Boleh ke Aqiqah Dilakukan Oleh Anak Itu Sendiri Setelah Dia Baligh dan Dewasa?

Aqiqah sendiri? Bolehkah saya aqiqahkan diri sendiri?”

Kebiasaannya, berlaku salah faham dalam segelintir masyarakat mengenai ketidakmampuan setengah pihak untuk melakukan aqiqah. Bahkan, ada yang tidak tahu bahawa sebenarnya ada kaedah dan hukum tertentu untuk menyempurnakan aqiqah bagi anak yang telah dewasa.

Ini kerana, orang ramai mengaitkan istilah aqiqah dengan bayi yang baru lahir kerana ibadah itu sendiri dilakukan dengan tindakan mencukur rambut bayi dan memberikan nama kepada mereka.

Waktu Terbaik Disunatkan Aqiqah

Seperti yang diketahui umum, aqiqah adalah digalakkan untuk dilakukan oleh ibu bapa atau wali untuk meraikan bayi yang baru lahir dan tanda terima kasih kepada Allah atas kurniaan anak tersebut.

Masyarakat juga tahu bahawa tempoh pelaksanaan ibadah aqiqah adalah sunat dianjurkan pada hari ke-7, ke-14, atau ke-21 setelah kelahiran bayi. Ini jelas disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah Bin Husoib al-Aslami RA, bahawa aqiqah harus dilakukan pada tarikh-tarikh tersebut. Hadis berikut berbunyi:

العقيقةُ تُذْبَحُ لسَبْعٍ، أوْ لِأَرْبَعَ عشرَةَ، أوْ لِإِحْدى وعشرينَ

Maksudnya: Penyembelihan aqiqah dilakukan pada hari ketujuh, atau hari ke-14 atau hari ke-21. (Riwayat al-Baihaqi – 19771)

Tahap Umur Anak untuk Dilaksanakan Aqiqah

Namun, aqiqah juga masih disunatkan sehingga anak-anak mencapai umur baligh walaupun bukan pada hari-hari yang disebut didalam hadis diatas. Ini kerana sebilangan ibu bapa hanya mampu melakukannya setelah tempoh waktu tertentu, seperti tiga atau empat tahun selepas kelahiran.

Biarpun terdapat beberapa sudut pandang yang berbeza mengenai hal ini, tetapi pandangan yang paling kuat ialah aqiqah masih sunat dilaksanakan sehingga anak-anak baligh.

Foto Hiasan – Sumber: Pa&Ma

Aqiqah untuk Anak Yang Telah Dewasa

Foto Hiasan – Sumber: Dream.co.id

Adapun begitu, sebilangan ibu bapa masih tidak mampu untuk melakukan aqiqah sehingga anak-anak mereka telah capai usia baligh. Ataupun mereka berkemampuan setelah anak-anak mejadi dewasa. Jadi, para ulama berpendapat bahawa lebih baik ibu bapa melakukan qurban sahaja.

Selain itu, jika anak-anak mampu, mereka boleh dan digalakkan untuk melakukan aqiqah bagi diri mereka sendiri sekiranya belum dilaksanakan oleh ibu bapa mereka atas sebab tidak mampu. Sama ada ibu bapa itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Foto Hiasan – Sumber: Far & Dini

Pada dasarnya, Aqiqah sunat dilaksanakan oleh ibu bapa sehingga anak-anak mereka mencapai usia baligh. Akan tetapi, mereka boleh menggantikannya dengan ibadah qurban sekiranya mereka hanya berkemampuan setelah anak-anak mereka mencapai akil baligh.

Manakala, sekiranya ibu bapa tidak pernah lagi melakukan aqiqah sebelum usia baligh mereka, anak-anak adalah disunatkan untuk melakukannya sendiri jika berkemampuan.

Jadi terbuktilah jika anak sudah meningkat dewasa dan ingin aqiqah sendiri mereka boleh melakukannya mengikut kemampuan mereka.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN