Panduan Menguruskan Daging Aqiqah

Jika anda tercari-cari panduan menguruskan daging aqiqah yang sebenar, artikel ini adalah untuk anda.

Biarpun aqiqah sentiasa disamakan dengan ibadah qurban, namun masyarakat perlu tahu perbezaan pengurusan daging dan tulang haiwan sembelihan aqiqah selari dengan tujuannya. Aqiqah adalah bertujuan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak yang dilahirkan. Maka kaedah pelaksanaan daging-daging aqiqah itu sering kali dipadankan dengan tujuan asas tersebut.

Orang-orang yang Berhak Menerima Daging Aqiqah

Pengurusan daging aqiqah kebanyakan kaedahnya adalah sama dengan ibadah qurban. Tetapi terdapat segelintir perbezaan seperti orang yang akan disedekahkan daging tersebut. contohnya, daging ibadah qurban tidak boleh diberikan kepada masyarakat bukan islam. Manakala daging sembelihan aqiqah pula tidak disyaratkan untuk diberikan kepada yang islam sahaja. Jadi boleh diberikan daging tersebut kepada yang islam mahupun bukan islam.

Daging akikah diagihkan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan (Kenya – 2018)

Selain itu, daging aqiqah juga boleh dimakan oleh ahli keluarga yang melaksanakan aqiqah tersebut selain diberikan kepada fakir miskin dan jiran tetangga. Ini berdasarkan hadith Saidatina Aisyah RA yang bermaksud:

“Sunnahnya aqiqah adalah dua ekor kambing untuk anak laki-laki dan satu ekor kambing untuk anak perempuan. Dagingnya dimasak tanpa mematahkan tulangnya. Kemudian dimakan (oleh keluarganya), dan juga disedekahkan pada hari ketujuh”. (Hadith Riwayat al-Bayhaqi)

Maka, disamping disedekahkan daging tersebut, keluarga juga boleh makan sebahagian dari daging yang diaqiqahkan.

Sunat Dimasak Daging Aqiqah

Daging kambing akikah yang telah dilapah sedang dimasak semasa berlangsungnya Program Prihatin Ummah di Kemboja (2019)

Daging aqiqah selalunya tidak diagihkan secara mentah kepada orang ramai. Kebiasaannya keluarga yang melaksanakan aqiqah akan masak terlebih dahulu dan memberi makan kepada masyarakat yang lain. Dan selalunya keluarga akan membuat kenduri untuk menjemput orang ramai makan daging aqiqah tersebut.

Jamuan berbuka puasa yang menghidangkan juadah daging kambing akikah dimasak mengikut masakan tempatan. (Laos – 2018)

Bahkan, daging aqiqah adalah sunat dimasak dengan masakan yang manis supaya akhlak anak yang diaqiqahkan itu mulia dan baik sahsiahnya. Walaupun daging aqiqah boleh dimakan oleh sesiapa sahaja tidak kira muslim atau tidak, berada ataupun fakir miskin, tetapi adalah lebih afdhal jika masakan itu disedekahkan kepada orang miskin dan dihantar ke rumah mereka. Sekaligus bersedekah dan membantu kesempitan hidup mereka.

Tulang Sembelihan Aqiqah Tidak Dipatahkan

Menurut Islam, tulang haiwan aqiqah yang disembelih itu sebaiknya tidak dipatah-patahkan dan sunat untuk dipotong di bahagian sendi-sendinya. Hal ini untuk memastikan keselamatan anak yang diaqiqahkan selamat sepanjang hidupnya. Berbeza dengan haiwan qurban iaitu tidak disunatkan untuk dipotong di bahagian sendi sahaja.

Aqiqah dilakukan bersempena rasa syukur dan gembira dengan kelahiran anak. Maka, keluarga adalah lebih baik untuk menyempurnakan ibadah aqiqah ini dari setiap sudut perkara sehingga daging-daging tersebut diagihkan. Islam membimbing umatnya untuk melaksanakan sesuatu ibadah dengan begitu teliti sehinggakan isu tulang haiwan aqiqah juga dititikberatkan cara pengurusannya.

Justeru, pilihlah panduan menguruskan daging aqiqah ini dengan kaedah yang terbaik mengikut keadaan dan kemampuan sesebuah keluarga.

Artikel Berkait: Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Boleh Ke Non-Muslim Makan Daging Aqiqah?, 10 Checklist Perlu Semak Sebelum Majlis Aqiqah Anak, Boleh ke Aqiqah Online Untuk Ibu Bapa?, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN