Sejarah Aqiqah Sebelum Islam Yang Anda Perlu Tahu

Tahukah anda bahawa ibadah aqiqah yang kita lakukan sekarang telahpun dipraktikkan sejak zaman jahiliyyah lagi? Benar! Sejarah aqiqah pertama sebenarnya adalah amalan tradisi orang Arab Jahiliyyah yang telah diperbaiki kaedahnya setelah kedatangan Islam.

Aqiqah secara asasnya dilaksanakan sebagai suatu upacara untuk memperlihatkan kegembiraan atas kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga.

Sejarah Aqiqah Sebelum Islam

Sebenarnya, pelbagai ritual ibadah sama ada ibadah wajib ataupun sunat telah dilaksanakan oleh umat terdahulu termasuklah ibadah aqiqah. Tetapi cara pelaksanaanya jelaslah bercanggah dengan syariat islam. Oleh kerana itu, Allah SWT menghantar rasul-Nya untuk memperbaiki amalan-amalan tersebut menurut syariat islam yang sebenar. Manakala pelaksanaan aqiqah sebelum kedatangan islam adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dari Buraidah yang bermaksud:

"Pada zaman Jahiliyah, ketika salah seorang dari kami mempunyai seorang anak lelaki, dia menyembelih kambing dan mencium kepalanya dengan darah kambing”.
Haruman buah kasturi yang disapu pada kepala bayi – Sumber: Pexels

Maka, dari itu Rasulullah mengubah tradisi menyapu kepala bayi dengan darah kambing dengan melarang perbuatan itu dan menggantikannya dengan menyapu haruman kasturi pada kepala bayi tersebut.

Aqiqah Selepas Kedatangan Islam

Terdapat beberapa elemen tradisi aqiqah Arab Jahiliyyah yang diubah menepati ciri-ciri dan nilai kesucian agama Islam. Antaranya seperti yang telah dinyatakan di atas iaitu menukar amalan menyapu kepala bayi dengan darah kembing kepada minyak wangi.

Selain daripada itu, umat terdahulu juga hanya menyembelih kambing untuk anak lelaki sahaja manakala islam mengubah amalan tersebut dengan menetapkan kadar sembelihan 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

Tambahan pula, aqiqah dari sudut islam juga bertujuan untuk mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT ke atas kelahiran anak.

Foto Hiasan – Sumber: Pexels

Aqiqah Rasulullah SAW

Rasulullah SAW juga melaksanakan aqiqah buat cucu-cucunya Hasan dan Husein. Hal ini diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah SAW menyembelih kambing untuk Hasan bin Ali dan Husein bin, cucu baginda Nabi SAW, masing-masing seekor kambing.

Maka, amalan tradisi ini terus dilakukan dan diamalkan oleh umat islam pada masa kini. Islam membenarkan tradisi ini diamalkan bukan sahaja sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat cahaya mata yang diperoleh, bahkan amalan ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat sejagat kerana dapat berkongsi rezeki bersama-sama dengan orang-orang miskin dan ahli-ahli keluarga.

Begitulah sejarah aqiqah secara ringkasnya.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN