1. Apakah perbezaan antara ibadah Korban dan Akikah?
Ibadah akikah ialah sembelihan haiwan ternakan kambing yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi. Manakala ibadah korban ialah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu 10 hingga 13 haribulan Zulhijjah.
2. Apakah hukum melaksanakan Akikah?
Hukum melaksanakan Akikah ialah sunat Mu’akkadah – iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut melaksanakannya.
3. Siapakah yang dituntut melaksanakan Akikah?
Ada 3 golongan yang dituntut untuk melaksanakan akikah. Susunan adalah mengikut keutamaan;
Pertama: Ibu bapa atau penjaga yang berkewajipan menanggung nafkah bayi.
Kedua: Datuk atau Nenek. Mereka juga dituntut mengakikahkan cucu mereka, sepertimana baginda Nabi SAW mengakikahkan cucu baginda iaitu Saiyidatina Hassan dan Hussain R.Anhuma.
Ketiga: Diri sendiri. Sekiranya seseorang individu itu sudah dewasa dan berkemampuan dari sudut hartanya, tetapi (sewaktu kecil) dia belum diakikahkan oleh Ibubapa / datuk atau penjaganya, maka dia boleh lakukan Akikah untuk dirinya sendiri.Kambing
4. Berapa bilangan haiwan sembelihan Akikah?
Akikah untuk anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan 1 ekor kambing.
5. Bagaimana pengagihan daging Akikah dilaksanakan?
Daging akikah sunat dimasak terlebih dahulu untuk dimakan bersama. Ini bermaksud daging tersebut tidak diagihkan secara mentah, sepertimana yang dilakukan terhadap daging sembelihan korban. Tetapi di EZ Qurban, tidak semua daging akikah tersebut dimasak, ada yang diagih secara mentah kepada penduduk tempatan supaya lebih ramai menerima agihan daging akikah tersebut.
6. Bilakah waktu untuk melaksanakan Akikah?
Ibadah Akikah dilaksanakan pada hari ke-7, 14, dan 21 hari kelahiran bayi. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan akikahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7, dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. At-Tirmidzi).
ISyeikh Arsyad Al-Banjari menyebutkan dalam Sabil Al-Muhtadin:
“Jika terlepas akikah pada hari ke-7 kelahiran bayi, maka tunaikan pada hari ke-14. Dan jika terlepas hari ke-14, maka tunaikan pada hari ke-21. begitulah ia diselangi 7 hari berikutnya“.
7. Bolehkah Akikah dengan bahagian lembu?
Tidak digalakkan melaksanakan Akikah pada bahagian lembu, kerana Akikah itu dituntut untuk dilaksanakan pada seekor haiwan yang lengkap sempurna, sepertimana perbuatan Nabi SAW yang mengakikahkan haiwan kambing untuk cucundanya.
Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.