Hukum Melaksanakan Aqiqah Bagi Anak yang Telah Meninggal Dunia

Sudah menjadi adat di Malaysia untuk ibu bapa melaksanakan ibadah aqiqah kepada anak mereka setelah dilahirkan. Namun bagaimana pula dengan anak yang telah meninggal dunia? Adakah wujud aqiqah anak meninggal?

Sudah menjadi fitrah dalam diri seseorang manusia untuk merasa gembira atas kelahiran anak mereka. Oleh itu, Islam juga mensyariatkan pelaksanaan aqiqah untuk menzahirkan perasaan gembira dan syukur tersebut sambil bersedekah kepada keluarga dan jiran tetangga melalui sembelihan aqiqah.

Namun, bagaimana pula dengan anak yang telah meninggal dunia? adakah ibu bapa perlu melaksanakan aqiqah juga untuk mereka? Bagi merungkai persoalan tersebut, kita perlu faham waktu dan tujual asal pensyariatan aqiqah terhadap ibu bapa kepada anak-anak.

Waktu Pelaksanaan Aqiqah

Kalender
Foto Kredit: Pexels

Sebagaimana pensyariatan asal aqiqah yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah bin Husoib al-Aslami RA, iaitu pelaksanaan aqiqah adalah pada hari ke-7, atau hari ke-14, atau hari ke-21 selepas kelahiran bayi. Namun mazhab Syafi’e berpendapat hukum sunat itu kekal sehingga anak itu baligh dan dewasa.

Manakala, anak yang telah dewasa boleh melakukan aqiqah keatas dirinya sendiri sekiranya berkemampuan.

Aqiqah Bagi Anak yang Telah Meninggal Dunia

Seperti mana yang kita ketahui, aqiqah dilaksanakan oleh ibu bapa untuk meraikan kelahiran bayi. Tetapi bagaimana pula jika anak itu keguguran ataupun meninggal dunia selepas kelahiran?

Dalam Islam, terdapat banyak pandangan ulama tentang hukum pelaksaan aqiqah dalam situasi ini. Pandangan yang paling rajih adalah ianya masih sunat dilaksanakan jika anak itu meninggal sebelum hari ke-7 kelahiran. Hukumnya adalah sama seperti aqiqah anak yang asal. Manakala pandangan yang lain menyatakan bahawa ianya tidaklah disunatkan bagi ibu bapa melakukan aqiqah bagi anak tersebut.

Janin
Foto Kredit: Vital Record Texas A&M Health

Namun, jika anak itu meninggal setelah hari ke-7 kelahiran, sesetengah berpendapat bahawa ianya masih sunat untuk dilaksanakan, manakala sesetengah lagi berpendapat hukum sunat aqiqah adalah terbatal bersama kematian anak tersebut.

Bagaimana pula jika anak itu meninggal semasa dalam kelahiran ataupun keguguran?

Untuk menjawab persoalan ini, Islam berpandukan kepada kata-kata Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya, beliau berpendapat bahawa hukum aqiqah itu boleh dipraktikkan sekiranya janin itu telah ditiupkan roh iaitu selepas 4 bulan kandungan. Hal ini kerana janin yang belum ditiupkan roh tidak akan dibangkitkan dan tiada manfaat kepada ibu bapa pada Hari Akhirat kelak.

Tujuan Melaksanakan Aqiqah Anak yang Telah Meninggal Dunia

Antara tujuan aqiqah dilaksanakan bagi anak yang hidup adalah untuk menjaga dan melindungi mereka daripada gangguan syaitan dan perkara-perkara buruk yang berlaku ke atas mereka.

Batu Nisan
Foto Kredit: Ikim FM

Jadi, anak yang telah meninggal dunia juga sunat diaqiqahkan, tetapi lebih cenderng kepada tujuan tebusan bagi anak untuk memberikan syafaat kepada ibu bapa pada Hari Akhirat kelak. Oleh kerana itu, bagi janin yang belum ditiupkan rohnya iaitu sebelum berusia 4 bulan, tidak akan dibangkitkan pada Hari Akhirat dan tidak perlu dilaksanakan aqiqah untuknya.

Kesimpulannya, aqiqah masih disunatkan bagi janin yang berusia 4 bulan keatas kerana telah ditiupkan roh baginya. Bagi anak yang meninggal selepas hari ke-7 kelahiran ataupun sebelum hari ke-7 juga disunatkan untk aqiqah menurut pandangan yang paling rajih dalam Islam.

Islam mengajar kita untuk menghargai segala perkara yang kita lalui dalam kehidupan kita. Sekalipun kita keguguran ataupun kehilangan anak yang masih kecil, mereka ada nilainya dalam kehidupan kita.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN