mengapa aqiqah online diwujudkan sehingga anda boleh pilih untuk aqiqah online di Mekah.

Sebenarnya aqiqah online telah banyak membantu Muslimin dan Muslimat untuk mengaqiqahkan anak mereka yang tersayang. 

Pada zaman dahulu, sebelum lahirnya zuriat tercinta, ibu bapa mula mencari wakil-wakil yang boleh aqiqahkan bayi tersebut.

Dari masjid ke masjid ataupun mencari sendiri ladang ternakan yang membuat perkhidmatan untuk aqiqah, sungguh memenatkan!

Berbeza dengan zaman sekarang, di mana orang yang berhajat untuk aqiqah cuma perlu membuat carian di Google dan pilih pakej aqiqah yang diinginkan.

Bergantung kepada agensi atau wakil yang dipilih, dalam masa seminggu, selesai aqiqah anak mereka.

Malah ada juga yang memilih untuk aqiqah di luar negara untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.

Tidak dilupakan juga ada yang berniat untuk beraqiqah di  Mekah untuk ‘mengambil’ berkat di situ.

Tambahan pula ibadah aqiqah adalah ibadah yang boleh dilaksanakan melalui ‘akad taukil’ lebih ramailah yang memilih untuk aqiqah online untuk memudahkan urusan.

Hukum Aqiqah Di Mekah

Apa yang anda perlu ketahui adalah dalam ibadah aqiqah terdapat 3 perkara sunnah yang perlu dilaksanakan.

Pertama: Makan sebahagian daging Aqiqah

Kedua: Menghadiahkan daging tersebut kepada saudara mara dan jiran.

Ketiga: Sedekahkan daging tersebut kepada Fakir miskin

Sekiranya aqiqah tersebut dilaksanakan di Mekah, maka mustahil untuk melakukan perkara sunnah yang pertama tersebut.

Tidaklah ianya haram, tetapi salah satu elemen sunnah dalam aqiqah tersebut tidak terlaksana.

Namun kewujudan wakil untuk aqiqah di Mekah telah banyak meringankan urusan aqiqah ini. Hal ini kerana harga kambing di Mekah lebih rendah sekaligus menjadikan ia pilihan bagi ibu bapa yang ingin ‘stay on budget’.

Sama sahaja hukum aqiqah di luar negara.

Walaupun ibadah ini cumalah sunnat muakkad, sekiranya ianya dapat dilaksanakan pasti hati ibu bapa berasa lega.

Dan disitulah peranan wakil aqiqah ini membantu mereka.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda:

 “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadis Arba’in An Nawawi hadits ke 36

Pilih Aqiqah Mekah Atau Aqiqah Malaysia?

Ini semua bergantung kepada anda. Seperkara lagi yang anda perlu ingat, aqiqah di Malaysia sebenarnya lebih afdhal untuk melengkapkan ketiga-tiga elemen sunnah yang telah kami huraikan di atas.

Namun begitu, aqiqah Mekah semakin banyak mendapat perhatian. Jika anda teruskan pembacaan, anda akan tahu mengapa.

Aturan Cara-cara Beraqiqah di Mekah

Jika anda memilih Ez Qurban untuk anda cuma perlu lalui 3 langkah mudah.

  1. Akad: Lafazkan akad yang jelas dan patuh syariah selepas mengisi borang penyertaan.
  2. Aqiqah: Aqiqah dilaksanakan mengikut tarikh pilihan anda (aqiqah kambing) atau sehingga bilangan bahagian lembu mencukupi.
  3. Bukti pelaksanaan dan E-Sijil: Gambar/Video pelaksanaan akan dihantar melalui emel dalam masa 5 hari selepas aqiqah dilaksanakan.

Mengapakah Aqiqah di Mekah Menjadi Pilihan?

Ini antara sebab semakin ramai memilih untuk aqiqah di Mekah:

  1. Urusan yang lebih mudah

Jika anda lihat melalui langkah-langkah yang telah diberikan di atas, jelaslah urusan untuk aqiqah Mekah adalah pendek dan tidak rumit.

Kebanyakan orang yang memilih untuk aqiqah Mekah adalah mereka yang tidak mahu menghadapi urusan yang sukar seperti urusan aqiqah tradisional.

Malah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  urusan aqiqah kadangkala tergendala. Tidak lupa juga SOP PKP yang kadangkala berubah-ubah, ramai yang tidak mahu mengambil risiko membuat majlis yang besar.

  1. Pembayaran atas talian

Sekarang sudah pun masuk tahun 20’s, jadi lebih ramai memilih untuk membuat bayaran secara atas talian. Jangan terkejut jika ada orang yang berjalan keluar rumah tanpa membawa wang tunai di dalam dompet.

Pembayaran atas talian atau online ini lebih mudah untuk diuruskan. Jika anda ingin membuat pembayaran kepada wakil aqiqah Mekah, anda sendiri boleh semak nama wakil tersebut samada ia sah atau tidak.

  1. Harga Haiwan Aqiqah Lebih Murah

Harga sembelihan sekali dengan servis penyembelihan adalah lebih murah berbanding dengan aqiqah tradisional. Jika anda lihat sendiri harga kambing semasa, ada yang mencecah RM500 seekor.

Dengan aqiqah Mekah, anda boleh buat pilihan yang menepati bajet yang anda ada.

  1. Bukti sembelihan aqiqah

Kebanyakan servis aqiqah Mekah akan memberikan bukti sembelihan video. Seperti Ez Qurban, anda akan diberikan bukti penyembelihan melalui email dalam masa 5 hari selepas aqiqah dilaksanakan.

Jadi anda tidak perlu lagi ragu-ragu samada aqiqah Mekah ini sah atau tidak

  1. Sijil Yang Boleh dituntut

Dahulu, jika anak itu sudah diaqiqahkan, tiada sijil yang boleh dibuat kenangan. Tetapi dengan aqiqah Mekah, sijil ini boleh dituntut secara email ataupun sijil kayu yang boleh dibuat perhiasan. Menarik, bukan?

Ini sahajalah perkongsian kami tentang hukum aqiqah di Mekah. Saranan kami, pilihlah mana-mana aqiqah yang mengikut bajet anda. Jika tidak boleh untuk dilaksanakan pada waktu anak anda masih bayi, mungkin anda boleh tangguh dahulu sehingga anda bersedia.

Jangan tertekan sekiranya anda belum beraqiqah, akan ada masanya anda akan dapat aqiqah untuk anak tersayang. Insya-Allah.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

Masih belum laksanakan akikah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan akikah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan akikah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej akikah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN