Adakah Semua Orang Wajib Buat Korban?

Tak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijjah. Bulan di mana orang Islam melaksanakan ibadah berkorban. Tapi adakah semua orang wajib buat korban?

Mari semak semula syarat korban supaya tiada kekeliruan lagi.

Hukum Korban

Perlaksanaan korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Bagi mereka yang melepasi syarat-syarat untuk berkorban mereka boleh melaksanakannya.

Syarat-syarat untuk berkorban adalah:

  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka

Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan syarat ini dengan berkata:

وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ

Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.

 Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123

Banyak fadilat bagi orang melaksanakan ibadah korban. Tidak hairanlah ramai orang berebut-rebut untuk melaksanakan korban.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).

Riwayat al-Tirmidzi: 1493

Hukum Korban Bagi Orang Yang Tidak Berkemampuan Untuk Berkorban

Wajib Buat Korban

Seseorang itu dikira berkemampuan sekiranya dia mempunyai lebihan harta daripada keperluan diri dan tanggungannya bagi Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Atau dalam erti kata lain, harta yang dia miliki cukup dan melebihi untuk dia melaksanakan korban dengan harta itu.

Jika ada yang tidak mempunyai keperluan cukup untuk hari-hari yang dinyatakan, dia dikira sebagai tidak berkemampuan dan tidak diperintahkan untuk melaksanakan korban yang sunat tersebut.

Juga tidak dituntut untuk dia menjual hartanya yang dikategorikan sebagai keperluan hidup seperti rumah berteduh, kenderaan yang dia gunakan dan seumpanya.

Imam Ibn Hajar al-Haitami ada menulis di dalam kitab Tuhfat al-Muhtaj:

قَالَ الزَّرْكَشِيُّ وَلَا بُدَّ أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ حَاجَتِهِ وَحَاجَةِ مَنْ يُمَوِّنُهُ عَلَى مَا سَبَقَ فِي صَدَقَةِ التَّطَوُّعِ لِأَنَّهَا نَوْعُ صَدَقَةٍ انْتَهَى وَظَاهِرُ هَذَا أَنَّهُ يَكْفِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَمَّا يَحْتَاجُهُ فِي يَوْمِهِ وَلَيْلَتِهِ وَكِسْوَةِ فَصْلِهِ كَمَا مَرَّ وَيَنْبَغِي أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ يَوْمِ الْعِيدِ وَأَيَّامِ التَّشْرِيقِ فَإِنَّهَا وَقْتَهَا كَمَا أَنَّ يَوْمَ الْعِيدِ وَلَيْلَةَ الْعِيدِ وَقْتُ زَكَاةِ الْفِطْرِ وَاشْتَرَطُوا فِيهَا أَنْ تَكُونَ فَاضِلَةً عَنْ ذَلِكَ اهـ

Maksudnya: Imam al-Zarkasyi berkata mestilah orang yang ingin melakukan korban itu mempunyai lebihan bagi keperluan diri dan tanggungannya sepertimana syarat yang telah disebutkan dalam sedekah sunat kerana ia juga dikira sebagai sedekah. Apa yang zahir daripada pandangan ini ialah cukup bagi seseorang itu mempunyai lebihan bagi keperluannya sehari semalam dan pakaiannya mengikut musim sepertimana yang telah disebutkan. Begitu juga hendaklah mempunyai lebihan daripada keperluannya pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq ini kerana itulah waktu untuk berkorban. Hal ini sama keadaan seperti siang dan malam Hari Raya Aidilfitri yang menjadi waktu diwajibkan menunaikan zakat fitrah dan para ulama mensyaratkan wujudnya lebihan daripada keperluan mereka pada waktu tersebut. 

Rujuk Tuhfat al-Muhtaj, 9:334

Hikmah Berkorban

Wajib Buat Korban

Korban sebenarnya adalah salah satu cara untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan menyumbang semula kepada yang memerlukan.

 Firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Surah Al-Kautsar : 2

Mari lihat pula sunnah pemberian daging korban mengikut mazhab Shafi’e:

  • ⅓ dimakan oleh orang yang berkorban dan ahli keluarganya
  • ⅓ untuk disedekahkan kepada fakir miskin
  • ⅓ untuk diberikan kepada sahabat handai termasuk orang kaya dan jiran

Daging korban nazar oleh orang yang bernazar, pemberian dagingnya pula adalah; memberikan daging-daging tersebut golongan fakir dan miskin.

Firman Allah SWT

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

Surah al-Hajj: 28

Jika termakan, dia cuma perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakannya. Selain itu, dia tidak perlu lagi untuk menyembelih lagi haiwan lain sebagai ganti kepada bahagian yang dimakan.

Kembali kepada persoalan adakah semua orang wajib buat korban? 

Jawapannya adalah tidak. 

Wajib Buat Korban

Ia cuma sunat muakkad. Jika seseorang itu ingin berkorban pula, harus rujuk semula syarat untuk orang yang berkorban.

Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Semoga artikel ini membawa manfaat kepada anda dan memberi kefahaman tentang wajib buat korban atau tidak.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN