Hukum Ibadah Aqiqah

Seperti yang diketahui umum, ibadah aqiqah adalah antara sunnah Rasulullah dan telah menjadi amalan tradisi bagi sesebuah keluarga islam apabila menyambut kelahiran anak. Aqiqah dilakukan dengan menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki manakala seekor kambing bagi anak perempuan.

Dalil Pensyariatan Aqiqah

Islam menuntut umatnya untuk menunaikan ibadah aqiqah sempena kelahiran anak. Hal ini berdasarkan dalil pensyariatan aqiqah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya” (Riwayat al-Bukhari – 2839)

Maka aqiqah dikategorikan sebagai amalan sunnat muakkad yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Manakala bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan, tidak dijatuhkan hukum makruh kerana meninggalkan ibadah tersebut dan mereka tidak perlu dibebani dengan tanggungjawab untuk melaksanakannya.

Hukum Aqiqah Selepas Tempoh yang Disyariatkan

Seperti mana yang disyariatkan dalam islam, aqiqah adalah sunat dilaksanakan pada hari ke-7, hari ke-14 ataupun hari ke-21 kelahiran. Namun sekiranya ibu bapa tidak mampu untuk melaksanakan pada hari-hari tersebut, maka disunatkan untuk dilakukan selepas hari ke-21 sehingga anak mereka baligh.

Bagaimana pula jika anak sudah baligh barulah ibu bapa berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah? Jika begitu, para ulama’ menetapkan bahawa sunat bagi ibu bapa melakukan korban dan tidak membuat aqiqah. Anak yang sudah dewasa juga sunat melaksanakan aqiqah untuk diri mereka sendiri setelah dewasa jika berkemampuan.

Hikmah Pensyariatan Aqiqah

  • Aqiqah adalah satu bentuk pendekatan diri kepada Allah kerana ianya merupakan suatu ibadah selain menzahirkan rasa syukur dan gembira atas nikmat cahaya mata yang dikurniakan.
  • Oleh kerana aqiqah itu dilaksanakan dengan menyembelih binatang tertentu dan diagihkan dagingnya kepada orang ramai, ia dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat dan ahli keluarga.
  • Aqiqah juga dapat menjaga dan melindungi anak dari gangguan syaitan dan keburukan sahsiah dan moral sejak kecil dalam urusan dunia dan akhirat.

Maka, amat rugilah bagi ibu bapa yang mengabaikan aqiqah kerana banyak kebaikan dan ganjaran yang boleh diperoleh oleh mereka dan anak itu sendiri selain hukumnya menjadi makruh akibat meninggalkan amalan sunat tersebut dengan sengaja.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

7 COMMENTS

    • Antara syarat ibadah korban ialah berkemampuan dari sudut harta. Tetapi bagi individu yang kurang berkemampuan, maka tidak disunatkan untuk berkorban. Semoga Allah permudahkan urusan tuan untuk melakukan ibadah korban.

  1. assalamualaikum nak tanya, sy ada 3 org anak dan ketiga tiga ank sy masih belum beraqiqah lg sbb kurang berkemampuan tambahan pula sy dan suami belum di aqiqahkan sejak kecil lg oleh ibu bapa kami, soalan sy, boleh ke sy nak buat aqiqah utk ank sy kalau sy dan suami tidak beraqiqah. sbb ada org kata tak boleh buat aqiqah selagi ibu bapa tak beraqiqah. boleh tlg jelaskan ?

    • Wa’alaikumussalam Nur Ain Shafinna, tiada masalah untuk aqiqahkan anak meskipun ibubapanya belum aqiqah lagi, kerana ia bukanlah syarat sah aqiqah tersebut. Boleh saja bagi ibu bapa yang berkemampuan untuk aqiqahkan anak-anaknya dan juga ibu bapanya sekaligus jika berkemampuan.

    • Wa’alaikumussalam, tidak berdosa jika tidak diaqiqahkan anak, cuma tidak mendapat pahala, kebaikan dan manfaat ke atas bayi / anak tersebut.

  2. Assalamualaikum ust..ank lelaki 2 ekor kmbing..sekiranye tidak berkemampuan untuk buat 2..tetapi mmpu untuk melaksanakn seekor sahaja..adakah masih dikira aqiqah..dan sekiranye baki lagi seekor tu kita buat pada waktu dan hari yg lain..adakah masih dikira aqiqah juga..mohon penjelasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN