Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah

Majlis aqiqah sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu Malaysia.

Namun kesan daripada pandemik COVID-19, ramai ibu bapa terpaksa menangguhkan ibadah aqiqah anak mereka.

Salah satu alasannya adalah tidak dapat menjamu orang ramai.

Sebenarnya, perkara ini  tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada ibu bapa. Jika berkemampuan, ibu bapa boleh meneruskan sahaja melakukan ibadah ini.

Ada juga ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk membuat majlis secara kecil-kecilan dan mengagihkan dengan membungkus terus daging aqiqah yang sudah dimasak.

Inilah yang sebaiknya kerana Islam menggalakkan bersederhana dalam semua hal.

Ingin tahu apakah yang melengkapkan majlis aqiqah mengikut sunnah tanpa majlis yang besar?

Teruskan membaca artikel ini

Syarat Sah Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan

Majlis Aqiqah

Tidak sempurna aqiqah tanpa niat. Ya, ibadah ini juga perlu dimulakan dengan niat.

Niat ini perlulah dilakukan sewaktu penyembelihan.

Antara syarat sah lain ibadah aqiqah adalah:

  • Binatang ternakan memenuhi syarat penyembelihan.
  • Haiwan yang akan disembelih perlu berkaki empat seperti kambing, lembu, kerbau dan unta.
  • Tiada kecacatan luar atau dalam pada binatang.
  • Binatang itu juga perlu cukup umur 
  • Haiwan perlu disembelih pada hari ketujuh selepas kelahiran anak atau pada bila-bila masa sebelum anak baligh. Setelah baligh, anak itu bertanggungjawab sendiri ke atas aqiqahnya.

Haiwan Aqiqah Yang Dibenarkan

Majlis Aqiqah

Seperti dinyatakan di atas, haiwan aqiqah tersebut perlulah haiwan berkaki empat, sempurna dan tidak mempunyai kecacatan.

Sesuai dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”

Riwayat Abu Daud (2842)

Tidak terhad kepada kambing, haiwan lain yang dibenarkan untuk dijadikan aqiqah adalah lembu, unta, kerbau, kibas, biri-biru dan lain-lain yang bersesuaian.

Bagi aqiqah lembu, kerbau dan unta ia boleh dikongsi sebanyak 7 bahagian. Anggap sahaja 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.

Ini disebut dalam kitab al-Majmu’ dari Imam al-Nawawi Rahimahullah:

مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَحَكَى ابْنُ الْمُنْذِرِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يُجْزِئُ إلَّا الْغَنَمُ

Maksudnya: Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas. Dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Hafsah binti Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Siddiq RA, tidak dikira aqiqah itu kecuali kambing

Persamaan 1 bahagian lembu atau unta dengan 1 ekor kambing disebut oleh al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah di dalam kitab Mughni al-Muhtaj:

وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ

Maksudnya: dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja

Umur Haiwan Aqiqah

Majlis Aqiqah
  1. Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  2. Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  3. Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  4. Unta: melebihi lima tahun

Selain daripada haiwan ini perlulah sempurna dari segi fizikal dan dalamannya, ia juga haruslah tidak bunting dan terlalu kurus.

Siapakah Yang Layak Mendapat Bahagian Aqiqah?

Majlis Aqiqah

Secara ringkasnya daging aqiqah yang anda dapat disunatkan untuk dimakan sebahagian. Selebihnya diberikan kepada fakir miskin dan yang memerlukan.

Ataupun anda boleh rujuk ini:

  • ⅓ bahagian untuk dimakan sendiri
  • ⅓ bahagian untuk sahabat atau kenalan
  • ⅓ bahagian untuk saudara muslim yang memerlukan

Namun pembahagian ini cumalah anggaran, bukanlah wajib diikuti. 

Aisyah RA pernah berkata:

Ini berdasarkan kata-kata Aisyah RA:

 “Sesungguhnya haiwan korban untuk aqiqah itu tidak dipatah-patahkan di bahagian tulangnya, ia juga adalah untuk dimakan oleh kita dan diberi makan (kepada fakir miskin).” (Ibn Abi Shaybah)

Adakah non-muslim tidak dibenarkan untuk mendapat atau makan daging aqiqah? Anda boleh rujuk di sini.

Sunat Aqiqah Untuk Keberkatan Majlis 

Majlis Aqiqah

Aqiqah merupakan sunnat muakkad iaitu sunnah yang digalakkan. 

Hadith Salman Bin Amir al-Dhabbi RA:

Aku mendengar nabi bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

“Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)

Doa Semasa Menyembelih

Majlis Aqiqah

Salah satu sunah menyembelih adalah membaca doa ini:

بِسْمِ اللهِ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ ، هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَن

(فُلاَن  digantikan dengan nama anak)

Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu fulaan (fulan digantikan dengan nama anak)

Melewatkan Aqiqah Selepas 7 Hari

Aqiqah boleh dilakukan untuk anak bermula dari 7 hari sehingga anak itu akil baligh.

Selepas itu, gugurlah tuntutan untuk ibu bapa aqiqah bagi anak mereka berpindah kepada anak itu sendiri.

Had waktu aqiqah sebenarnya berbeza mengikut mazhab. Anda boleh rujuk di bawah ini:

  1. Imam Malik: Tepat hari ke-7, bukan selepas atau sebelum
  2. Mazhab Hanbali: Pada hari ke 7, 14, 21 atau setiap 7 hari berikutnya sehingga anak baligh. Setelah baligh, tiada lagi aqiqah untuknya
  3. Mazhab Syafie’: Hingga mencapai baligh. Selepas itu tuntutan aqiqah jatuh kepada dirinya sendiri.

Sunnah Di Majlis Aqiqah

Majlis berkat ini tidak terhadkan sunnah dalam pemilihan haiwan atau tarikh aqiqah sahaja. Dalam tidak sedar sebenarnya banyak sunnah yang sudah hampir menjadi tradisi masyarakat Malaysia.

  1. Cukur Jambul
Majlis Aqiqah

Ya, walaupun namanya cukur jambul seakan budaya dari masyarakat Melayu, ia sebenarnya sunnah kepada bayi yang baru lahir.

Mengikut sunnah tersebut, rambut bayi dicukur pada hari ketujuh.

Cukur sehingga habis rambut anak tersebut kemudian lumurkan dengan sedikit air Za’faran supaya rambut bayi tumbuh sekata.

Timbang cukuran rambut tersebut dan sedekah mengikut harga emas semasa atau perak.

Ini daripada hadith Saidina Ali RA, katanya:

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “TImbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.”

Riwayat al-Tirmizi (1519)

  1. Tahniq

Upacara tahniq sebenarnya tidak memerlukan seorang ustaz untuk melakukannya. Asalkan beliau seorang yang soleh, sudah memadai.

Malah bapa bayi tersebut lebih digalakkan untuk tahniq anaknya sendiri.

Nabi SAW menganjurkan kurma ataupun madu untuk mentahniq anak.

Doa tahnik yang digunakan adalah;

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil.

  1. Tazkirah 
Majlis Aqiqah

Antara sunnah terakhir yang boleh dilakukan sewaktu majlis aqiqah adalah menjemput agamawan untuk berkongsi sedikit ilmu agama.

Jika tidak mahu menjemput agamawan, boleh sahaja lantik sesiapa di dalam keluarga untuk berkongsi ilmu agama.

Itu sahaja perkongsian berkenaan majlis aqiqah sederhana yang anda boleh lakukan. 

Tidak mengapa jika tidak mengadakan majlis yang besar, asalkan objektif untuk aqiqah sudah tercapai.

Hal ini kerana objektif utama aqiqah adalah untuk memberi ‘semula’ kepada masyarakat yang memerlukan atas tanda bersyukur kelahiran anak yang tersayang.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

Majlis Aqiqah

Masih belum laksanakan aqiqah anak dan daftar korban tahun ini?

Laksanakannya bersama EZ Qurban. Anda hanya perlu kurang 5 minit untuk mendaftar dan kami akan selesaikan semuanya!

EZ Qurban telah menguruskan lebih 300,000 penyertaan ibadah korban dan aqiqah sejak tahun 2007 dan telah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dari Majlis Dakwah Negara, The BrandLaureate dan The Malaysia Book of Records.

EZ Qurban menyediakan pelbagai pakej pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah sama ada di dalam mahupun di luar negara sesuai dengan kemampuan anda.

Pakej aqiqah bermula pada RM299 dan ibadah korban pada RM320 sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik sini sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN