Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar

Tinggal lagi beberapa malam untuk lailatul qadar. Sebelum itu, jom tambah pengetahuan tentang amalan 10 malam terakhir. 

Insya-Allah, akan terjumpa malam indah ini dan dimakbulkan doa, diampunkan dosa.

Amalan 10 Malam Terakhir Yang Anda Boleh Mulakan Dari Sekarang

Amalan 10 Malam Terakhir

Ibadah-ibadah ini boleh dilaksanakan sendirian di rumah ataupun beramai-ramai. 

1. Tunaikan solat fardhu pada awal & digalakkan untuk berjemaah

Amalan 10 Malam Terakhir

Jika sebelum ini ada yang terpaksa melewatkan solat kerana kesibukan diri, pada bulan Ramadan ini khususnya 10 malam terakhir bolehlah mula solat pada awal waktu.

Jangan risau sekiranya masa ‘dimakan’ sewaktu solat, asalkan masuk waktu solat, jangan dilengahkan.

Nabi SAW pernah ditanya tentang amalan paling utama.

Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu”. (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155). (Sumber)

2. Tarawih pada setiap malam dan qiamulail

Amalan 10 Malam Terakhir

Solat tarawih adalah solat sunat yang hanya ada pada bulan Ramadan. Jangan lepaskan peluang untuk mengaut pahala dengan solat ini.

Amalan 10 Malam Terakhir

Nabi Muhammad SAW juga sentiasa solat malam.

Daripada Abu Salamah RA, beliau bertanya Aisyah RA: Bagaimana Nabi SAW bersolat (malam) pada bulan Ramadhan? Maka Aisyah RA berkata:

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak solat melebihi 11 rakaat samada pada Ramadhan atau selain daripadanya (Ramadhan). Baginda SAW bersolat 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Kemudian, Baginda SAW solat lagi 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Setelah itu, Baginda SAW solat 3 rakaat”. 

Riwayat al-Bukhari (1147) (2013) (3569) dan Muslim (738)

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

3. Bersedekah 

Amalan 10 Malam Terakhir

Walaupun RM 1 hari, sumbangan ikhlas insya-Allah akan dikira pahala. Tetapi khas pada bulan Ramadan, anda boleh bersedekah dengan memberi makan kepada orang yang berbuka.

Artikel berkaitan: 8 Kelebihan Bersedekah Yang Disebut Di Dalam Al-Quran & Hadis, Adakah Sedekah Subuh Pembuka Pintu Rezeki?

Malah anda juga boleh bersedekah dengan beraqiqah

Ikutlah kemampuan anda. Ini adalah cara-cara bersedekah pada bulan Ramadan: 

  • RM 1 sehari pada mana-mana tabung kebajikan online atau fizikal
  • Memberi makan kepada orang berbuka
  • Memberi makan haiwan terbiar
  • Membelikan makanan kepada yang memerlukan seperti foodbank

Untuk anda yang ingin bersedekah pada bulan ini, anda boleh ke laman rasmi Yayasan EZ Prihatin

4. Membaca al-Quran

Amalan 10 Malam Terakhir

Ramai yang menyasarkan untuk khatam pada bulan Ramadan. Tetapi tidak semua mampu untuk melaksanakannya. Ini tidak bermakna bacaan al-Quran perlu ditinggalkan begitu sahaja.

Semuka sehari pun tidak mengapa. 

5. Berbuat bakti dan menyemai bakti

Amalan 10 Malam Terakhir

Berbuat bakti bukan sahaja kepada jiran-jiran seperti berbagi juadah berbuka puasa, tetapi sekecil-kecil membantu ibu bapa menyediakan juadah sahur atau berbuka, bergotong-royong membersihkan rumah bersama, itu juga berbuat bakti.

Mudahkan urusan orang lain, insya-Allah Allah mudahkan urusan kita.

6. Berzikir, beristighfar dan berdoa

Amalan 10 Malam Terakhir

Suka untuk kami mengingatkan anda Surah Ash-Syarh, 

Maksudnya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Maksudnya: (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kesusahan yang anda hadapi sekarang, Allah telah menjanjikan kemudahan. Setiap kesukaran disertai kemudahan. Mungkin sewaktu berhadapan dengan musibah, memang wujud perasaan marah dan kecewa.

Tetapi ingatlah untuk beristighfar dan berdoa.

7. Bersabar dan jauhkan diri dari perbalahan

Amalan 10 Malam Terakhir

Bulan Ramadan adalah bulan yang memang menguji kesabaran. Maklumlah, keadaan lapar akan mengganggu emosi.

Jauhkan perbalahan, jangan pula terlibat dalam pergaduhan.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

8. Tidak riak, ujub, sum’ah dan takabur

Amalan 10 Malam Terakhir

Bulan puasa juga akan menguji diri kita sendiri. Ini bergantung kepada keikhlasan anda berpuasa, bersedekah dan ibadah yang lain.

Namun berhati-hati sekiranya anda memuat naik apa sahaja di laman sosial. Walaupun hantaran yang ringkas seperti, “Dah sedekah!”, hati-hati dengan pujian manusia.

Balikkan kembali pujian itu kepada Allah dengan berkata, “Ini adalah milik Allah” atau seumpanya (Sumber).

Amalan yang dijelaskan di atas juga sebenarnya boleh diamalkan oleh mereka yang uzur. Kecuali wanita yang dalam keadaan haid, mereka tidak boleh melakukan solat dan membaca al-Quran.

Hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ تَقْرَأ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ

Maksudnya: Tidak  dibolehkan wanita  dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an.”

Riwayat al-Tirmizi (131)

Semoga bulan Ramadan anda dipenuhi dengan amalan-amalan yang mulia dan dapat menghindarkan diri dari jalan-jalan yang tidak elok.

Artikel Berkaitan: Betulkah Syaitan Dirantai Pada Bulan Ramadan?, Cara Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan Ini, 10 Tips Mudah Latih Anak Berpuasa, Mari Sambut Raya Aidilfitri Dengan Sunnah!, Hukum Berpuasa Untuk Kanak-Kanak Belum Baligh, Fakta Menarik Ringkas Bulan Ramadan, Ini Caranya Bacaan Doa Selepas Witir Yang Mudah Untuk Anda, 5 Cara Menyambut Ramadan, Semoga Ramadan Kali Ini Lebih Bermakna!, Amalan 10 Malam Terakhir & Malam Lailatul Qadar, Amalan Bulan Puasa Yang Menambah Pahala

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN