Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?

Sekarang ini agak sukar untuk melaksanakan majlis aqiqah bayi yang baru dilahirkan. Apabila majlis tertangguh, cukur rambut bayi juga akan tergendala.

Persoalan yang timbul adalah, bolehkah cukur rambut bayi dahulu sebelum melaksanakan aqiqah ke atasnya?

Ingin tahu jawapannya?

Kami rumuskan untuk anda di dalam artikel ini.

Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah

cukur rambut bayi

Sebenarnya banyak sebab yang boleh menyebabkan ibadah aqiqah ini tertangguh.

Selain daripada pandemik Corona Virus – 19 yang sedang melanda negara, ada juga ibu bapa yang terpaksa menangguh aqiqah kerana kekangan kewangan.

Jadi simpanan perlu diutamakan untuk kelangsungan hidup.

Oleh itu aqiqah tertangguh.

Jawapan kepada persoalan di atas adalah; sunat cukur rambut adalah pada hari ke-7 kelahiran anak walaupun belum berkesempatan untuk melaksanakan aqiqah.

Tidak kiralah sudah aqiqah atau belum, cukur rambut bayi, sunatnya adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran.

Pahala sunnah cukur rambut akan tetap terkira walaupun sebenarnya lebih baik untuk melakukan aqiqah terlebih dahulu.

Sekiranya belum ada kesempatan untuk melaksanakan aqiqah adalah disarankan untuk melaksanakannya pada hari ke-14, hari ke-21 atau mana-mana hari sehingga anak itu sebelum baligh.

Sekiranya tertangguh, tidak mengapa asalkan laksanakan sunnah yang lain seperti cukur rambut bayi, pemberian nama dilakukan pada hari ke-7 untuk mengikut sunnah.

Cukur Rambut Bayi Di Dalam Islam

cukur rambut bayi

Jika anda mencari dalil untuk jawapan di atas, rujuk jawapan daripada al-Majmu’ Syarh Muhazzab:

وَهَلْ يُقَدَّمُ الْحَلْقُ عَلَى الذَّبْحِ فِيهِ وَجْهَانِ (أَصَحُّهُمَا) وَبِهِ قَطَعَ الْمُصَنِّفُ وَالْبَغَوِيُّ وَالْجُرْجَانِيُّ وَغَيْرُهُمْ يُسْتَحَبُّ كَوْنُ الْحَلْقِ بَعْدَ الذَّبْحِ وَفِي الْحَدِيثِ إشَارَةٌ إلَيْهِ (وَالثَّانِي) يُسْتَحَبُّ كَوْنُهُ قَبْلَ الذَّبْحِ وَبِهَذَا قَطَعَ الْمَحَامِلِيُّ فِي الْمُقْنِعِ وَرَجَّحَهُ الرُّويَانِيُّ وَنَقَلَهُ عَنْ نَصِّ الشَّافِعِيِّ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

Maksudnya:“Berkenaan isu adakah didahulukan cukur rambut berbanding sembelih (aqiqah)? (Jawapannya) Terdapat dua pandangan. [Pandangan paling tepat] adalah seperti yang dipegang oleh penulis, al-Baghawi, al-Jurjani, dan selain mereka bahawa disunatkan mencukur rambut setelah melakukan aqiqah (kerana) terdapat hadis yang menunjukkan isyarat (tertib) sebegitu. [Pandangan kedua menyebut] disunatkan mencukur rambut sebelum melakukan aqiqah. Pandangan ini dipegang oleh al-Mahamili dalam kitabnya al-Muqni’ dan dirajihkan oleh al-Ruyani sepertimana yang dinukilkan daripada ibarat Imam al-Syafie. Wallahua’lam.”

(Rujuk: al-Majmu’ Syarh Muhazzab, 8/433)

Hadis yang disebut dari rujukan tersebut adalah daripada riwayat oleh Samurah bin Jundub RA bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

كلُّ غُلامٍ رَهينةٌ بعَقيقةٍ تُذبَحُ عنه يومَ سابعِهِ، ويُحلَقُ رأسُهُ، ويُسَمَّى

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih (aqiqah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberikan nama.”

Riwayat Abu Daud (1522)

Dari hadis ini, jelas mengatakan susunan terbaik untuk sunnah menyambut kelahiran adalah melaksanakan sembelihan akikah, kemudian barulah cukur rambut dan pemberian nama.

Malah ia juga dikuatkan dari pandangan yang diriwayatkan Abd’ al-Razzaq dalam mushannafnya, daripada Ibn Juraij:

يُبْدَأُ بِالذَّبْحِ قَبْلَ الْحَلْقِ

Maksudnya: “Dimulakan dengan sembelihan (aqiqah), kemudian cukur rambut.”

Rujuk: Mushannaf ‘Abd al-Razzaq, 4/332

Daripada hadis di atas, jelas memberikan tertib yang sebenar:

  1. Aqiqah bayi
  2. Mencukur rambut bayi
  3. Memberi nama
cukur rambut bayi

Tetapi sekiranya tidak dapat dilaksanakan ketiga-tiga ini boleh tangguhkan dahulu aqiqah pada hari ke-14, 21 atau bila-bila berkelapangan (sehingga anak itu belum baligh). Rujuk pada Mufti Wilayah Persekutuan di sini.

Ibadah sunnah yang lain seperti mencukur rambut dan memberi nama boleh dilakukan pada hari ke-7 kerana ketiga-tiga sunnah ini tidak terikat untuk dilakukan serentak.

Perihal Cukur Rambut Untuk Anda Ketahui

  1.  Cukur rambut bayi adalah sunnah
  2. Cukur rambut disunnahkan pada hari ke-7
  3. Bayaran cukur rambut bayi adalah bersedekah emas atau perak mengikut timbang berat sambut tersebut. (Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan)
  4. Juga dikenali sebagai cukur jambul
  5. Selain daripada aqiqah dan memberi nama bayi, sunnah juga untuk mentahnik bayi (membelah lidah)

Antara Kebaikan Mencukur Rambut Bayi

  1. Dikatakan baik untuk kesihatan rambut dan kepala yang pernah diselaputi darah dan lendiran sewaktu di dalam rahim dan semasa dilahirkan
  2. Sekiranya dicukur sehingga botak, bayi menjadi lebih selesa untuk berpeluh
  3. Merangsang pertumbuhan rambut kerana kerak kepala bayi lebih mudah dicuci
cukur rambut bayi

Kesimpulannya, tidak mengapa sekiranya terpaksa menangguh aqiqah anak. Tetapi jangan dilupakan untuk melakukan sunnah lain yang digalakkan pada bayi yang baru dilahirkan.

Sekian sahaja perkongsian kali ini tentang cukur rambut bayi. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua. 

Jika anda ingin baca panduan lengkap tahnik, aqiqah dan cukur rambut anda boleh klik di sini.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

cukur rambut bayi

Masih belum laksanakan akikah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan akikah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan akikah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej akikah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN