Pelaksanaan Akad Aqiqah Untuk Yang Berwakil

Kalau aqiqah online, macam mana ya dengan akad aqiqah saya?

Pada zaman sekarang, kemudahan internet merupakan satu keperluan untuk menguruskan segala urusan-urusan penting. Segala jenis perkhidmatan jual beli produk dan servis ada disediakan secara online termasuk juga dengan ibadah-ibadah tertentu seperti ibadah aqiqah.

Aqiqah secara online adalah kebiasaannya dilakukan diluar negara untuk mengurangkan kos pelaksanaan. Tetapi ramai orang masih tidak tahu dengan lebih lanjut bagaimana proses dan kaedah aqiqah online ini. Adakah dibolehkan untuk melakukan aqiqah tanpa melihat sendiri proses sembelihan itu dan bagaimana dengan hukumnya?

Hukum Aqiqah Online

Banyak organisasi yang telah menyediakan perkhidmatan aqiqah secara online bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk melaksanakan ibadah tersebut dengan mudah. Sebahagian pelaksanaan aqiqah adalah dilakukan di luar negara untuk menjimatkan kos pelaksanaan dan untuk membantu penduduk negara lain yang lebih susah.

Secara asasnya, elemen yang paling penting dalam melaksanakan ibadah aqiqah ini adalah niat. Tetapi, untuk aqiqah online iaitu aqiqah yang tidak dapat dilakukan sendiri didepan mata, niat dan pengurusan aqiqah perlu diserahkan kepada wakil melalui akad taukil. Maka hukum aqiqah secara atas talian adalah diharuskan.

Foto Hiasan – Sumber: Pexels

Namun, sekiranya penyerah boleh hadir semasa aqiqah itu dilaksanakan, dia disunatkan untuk menyaksikan penyembelihan tersebut dengan matanya sendiri. Ini berdasarkan kata-kata Nabi SAW kepada Fatimah RA yang bermaksud:

Pergilah kepada binatang qurban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA)

Tetapi jika penyerah tidak dapat hadir maka akad taukil tersebut telah memadai.

Akad Taukil

Foto Hiasan – Sumber: Pexels

Akad Taukil ataupun dikenali sebagai akad perwakilan atau penyerahan mestilah dilakukan dengan ‘sighah’ yang jelas dari kedua pihak iaitu merangkumi ijab dan qabul. Sighah itu boleh dilakukan dalam bentuk percakapan, tulisan, bahasa isyarat yang boleh difahami atau dengan perbuatan. Jadi sebarang sighah yang tidak jelas adalah tidak sah disisi islam dan tidak mendapat pahala aqiqah.

Dalam konteks aqiqah secara online, akad boleh dilaksanakan dengan mengisi borang dan penyerahan wang. Ia sudah memadai sebagai bukti penyerahan tanggungjawab tersebut. manakala wakil perlu menerima penyerahan itu dengan lafaz ‘aku terima’ atau hanya dengan perbuatan menerima wang dan borang tersebut.

Oleh itu, jelaslah bahawa aqiqah adalah dibenarkan untuk dilaksanakan oleh orang lain dan tanpa perlu kita berada di tempat penyembelihan. Hal ini akan memudahkan orang ramai yang terdapat kesulitan untuk melakukan aqiqah sendiri. Dengan pelbagai kemudahan yang terdapat pada masa kini bermakna tiada lagi alasan bagi masyarakat islam untuk mengendahkan amalan sunat yang dituntut sejak zaman Rasulullah ini.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN