Umum mengetahui ibadah aqiqah anak adalah tanggungjawab ke atas ibu bapa untuk melaksanakannya.
Tetapi ada juga ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk melaksanakannya sehinggalah anak tersebut melepasi umur baligh.
Mungkin atas dasar kesempitan hidup atau mungkin kerana sebab lain, ada juga anak-anak ini yang tak dapat melaksanakan ibadah aqiqah walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Muncul pula persoalan sekiranya anak aqiqah untuk ibu bapa, adakah ia sah?
Kami huraikan dengan ringkas dalam artikel ini.
Hukum Aqiqah
Sebelum itu anda harus mengetahui hukum aqiqah dahulu.
Selesai sahaja bayi itu dilahirkan ada beberapa tanggungjawab ke atas ibu bapa kepada anaknya.
Tanggungjawab tersebut adalah aqiqah. Dari segi syarak, aqiqah adalah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Sesuai dengan sabda Nabi SAW yang membawa maksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.
Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi
Hukum Aqiqah Sendiri
Daripada Mufti Wilayah Persekutuan, memandangkan aqiqah hukumnya adalah sunnah muakkad, jika ditinggalkan kerana tidak mampu, ia tidak menjadi haram atau makruh.
Tetapi jikalau ibadah ini ditinggalkan tanpa keuzuran, akan menjadi makruh hukumnya.
Bagi anak yang tidak berkemampuan untuk menjalankan ibadah ini kerana ibu bapa yang sudah tiada, wali atau penjaga boleh membantunya.
Islam menuntut orang yang memberi nafkah kepada anak tersebut yang melakukan aqiqah tersebut.
Namun setelah baligh dia masih belum diaqiqahkan, dia disunatkan untuk melakukan aqiqah bagi diri dia sendiri.
Bolehkah Anak Aqiqahkan Untuk Ibu Bapa?
Ada anak ragu-ragu sama ada ibu bapa pernah diaqiqahkan atau tidak.
Jadi setelah ibu bapa tersebut meninggal dunia, timbul persoalan sama ada mereka pernah diaqiqahkan atau tidak.
Secara ringkasnya, tidak ada ruginya sekiranya anak tersebut ingin mengaqiqahkan ibu bapa mereka. Sama ada yang telah meninggal dunia ataupun yang masih hidup.
Sekian sahaja perkongsian tentang aqiqah untuk ibu bapa pada kali ini, semoga bermanfaat.
Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara
______
Belum daftar korban?
Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!
Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!
Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
BEBAS TOL : 1-800-885-885
FB: https://www.facebook.com/ezqurban
IG: https://www.instagram.com/ezqurban/
Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.
______
Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?
Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!
EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.
EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.
Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!