Bila Waktu yang Terbaik untuk Laksanakan Aqiqah Anak?

Ibadah aqiqah adalah suatu amalan yang biasa diamalkan oleh orang Malaysia bagi menyambut kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga. Pada asasnya, aqiqah anak akan dilaksanakan dengan penyembelihan haiwan tertentu berserta mencukur rambut bayi tersebut dan memberi nama kepadanya.

Ibadah aqiqah ini bukanlah merupakan ibadah wajib yang mesti dilaksanakan oleh semua umat islam, namun ia adalah sunat muakkad yang sangat dituntut untuk kebaikan bayi tersebut. Walau bagaimanapun, bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan tidaklah jatuh hukum makruh keatasnya.

Kadar Haiwan untuk Ibadah Aqiqah

Menurut mazhab Imam Syafi’e, haiwan-haiwan yang digunakan untuk ibadah aqiqah adalah sama syaratnya dengan ibadah korban. Pada asalnya, aqiqah dilaksanakan dengan menggunakan haiwan jenis kibas, biri-biri dan kambing sahaja. Tetapi Mazhab Syafi’e membenarkan pemilihan lembu dan unta sebagai haiwan aqiqah sepertimana ibadah korban.

Namun begitu, haiwan-haiwan yang dipilih untk melaksanakan aqiqah mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

kambing hitam
Foto Kredit: Pexels

Syarat pemilihan kibas mestilah telah cukup umur satu tahun ataupun telah gugur gigi hadapan iaitu selepas berumur enam bulan. Manakala, bagi kambing dan biri-biri, hendaklah melebihi satu tahun apabila gugur gigi hadapannya. Lembu dan kerbau pula hendaklah melebihi dua tahun. Bahkan unta pula hendaklah berumur melebihi lima tahun.

Waktu yang Paling Baik untuk Melaksanakan Aqiqah

Menurut Islam, Sunat melakukan aqiqah pada hari ke-7 kelahiran bayi sekiranya berkemampuan. Ibu bapa juga dibolehkan untuk melaksanakan aqiqah pada hari ke-14 atau hari ke-21 kelahiran. Namun begitu, ganjaran sunat ibadah aqiqah itu masih layak diperoleh sama ada dilaksanakan sebelum atau selepas hari ke-7 kelahiran bayi.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah bin Husoib al-Aslami RA yang bermaksud:

Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari ketujuh, atau hari ke-14 atau hari ke-21. (Riwayat al-Baihaqi – 19771)

Sehubungan dengan itu, pendapat yang rajih dalam mazhab Syafi’e menyatakan bahawa hukum sunat itu kekal sehingga anak itu baligh. Selepas anak itu dewasa, anak tersebut disunatkan membuat aqiqah untuk dirinya sendiri.

Justeru, bagi anak-anak yang berkemampuan setelah dia baligh dan dewasa disunatkan untuk melakukan aqiqah untuk diri sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas nikmat kehidupan yang dikurniakan.

Jam Hitam
Foto Kredit: Unsplash

Ringkasnya, ibu bapa boleh melaksanakan aqiqah bagi anak-anak mereka pada hari ke-7, hari ke-14 atau hari ke-21 kelahiran sekiranya berkemampuan. Namun, tidak terdapat masalah untuk dilakukan sebelum hari ke-7 dan pahala sunat nya masih sama. Jadi, ibu bapa boleh pilih waktu dan haiwan sembelihan yang sesuai mengikut kemampuan dari segi ekonomi keluarga mereka.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN