10 Checklist Perlu Semak Sebelum Majlis Aqiqah Anak

Kelahiran cahaya mata yang tercinta memang mendebarkan, ibu bapa akan mula jalankan perancangan untuk melaksanakan ibadah aqiqah anak mereka.

Nak semak checklist aqiqah anak anda?

Kami senaraikan apa yang anda perlu tahu dan tips untuk majlis aqiqah yang lancar, walaupun ini kali pertama anda melaksanakannya.

  1. Pilih Tarikh dan Masa Yang Sesuai
checklist aqiqah anak

Kalau anda ingin buat majlis aqiqah anak anda, tarikh yang sesuai sebenarnya adalah mengikut pada hari sunnah untuk aqiqah anak.

  • Imam Malik: Tepat hari ke-7, bukan selepas atau sebelum
  • Mazhab Hanbali: Pada hari ke 7, 14, 21 atau setiap 7 hari berikutnya sehingga anak baligh. Setelah baligh, tiada lagi aqiqah untuknya
  • Mazhab Syafie’: Hingga mencapai baligh. Selepas itu tuntutan aqiqah jatuh kepada dirinya sendiri.

Satu perkara penting yang lain anda perlu ambil tahu adalah tarikh lapang ahli keluarga yang lain. Kalau dapat berkumpul (dan jaga SOP majlis) pasti lebih menarik majlis aqiqah anak anda nanti.

  1. Lokasi Majlis Yang Mudah Untuk Semua
checklist aqiqah anak

Umum mengetahui musim pandemik yang makin merisaukan kini, lokasi majlis adalah satu elemen yang penting untuk menjalankan majlis.

Bukan sahaja anda perlu semak pakej yang bersesuaian dengan tempat, malah anda perlu sesuaikan tempat, tetamu, masa dengan SOP majlis yang sedia ada.

Jikalau sempit, tidak digalakkan untuk menjemput terlalu ramai tetamu. Cukuplah keluarga, kenalan rapat dan orang yang boleh mempengerusikan majlis dengan bacaan doa dan lain-lain perkara sunnah yang lain.

  1. Senarai Jemputan Penting
checklist aqiqah anak

Untuk mengelakkan jumlah kunjungan yang terlalu ramai, anda perlu senaraikan jemputan yang penting.

Ini bukan sahaja untuk mengelakkan pelanggaran SOP tetapi juga untuk menjaga keselamatan anak anda yang baru lahir.

Bayi yang baru lahir tidak mempunyai imunisasi yang terlalu kuat. Jadi tidak digalakkan untuk berjumpa dengan terlalu ramai orang.

  1. Kad Jemputan
checklist aqiqah anak

Ramai orang sekarang memilih untuk membuat kad digital untuk jemputan perkahwinan. Mungkin anda juga boleh lakukan perkara yang sama untuk kelihatan yang lebih eksklusif pada majlis aqiqah anak anda.

Tetapi kalau inginkan sesuatu lebih mudah, hantaran mesej melalui Whatsapp sudah memadai dengan segala informasi yang penting.

  1. Menu Makanan
checklist aqiqah anak

Menu utama yang anda jangan terlepas adalah, daging aqiqah. Majlis aqiqah tidak akan lengkap tanpa daging aqiqah.

Anda boleh memilih katering yang mempunyai pakej aqiqah atau anda rewang dengan keluarga untuk menguruskan daging aqiqah anak anda.

Tetapi anda harus ingat, daging aqiqah ada pembahagiannya yang tersendiri.

Tiada jumlah tepat tentang pembahagian daging aqiqah namun sekiranya anda ingin mengikut yang kebiasaannya:

  • ⅓ bahagian untuk dimakan sendiri
  • ⅓ bahagian untuk sahabat atau kenalan
  • ⅓ bahagian untuk saudara muslim yang memerlukan

Anda jangan terlupa, anda perlu bahagikan daging aqiqah kepada tetamu dengan betul.

Maksud kami di sini adalah, dalam mazhab al-Syafie daging korban dilarang diberikan kepada non-muslim. Manakala mazhab Hanafi pula membenarkannya.

Larangan ini sama untuk daging aqiqah. Anda boleh rujuk “Boleh ke Non-Muslim Makan Daging Aqiqah?” dan “Hukum Pemberian Daging Aqiqah dan Korban Kepada Non-Muslim”.

Jadi untuk mengelakkan kekeliruan dan memudahkan hidangan yang anda sediakan, anda boleh khaskan lauk yang manakah daripada daging aqiqah dan bukan. 

Ini supaya jiran anda atau mana-mana kenalan Non-Muslim boleh sama-sama menikmati hidangan pada majlis aqiqah anak anda.

  1. Marhaban
checklist aqiqah anak

Untuk ini, jika anda tidak mahu tetamu yang terlalu ramai, cukuplah menjemput wakil yang boleh membacakan doa dan zikir pada majlis aqiqah anak anda.

Ada juga yang memilih untuk memanggil ‘orang masjid’ ke majlis aqiqah untuk membawa berkat. Tetapi ini semua bergantung kepada apa diinginkan. Yang penting, jangan lupakan SOP.

  1. Cenderahati atau Goodie Bags
checklist aqiqah anak

Selesai majlis, selalunya cenderahati kepada tetamu akan diberikan sebagai tanda ingatan. Tetapi ini bukanlah elemen yang penting dalam majlis.

Jika anda ingin berikannya juga tiada masalah.

  1. Jurufoto
checklist aqiqah anak

Kenangan yang indah perlu dikekalkan di  dalam sebuah album gambar. Boleh anda belek suatu hari nanti sewaktu anak sudah dewasa.

Untuk jimatkan bajet anda, anda juga boleh gunakan telefon sendiri untuk disimpan segala memori yang terjadi pada hari itu.

  1. Pelamin dan Buaian Berendoi
checklist aqiqah anak

Majlis aqiqah tidak lengkap tanpa buaian berendoi.

Inilah tempat menjadi tumpuan pengunjung ataupun jurufoto untuk mengambil gambar proses majlis aqiqah anak anda.

  1. Baju Ibu Ayah dan Anak
checklist aqiqah anak

Inilah masanya selain hari raya untuk seluruh keluarga berbaju sedondon. Pasti comel dan manis apabila di dalam gambar nanti.

Tetapi tidak semestinya semua yang kami nyatakan di sini perlu dan wajib ada di dalam mana-mana majlis aqiqah.

Majlis aqiqah tidak semestinya perlu berlebihan, cukup untuk bersederhana asalkan ibadah aqiqah itu terlaksana.

Jika anda inginkan majlis yang tidak perlu kesemua checklist ini, anda boleh lihat semak panduan lengkap di sini, “Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah”. 

Yang paling penting di dalam majlis aqiqah adalah majlis yang cukup mengikut sunnah tanpa perkara yang melalaikan. Objektif utama pula adalah aqiqah anak terlaksana dengan reda Allah.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

checklist aqiqah anak

Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN