Perkara Sunnah Aqiqah Lain yang Boleh Dibuat?

Secara asasnya, masyarakat tahu bahawa antara sunnah aqiqah adalah mencukur rambut bayi dan memberi nama yang baik baginya seperti mana yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW. Tetapi adakah terdapat perkara sunat lain yang disyariatkan islam untuk dilaksanakan bersama-sama ibadah aqiqah?

Sebahagian amalan sunat yang dituntut adalah merupakan amalan yang telah dipraktikkan sebelum kedatangan islam yang dibawa ole Nabi Muhammad seperti berkhatan iaitu telah diamalkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi. Dan amalan-amalan sunat ini terdapat banyak pandangan yang berbeza dari para ulama’ dari segi hukum dan cara pelaksanaannya.

Sunnah Aqiqah Pertama: Mencukur Rambut Anak dan Bersedekah Mengikut Berat Rambut

Seperti mana yang disebutkan di dalam hadis daripada Saidina Ali RA berkata:

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan lantas bersabda: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah berat rambut tersebut selepas dinilaikan dengan (timbangan) perak.” Ali berkata: “Timbangannya menyamai satu dirham atau setengah dirham.” (Riwayat al-Tirmizi – 1519)

Foto Hiasan – Sumber: Pa&Ma

Ini jelas menyatakan bahawa amalan mencukur rambut bayi pada hari ketujuh kelahiran dan bersedekah mengikut timbangan berat rambut tersebut merupakan amalan sunat dan digalakkan oleh Rasulullah.

Amalan tersebut juga dilaksanakan bagi menzahirkan kesyukuran dan kebahagiaan atas kelahiran bayi selain melaksanakan aqiqah untuknya. Ianya merupakan satu ibadat dan bukanlah adat semata-mata kerana terdapat persoalan dalam sesetengah masyarakat tentang hal tersebut.

Sunnah Aqiqah Kedua: Mengkhatankan Anak

Selain mencukur rambut anak, Rasulullah juga memerintahkan supaya mengkhatankan anak tersebut pada hari ketujuh kelahirannya. Hukumnya adalah sunat sebagaimana mencukur rambut dan bersedekah mengikut timbangan rambut bayi.

Hal ini dijelaskan dalam kata-kata Ibnu Hajar iaitu beliau mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran (Fathul Bari 10/342). Imam Syafi’e juga berpendapat bahawa sunat mengkhatankan anak pada hari yang ke tujuh selepas dilahirkan berdasarkan kepada hadis riwayat Jabir yang menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah mengkhatankan kedua cucunya Hassan dan Hussein pada hari ke tujuh selepas dilahirkan.

Foto Hiasan – Sumber: Pexels

Sunnah aqiqah lain seperti memberi nama yang baik dan mentahnik juga sunat dilaksanakan pada hari ketujuh kelahiran seperti amalan-amalan sunat diatas. Namun, amalan-amalan taersebut tidak semestinya perlu dilakukan serentak bersama aqiqah.

Ibu bapa boleh mencukur rambut dan memberi nama yang baik terlebih dahulu sekiranya pada hari ketujuh itu ibu bapa masih tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah. Hal ini kerana amalan-amalan tersebut sunat dilaksanakan pada hari ketujuh dan bukanlah bersama ataupun ketika aqiqah dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN